Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Siapa Punya Kerja? Wanita Ini Mohon Padamkan Video Tular Abangnya Yang OKU

Oleh: Whitney|7-5-2018 11:16 AM Komen: 10
Sekarang ini rakyat Malaysia sedang mengalami demam pilihanraya kerana hanya tinggal 2 hari sahaja lagi netizen bakal membuang undi. Dalam pada masa yang sama, pelbagai cerita dan isu berkaitan politik dibangkitkan untuk menarik perhatian netizen. 


Yang menyedihkan, video seorang lelaki OKU telah tular dan dijadikan bahan lawak netizen selepas ia dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dalam video tersebut, lelaki OKU itu ditanya apa yang dia faham tentang undi dan ternyata jawapan yang diberikannya telah mengaibkan dirinya.

Seorang pengguna Facebook yang juga adik kepada lelaki OKU tersebut memohon agar netizen berhenti menyebarkan video tentang abangnya itu. Selepas video tersebut tular, abangnya berasa tertekan dan marah dengan individu yang memalukan dirinya. 


Wanita ini begitu gigih menghantar mesej kepada semua page viral agar video yang telah dikongsi itu dipadamkan. Jadi, dia juga memohon agar semua pengguna media sosial turut memadamkan video itu di media sosial milik masing-masing.


Ramai netizen yang bersimpati dengan nasib abang wanita ini yang dipergunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka mencadangkan agar laporan polis dibuat agar video tersebut dapat dihentikan penyebarannya. 


Seorang netizen mengaku yang dia pernah bekerja ditempat yang sama dengan abang wanita ini. Dia mengesyaki video tersebut dirakam oleh pemandu lori yang menghantar minyak di stesen minyak tempat abangnya bekerja. Wanita ini juga memberitahu yang abangnya tidak dibuang kerja dan masih bekerja di stesen minyak tersebut.  


Jadi, jika kalian masih menyimpan video tersebut, padamkan dengan segera. Tidak baik membuka aib orang lain lebih-lebih golongan orang kurang upaya. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan yang perlu kita jaga.  - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
15
Marah
14
Terkejut
10
Sedih
8
Lawak
12
Bosan
5
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote precious_chicas 7-5-2018 08:51 PM
dah tgk, tapi ai tak share pun. Tapi mcm best jugak layan abag dia tu bersembang.

Btw, kalau u all ada masalah viral ke apa, jangan tunggu, terus report kepada skmm  https://aduan.skmm.gov.my/

Lain-lain Komen

Quote buragazz 7-5-2018 11:29 AM
meols nampak kat FB berlambak tapi tak terniat pulak mak share...

Kat whatsapp pun bertalu... tapi tetap tgk tak habis sampai nama Rosyam Noor jer pastu
meols tutup..
Quote shernazz 7-5-2018 11:51 AM
Mmg ada yang suka kenakan.org begini
Dia x pikir nnt anak.dia ke..atau sedara mara dia yang akan jadi gini..tau la nnt...

Kat tmpt parents iols.dolu..ada budak lembam.ni kena aniaya dgn budak.jahat ..pi.cucuk.dadah dlm.badan dia...memula.mak pak x syak.apa
Tp.bila nampak.kt tangan ada something..gi hospital rupanya kena.inject dadah..
Jilake btol org yang buat tu..iols x tau.apa.jadi..sebab mak.pak.budak.ni dh pindah ke.tmpt.lain.n bawa.budak.tu ke rehab
Quote Artemesiaa 7-5-2018 12:02 PM
Tak baik ambil kesempatan atas kelemahan diri orang lain
Quote grizz 7-5-2018 12:09 PM
iolls xtgk pon..
Quote CiliPadiSedap 7-5-2018 12:13 PM
report SKMM , report POLIS , lepas tu minta skmm bg ip address dan buat tangkapan.
Quote missinpiece 7-5-2018 01:10 PM
Mmg slalu jumpa yg ada akai buat perangai kalah org lembam..
Adik iols oku buat mcm2 keje nk cari duit sendiri last2 dapat gaji org sihat tadah tangan dulu.
Hphone kena ambil. Basikal kena ambil. Barang2 lain toksah cakapla. Bila budak tu mengamuk rakam viral panggil polis panggil bomba yg bodoh sapa....?
Quote haryatie 7-5-2018 01:40 PM
ada tengok ni video ni
ingat org sakit mental..
sian dia jd bahan..
Quote buapakperut 7-5-2018 02:14 PM
video apatu. tak penah nampak. orang mesia sikit2 nak viral. semua nkbjadi no 1. aibkan orang.
Quote lumie 7-5-2018 06:55 PM
Alaaa.. Blom sempat tgk.. Knp ? Ape yg dia ckp
Quote precious_chicas 7-5-2018 08:51 PM
dah tgk, tapi ai tak share pun. Tapi mcm best jugak layan abag dia tu bersembang.

Btw, kalau u all ada masalah viral ke apa, jangan tunggu, terus report kepada skmm  https://aduan.skmm.gov.my/

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.158368s Gzip On
To Top