Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Penuh Dengan Kesan Menjijikkan, Yang Mudah Sakit Jangan Berani Jejak Ke Sini

3-5-2018 11:11 AM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 2135| Komen: 7

Pada tahun 2009, Trip Advisor (sebuah laman web komuniti pelancongan paling popular) telah menyenaraikan lima lokasi pelancongan paling kotor dan dipenuhi kuman. Ia sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penyakit H1N1 yang pernah menggemparkan Amerika Utara pada tahun itu. 

Dimanakah lokasi tersebut? Jom lihat senarai di bawah!

Blarney Stone, Blarney Castle & Gardens, Ireland

Foto:KakiSini
Terletak di bahagian dinding atas bumbung Istana Blarney, Blarney Stone adalah tembok batu kapur berkarbon. Menurut legenda, mereka yang mencium batu ini dalam keadaan posisi terbalik dengan bersandar pada batu bakal dikurniakan keupayaan bercakap dengan fasih.
 
Kisah dan asal usul batu ini bermula pada abad ke-15. Ia tentang seorang jurubina Istana Blarney iaitu Cormac Laidir McCarthy.

McCarthy telah dikenakan tindakan undang-undang dan dia telah meminta bantuan dewi Cliodhna bagi melepaskannya dari tuduhan tersebut. Dewi tersebut telah mengarahkannya agar mencium batu pertama yang ditemui pada waktu pagi semasa dia dalam perjalanan ke tempat perbicaraan.

Akhirnya dia terlepas dari hukuman kerana keterangannya yang lancar dan fasih semasa perbicaraan. Dia kemudiannya telah memasukkan batu tersebut ke atas bumbung istana. 

Wall of Gum, Seattle, Amerika Syarikat

Foto:KakiSini
Rujuk pautan ini tentang Wall of Gum yang baru saja kami siarkan baru-baru ini: https://explorasa.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=40215

Oscar Wildes Tomb, Paris

Foto:KakiSini
Setiap tahun makam Oscar Wilde, seorang penulis dan penyair yang penuh kontroversi pada zaman kegemilangannya telah dilawati beribu pengunjung setiap tahun. Namun sejak akhir tahun 1990, pengunjung terutamanya wanita telah mula meninggalkan ciuman merah sehingga makam ini dipenuhi dengan kesan ciuman. 

Pada tahun 2011, dinding kaca telah dibina mengelilingi makam tersebut  bagi menghalang pengunjung daripada terus mencium makam ini 

Piazza San Marco, Venice, Itali

Foto:KakiSini
Piazza San Marco merupakan dataran umum dan antara lokasi wajib dikunjungi di Venice. Namun di sebalik keindahan senibina di sini, kewujudan burung merpati yang banyak telah menjadi ancaman terutamanya penyakit yang boleh disebarkan melalui burung seperti H1N1.

Graumans Chinese Theater, California, Amerika Syarikat 

Foto:KakiSini
Terletak tidak jauh dari Hollywood Walk of Fame, Graumans Chinese Theater turut mengabdikan nama, tapak tangan dan kesan tapak kaki artis Hollywood untuk tatapan pengunjung. Biasanya pengunjung tidak akan melepaskan peluang mengambil gambar dengan meletakkan tangan atau kaki mereka di atas kesan tapak artis kesayangan mereka. 

Bolehkah anda bayangkan berapa ramai yang telah melakukan perkara yang sama? Jika anda berpelunag mengunjungi tempat ini dan ingin melakukan perkara tersebut sebaiknya gunakan sarung tangan atau kenakan sanitizer sebagai langkah berjaga-jaga. 

Tak salah datang ke tempat-tempat ini tapi anda haruslah berwaspada, okay? -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Previous : Tempat Paling Dipenuhi Kuman Di Dunia, Gun Wall Di Seattle Tetap Jadi Tarikan Pelancong

Next       : Pergh! Nampak Macam Di Bali, Rupanya Malaysia Je

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 3-5-2018 07:29 PM
Iols pernah merasa asam2 kat Tid Bits Aeon Mall.. Asam yg kecik2 utk tester tu.. Sekali balik rumah sakit perut ko.. Cirit birit.. Mula2 duk fikir makan apa la.. Sekali baru teringat ada rasa asam tester.. Byk juga plak tu.. Bau teringat betapa byk nya kuman kat tester tu.. Mcm2 tangan duk sentuh ambik... Ewww.. Since itu terus dh x buat lg..

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 3-5-2018 11:24 AM
Kalau nak gi tempat2 sebegini gi sekadar melawat je dah cukup tak perlu ler nak ikut apa yang mereka lakukan tu pun
Quote kroit92 3-5-2018 12:57 PM
lagi satu,

keyboard cyber cafe

sebab tu aku tak penah jadi budak CC, geli weyh nak pegang keyboard tu
Quote DayangKirana 3-5-2018 01:24 PM
kroit92 replied at 3-5-2018 12:57 PM
lagi satu,

keyboard cyber cafe

yikes...!

i never thought of that..

Ewwwww....
Quote intanazlynna 3-5-2018 04:11 PM
GELI!

keyboard cafe cemana?
Quote umbut 3-5-2018 04:25 PM
Cuba bawak mikroskop.. berliang liut ulat
Quote kroit92 3-5-2018 06:31 PM
intanazlynna replied at 3-5-2018 04:11 PM
GELI!

keyboard cafe cemana?

kuman dekat keyboard almost the same kuman jamban

maximum your geliness



keyboard personal pun plenty of germs
apentah lagi keyboard yang ramai orang sentuh

touch screen kat public places, handle doors omg

germaphobia intensifies
Quote RatuDunia94 3-5-2018 07:29 PM
Iols pernah merasa asam2 kat Tid Bits Aeon Mall.. Asam yg kecik2 utk tester tu.. Sekali balik rumah sakit perut ko.. Cirit birit.. Mula2 duk fikir makan apa la.. Sekali baru teringat ada rasa asam tester.. Byk juga plak tu.. Bau teringat betapa byk nya kuman kat tester tu.. Mcm2 tangan duk sentuh ambik... Ewww.. Since itu terus dh x buat lg..

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041738s Gzip On
To Top