Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Masakan Nogori Tapi Di Johor? Moh Poie Salai House - Semua Jenis Masak Lomak Ada Sini!

6-7-2018 12:27 PM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 592| Komen: 11

Siapa yang tidak suka dengan masakan masak lemak cili padi ala nogori? Menu seperti ayam salai, daging dan itik memang sangat enak dinikmati dengan masakan pedas itu. Berdesup ke telinga!

Foto: Facebook

Tapi pernahkah anda meratah udang galah yang dimasak cara kegemaran ramai itu iaitu udang galah masak lemak cili api?

Belum pernah? Segeralah buat rancangan ke Johor Bahru atau jika berkesempatan melawat bandar di selatan Malaysia ini, jangan lupa singgah di Jeen & Cor Salai House!

Foto: Facebook

Selain udang galah masak lemak cili api, antara menu istimewa di Jeen & Cor Salai house ialah jika untuk sarapan: Mee Bandung Muar Style, untuk tengahari pula masak lemak cili api yang dipelbagaikan. 

Ada daging, ikan dan juga ayam ayam salai. Kesemuanya mengikut stail masak orang Negeri Sembilan manakala untuk makan malam pula anda perlu cuba Nasi Goreng Seafood Kuali Petak!


Foto: Facebook

Pendek kata mana lagi nak cari masakan nogori di Johor? Bolehlah anda ke sini nanti. 

Sesuai jua untuk peminat masakan pedas dan juga Melayu kampung. 

Nah ini alamatnya: 

No 12 Jalan Seharum 5 Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang ( Belakang Proton Service Centre - Kulis Auto ). 

Jika anda ingin membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 012-7755759/012-7024389. 


Foto: Facebook

Marilah! Monchiappp bak kata orang Negeri Sembilan! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 11
Komen

Previous : Tak Boleh Hidup Tanpa Piza? Jom Serbu US Pizza Penang, Perisa Durian Pun Ada

Next       : "Kata Orang Malaysia Suka Pedas?" - Burger Paling Pedas Dekat Malaysia! Ada Berani?

Komen Terbaru

Quote misscendol 11-7-2018 03:51 PM
terliur dah den ni ha

Lain-lain Komen

Quote munchkin 6-7-2018 03:07 PM
Alahhh jauhhhh..hmm
Quote tagas 6-7-2018 03:12 PM
Edited by tagas at 6-7-2018 03:15 PM

otw pee dee tu hari pekena daging salai masak lomak

kat tepi jln exit hiway area rembau/pedas/linggi
..dia punye kuah punye lar kaw

pedas lemak secukup rase daging salai pun lembut

smpai berpoloh2 kenikmatan bertambah2

nasik aku dibuat nye

Quote alaa 10-7-2018 01:46 PM
Sedapnya weihhhhh.. suka betul lauk ni!!!
Quote Themilo 10-7-2018 05:03 PM

jauhnya, ingatkan kat bandar JB. BTW, kat area Taman Nong Chik, ada je restoran yang masak makanan Negeri Sembilan. Restoran Mak Teh ke kalau tak silap i.
Quote munchkin 10-7-2018 05:16 PM
tagas replied at 6-7-2018 03:12 PM
otw pee dee tu hari pekena daging salai masak lomak

kat tepi jln exit hiway area rembau/pedas/lin ...

Nama kedainya?
Quote munchkin 10-7-2018 05:17 PM
Themilo replied at 10-7-2018 05:03 PM
jauhnya, ingatkan kat bandar JB. BTW, kat area Taman Nong Chik, ada je restoran yang masak makanan ...

Ni mana ni jb jugak ke? I kat kl hehehe
Quote Themilo 10-7-2018 05:21 PM
munchkin replied at 10-7-2018 09:17 AM
Ni mana ni jb jugak ke? I kat kl hehehe

choyyyy.. ingatkan u kat JB.. drive je la keluar tol pedas linggi, berderet-deret gerai jual masak lomak cili padi daging salai / itik / ikan keli.. sejam je dari KL..
Quote Themilo 10-7-2018 05:22 PM

keluar tol, belok kanan. nanti nampak la kat belah kiri chuols, macam-macam warung orang kampung jual masak lomak cili padi nih..
Quote tagas 10-7-2018 06:11 PM

takde name kedai

mcm warung tepi jln je

tp time tengahari mmg penuh keta

pelancong org2 luar yg nak ke pee dee

kalo dari selatan exit tol pedas linggi

then belok ke kanan menghala ke pee dee

dlm 5km jumpa la kedai nye tepi jalan

jual2 lauk daging ayam salai masak lomak

nyam nyam
Quote raxief 10-7-2018 06:18 PM
sedap sgt ke? aku selalu jugak lalu area kedai ni
Quote misscendol 11-7-2018 03:51 PM
terliur dah den ni ha

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.037732s Gzip On
To Top