Tiada kerjaya yang tidak mempunyai tekanan di dunia ini. Ini termasukalah gelaran artis yang dipikul oleh anak seni dalam industri hiburan.
Zaman sekarang memang mudah untuk menjadi penyanyi dengan kepelbagaian teknologi yang ada namun tidak semua mampu kekal relevan dalam industri seperti yang dikatakan Shiha Zikir.
Dia meluahkan pandangannya di Instagram tentang situasi semasa yang berlaku pada penyanyi baru yang ada bakat namun semudah itu berputus asa.
Mereka seharusnya berlapang dada menerima setiap teguran dan menghargai sokongan yang diberikan serta gunakan peluang sebaik-baiknya untuk lebih menyerlah dengan bakat yang ada.
Masalah kemurungan Haqiem Rusli telah mendapat perhatian pelbagai pihak hingga ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat agar tidak berhenti menyanyi begitu sahaja.
Moga Shiha juga sentiasa dipermudahkan urusan dalam mengejar impiannya serta merendah diri agar disenangi ramai. - CARI
|