Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ais Krim Durian Homemade Yang Ohsem! Lebur Semua Dalam Blender, Siap!

18-7-2018 11:56 AM|Oleh: Faizal| Komen: 13

Bila tiba musim durian sudah pasti bermacam gaya dan ragam rakyat Malaysia menikmatinya. Ada yang makan begitu sahaja, ada yang makan dengan pulut, ada juga yang buat bubur durian dan macam-macam lagi.

Jika anda perasan bila tiba musim durian cuaca pun agak terik. Oleh sebab itu, jika kita terlampau banyak makan durian akan memberikan kesan tak elok pada badan. Seperti contoh demam, batuk, badan panas dan macam-macam lagi.

Jadi, apa kata jom nikmati ais krim durian homemade ni. Insyalah sejuk sikit badan tu bila dapat makan ais krim kan? Bila buat homemade ni nak makan banyak-banyak pun boleh. Di kedai satu scoop pun harganya mencecah RM8.

Sedapnya ais krim durian

Ikuti resipi ais krim durian homemade hasil perkongsian Syu Islamiah yang muda ini.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan yang mudah

1 cawan isi durian 
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
1 sudu besar ovalette (pastikan yg halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuatnya:

1. Blend semuanya hingga hancur dan sebati.

Putar menggunakan mixer

2. Putar pakai mixer untuk kembangkan bagi bertambah isinya. Muat masuk dalam bekas ice cream 1.5L ni.
3. Masukkan dalam peti beku.

Inilah hasilnya

Selamat mencuba! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
28
Marah
13
Terkejut
34
Sedih
25
Lawak
31
Bosan
36
0
0
Komen: 13
Komen

Previous : "Bajet Lebih Kurang RM500 Je" - Itenary Trip Ke Hatyai-Songkla 3D2N

Next       : Doktor Sahkan Iklan Arang Pemutih Gigi Adalah Scam Semata-mata!

Komen Terbaru

Quote Lengkong 24-12-2019 08:32 PM
terliurnyaaa....



Lain-lain Komen

Quote CardiGans85 18-7-2018 12:48 PM
Oh boleh cuba ni
Quote penutuphijau 18-7-2018 01:51 PM
Wohh boleh try buat ni.. thanks.
Quote EvieWanKenobi 18-7-2018 03:17 PM
kalau taknak bubuh durian boleh kan?
Quote misscendol 20-7-2018 11:02 AM
thorbaikkkkk. terliur dah
Quote Foxey 23-7-2018 09:35 AM
sedapnyerr rupa dia... pastu bahan2 pun mudah nak dapat except for durian tu la, time banyak, merata ada, time xde, nak carik punya la susah. Tapi nanti nak cuba la resipi ni... yum yum...
Quote spankee_fili 23-7-2018 10:21 AM
taktaula sempat buat eskem ke tak..
seulas kupas seulas masuk mulut..
Quote Dildil 23-7-2018 06:28 PM
sedapnya.. ak dh teringin ni{:yameteh
Quote jazaa100 23-7-2018 11:42 PM
spankee_fili replied at 23-7-2018 10:21 AM
taktaula sempat buat eskem ke tak..
seulas kupas seulas masuk mulut..

He...he...kelakar kau ni...
Quote sapeka 24-7-2018 08:01 AM
woww
sedappppp
tapi malas nak buat
kikikiki
Quote MsKoreanfanatic 24-7-2018 02:56 PM
teringin plak nk buat...
Quote Laylamajnun123 25-9-2018 09:15 PM
Boleh la try
Quote ainahakimi 24-12-2019 01:13 PM
mesti sedap dan kena cuba ni
Quote Lengkong 24-12-2019 08:32 PM
terliurnyaaa....



Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top