Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Avant Chocolate Cameron Highland - Buat Rambang Mata Dan Rasa Tak Nak Balik!

6-7-2018 04:25 PM|Oleh: Faizal | Dilihat: 1481| Komen: 13

Jika ke Cameron Highland, antara aktiviti wajib ialah menikmati strawberi dan coklat. Rasanya kalau tidak melakukan aktiviti ini, kunjungan ada ke Cameron highland agak tidak sempurna. Dikatakan nikmat merasa strawberi di tanah tinggi ini adalah berbeza daripada makan rumah anda sendiri. Mungkin sebab cuaca dan rasa segar buahnya ketika berada Cameron.

Foto: xavier0622blog

Di Cameron Highland, sangat banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi. Antaranya ialah Green View Avant Chocolate. Lokasi ini menjadi salah satu tumpuan setiap pengunjung ke sini. 

Ianya terletak di Kampung Raja Cameron Highland. Lebih mudah untuk mengetahuinya jika anda melalui jalan dari Ipoh ke Cameron Highland, anda akan jumpa lokasi ini terlebih dahulu yang terletak di sebelah kiri pemanduan.

Menarik di Green View Avant Chocolate


Ini adalah tempat WAJIB ambil gambar jika anda datang kemari. Pintu yang berwarna-warni memang unik (Foto: Vkeong.com)

Sudah pasti kebanyakan ladang-ladang yang ada di Cameron mempunyai pemandangan hijau yang menarik. Begitu juga dengan Green View Avant Chocolate. Dengan gabungan 2 konsep iaitu Green Garden View dan juga Strawberry Moment Cafe, menjanjikan sesuatu yang unik dan menarik buat para pengunjung. 


Tanaman yang menghijau di green view (Foto: Vkeong.com)

Anda bukan sahaja boleh menikmati pemandangan yang cantik dengan hiasan alam flora, tanaman segar buah Strawberry dan konsep dekorasi yang menarik, malah disini juga menyediakan cafe untuk anda beristirehat.


Kek yang berasakan coklat dan strawberry dengan rasa yang wow! (Foto: parintele.org)

Selain melihat view yang cantik, merehatkan diri di Strawberry Moment Dessert juga adalah antara yang menarik disini. Anda bakal disajikan dengan pelbagai makanan yang beasaskan strawberi, ice cream dan coklat. Anda boleh makan disini atau bawa pulang. Tetapi lebih baik jika anda makan sahaja disini kerana rasanya lagi enak ditambah suasana yang nyaman dan segar menambakan lagi 'feeling'.

WOW!! Ini baru sebahagian kek dan ais krim yang ada (Foto: Twitter @pakejpercutianbajet)

Seriously! Rambang mata melihat koleksi kek yang ada disini (Foto: Vkeong.com)

Layan ais krim lavender memang umph! (Foto: Vkeong.com)

Avant Chocolate ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang. Jika anda ke Cameron Highlands jangan lupa singgah sini. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Previous : 4 Kolam Dalam Gua Dengan Air Sejernih Kristal Ini Ada Di Indonesia!

Next       : "Tempah Selasa Dan Rabu" - Ini 7 Tip Beli Tiket Flight Murah Ramai Tak Tahu

Komen Terbaru

Quote misscendol 11-7-2018 03:40 PM
wah lama xjalan2 cameron higland

Lain-lain Komen

Quote pearl.silver 6-7-2018 04:56 PM
Klu gi cameron memang xlalu sini sebab naik ikut ringlet..
Dah smpi cameron, xrajin plak nk turun belah sana klu nk gi kedai ni..
Quote ana_una 6-7-2018 05:10 PM
Port lepak lepas layan corner..strawberry milk shake sedap wooo...
Quote mizruncing 6-7-2018 05:22 PM
dah viral mesti makin ramai la pergi sana. tak lame kang naik harga plak
Quote Artemesiaa 6-7-2018 05:59 PM
Menarik boleh ler menyinggah nanti
Quote alesandra 6-7-2018 06:53 PM
avant ni rase mcm penah singgah.tapi pintu berwarna-warni  ni tak pasan pulak.
Quote FMKiller 6-7-2018 07:10 PM
herge mahal. dah viral nanti lagi mahal.
Quote rogayahtop 6-7-2018 08:43 PM
seronok la makan strawberri kat dhaka highland.
Quote otai_g 8-7-2018 01:20 PM
kat cameron ada kdi ns ayam area tanah rata. Harga kasih sayang je. Takde la mencekik sgt.
Quote misc 8-7-2018 05:28 PM
Nak menangis tgk cheesecake tuuuuu{:yameteh
Quote adel7 9-7-2018 12:01 AM
Lavender cake die sedappppp
Quote emelia1509 9-7-2018 12:44 AM
Dah viral pulokss..Sure naik harga..

Tapi sedap uolsss..Ok je kot dengan harga skang..Eskim semua sedap okehhh...
Quote chinta89 9-7-2018 10:59 AM
jgn lupa naikkan harga, dah viral kan.
Quote misscendol 11-7-2018 03:40 PM
wah lama xjalan2 cameron higland

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.035898s Gzip On
To Top