Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Enaknya! Roti Kerca Inspirasi Dari Dato Seri Siti Nurhaliza

15-5-2018 11:48 AM|Oleh: Faizal | Dilihat: 1516| Komen: 16

Ianya dipanggil roti tetapi sebenarnya ia seperti lempeng yang dimakan dengan kuah daging hancur. Ada juga yang memanggilnya dengan panggilan pasta melayu. 

Sejarahnya, roti kerca ini popular dalam kalangan kerabat diraja pada suatu masa dahulu.


Jom ikuti resipi roti kerca yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad yang mengambil inspirasi dari roti kerca yang pernah dibuat oleh Dato' Seri Siti Nurhaliza.

Resipi Roti Kerca


Bahan-bahan untuk roti:


2 cawan tepung gandum

2 biji telur

3 cawan air

garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk kuah


1 keping daging cincang,

1 biji kentang, potong dadu kecil,

1 tin kecil tomato puri,

3 sudu besar rempah kari daging,

1 biji bawang besar India,

2 ulas bawang putih,

1/2 inci halia,

1 batang kayu manis,

2 kuntum bunga lawang,

2 biji buah pelaga,

1 kotak kecil santan,

2-3 cawan air.

Secubit garam.


Cara membuat roti:


1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 biji telur, secubit garam dan 3 cawan air dalam pengisar. Kisar sampai betul-betul sebati.

2. Panaskan kuali tanpa lekat. Letak dalam sesenduk, dadarkan ia macam buat lempeng.

3. Kemudian gulung dan gunting roti tadi.


Cara-cara membuat kuah:

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia menggunakan lesung batu sampai lumat.

2. Letakkan sedikit minyak di kuali, pasangkan api.

3. Masukkan bawang dan semua rempah kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga. Tumis sehingga bawang layu.

4. Campurkan sedikit air dengan rempah, gaul rata kemudian masukkan ke dalam kuali tadi.

5. Masukkan santan dan air. Kacau rata. Kalau masih pekat, tambah lagi.

6. Sudah mendidih, masukkan daging cincang dengan kentang sekali.

7. Gaul rata, pastikan masak.

8. Dah mendidih elok, masukkan tomato puri. Kacau lagi. Biarkan seketika sehingga masak dan masukkan garam secukupnya.

9. Tuang kuah yang dh siap di atas roti tadi.


Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 16
Komen

Previous : Resipi Unik Lagi Istimewa, Pai Burger Keju Memikat Selera!

Next       : -

Komen Terbaru

Quote dony_94 24-5-2018 02:31 AM
Menarik boleh try untk buka puasa nnt

Lain-lain Komen

Quote grizz 15-5-2018 12:07 PM
bleh try wt ni..
Quote jazaa100 15-5-2018 12:32 PM
ala... resepi lebih kurang roti jala je...
cuma ubah sana sikit...sini  sikit...
pastu ubah nama....roti kerca...

klu tambah daun kari ke...blh letak nama - roti kenchana....
Quote Allthatnana 15-5-2018 12:38 PM
Sedapppyaaa
Quote chinta89 15-5-2018 03:05 PM
dh mcm lempeng je???

atau kueh gulung cuma x buh inti kelapa manis tu
Quote dekmieDandy 15-5-2018 03:21 PM
basically roti jala jelar kan

cuma x diajalakan sahajew
Quote Iema5008 15-5-2018 03:24 PM
Rupanya lempeng aku slalu bt cicah karini nma dia roti kerca {:laugh
Quote kodoklawa 16-5-2018 05:39 AM
ini memang lempeng cuma dah digulung dan dihiris2 ..sebab tu dipanggil kerca (perca).kali pertama tengok resepi ni dulu masa tu sheril aida adik penyanyi 80an syed sobri masak kat tv.dia kata tu resepi family dia...tapi rasanya resepi popular kat kedah.
Quote silampumeja 16-5-2018 08:10 AM
lempeng la ni...nk sdap tambah gula sket bsama garam
Quote norasmin 16-5-2018 12:14 PM
nk try la..msuk dlm list menu berbuka puasa
Quote amirullurima 16-5-2018 01:51 PM
terliur dibuatnya
Quote haryatie 18-5-2018 10:53 AM
ingat dibuat dr roti
tu lempeng...
Quote lelaiskandar 22-5-2018 12:07 PM
Okay, first time dengar nama roti kerca ni. Sama mcm quinoa. First time dengar, terasa miskin.
Quote Amalinarazi 22-5-2018 12:38 PM
Nampak mcm sedap . Okayy #waiting list
Quote anno_miss 23-5-2018 12:31 AM
Kerca panggilan org istana.. Kita panggil roti jala..
Quote MariaClara 23-5-2018 12:57 PM
lelaiskandar replied at 22-5-2018 12:07 PM
Okay, first time dengar nama roti kerca ni. Sama mcm quinoa. First time dengar, terasa miskin.

quinoa tu ape pulak?
Quote dony_94 24-5-2018 02:31 AM
Menarik boleh try untk buka puasa nnt

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049777s Gzip On
To Top