Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Roti Goreng Stik Berkeju Padat Berisi, Sesuai Buat Hidangan Makan Petang

8-8-2018 11:37 AM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 719| Komen: 7

Nama asal resipi ini ialah Cheesesteak Chimichangas namun untuk lebih mesra dengan lidah orang Malaysia, eloklah kita panggil resipi ini sebagai roti goreng stik berkeju saja ya. Lebih mudah nak sebut kan?

Foto:Facebook 
Bahan-bahan
Sebiji bawang, dipotong dadu
400g daging kisar
1 biji lada benggala hijau, didadu
1 cawan cendawan
2 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil serbuk cayenne
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos worcestershire 
garam dan lada hitam
250ml stok daging
8 keping tortilla
1 cawan parutan keju cheddar
1 cawan parutan keju mozzarella

Foto:Facebook
Cara-cara:

1. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun di atas api sederhana kemudian tambahkan bawang, lada hitam dan bawang putih. Perisakan dengan ½ sudu kecil garam. Kacau dengan kerap selama 10 minit. Tinggikan api dan tambahkan daging kisar. Kacau sehingga berwarna keperangan dan tambahkan sos tomato, sos Worcestershire, lada hitam, cayenne dan stok daging. Tutup dan masak selama 30 minit di atas api rendah. Ketepikan untukkan sejukkan ia sedikit. 

2. Letakkan kepingan tortilla di atas papan pemotong. Di tengah-tengahnya leakkan 2 sudu besar parutan mozzarella. Kemudian tambah 3 sudu besar campuran daging dengan 2 sudu besar parutan keju cheddar di atasnya. 


3. Ambil sedikit tepung dan campurkan dengan air. Sapukan ia di atas kepingan tortilla. Gulung tortilla dengan kemas dan ketepikan. 

4. Goreng kesemua gulungan tortilla yang sudah siap hingga berwarna keperangan.

5. Siap untuk dihidangkan dan dinikmati! 

Foto:Facebook
Nak buat makan sendiri di rumah boleh, nak jual pun boleh. Selamat mencuba! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Previous : Nak Kelainan, Boleh Cuba Jambu Goreng. Apa Rasanya?

Next       : Penangan Pais Tempoyak Ikan Kembung, Sampai Tambah Nasi Berulang Kali

Komen Terbaru

Quote MsKoreanfanatic 14-8-2018 05:20 PM
sedapnyer tgk petang2 ni

Lain-lain Komen

Quote ajinomotonosuga 8-8-2018 12:31 PM
Cherry tomatoes sodapppss...buh inti bolognese instead sure sodap..chilly corncarne ke..yumm
Quote Lorra2411 8-8-2018 12:38 PM
sedapnyaaaaaa
Quote nisako 8-8-2018 01:03 PM
dapnye...
Quote Foxey 8-8-2018 10:30 PM
Wo! Nampak sedap ngat nih. Lepas exam nnt, boleh cuba buat nih
Quote salmon-suki 8-8-2018 11:31 PM
Cheese sticks or cheesesteak?kompius sy..tp roti asal ltk keju je mmg best..sy suke roti kepit keju and bakar/lightly fry,sekadar nk cairkn keju..xpun ltk plak telur kt tgh2 tu,make sure it's half-cooked,then wallaaaa~~nikmat y x terhingga. {:childlike
Quote rynehanekoma 10-8-2018 11:38 AM
nampak senang..sapa dah try buat?
Quote MsKoreanfanatic 14-8-2018 05:20 PM
sedapnyer tgk petang2 ni

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042347s Gzip On
To Top