Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Masak Sendiri Sizzling Yee Mee Di Rumah, Tanpa Hot Plate Pun Tak Ada Masalah

3-9-2018 03:42 PM|Oleh: Diba S.| Komen: 24

Selalunya kalau nak makan Sizzling Yee Mee, mesti kita cari di gerai-gerai atau foodcourt. 

Namun kebiasaannya mesti tak puas sebab kadang-kadang tak sedap dan bahan-bahan di dalamnya cuma sedikit sahaja.

Apa kata buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi di bawah:
 
Foto: fr.dreamstime.com
Tak ada hot plate? Jangan risau! Ikut sahaja arahan di bawah ini!

Bahan-Bahan Kuah Sizzling

Foto:Facebook
Bawang merah 3 biji (dihiris)*
Bawang putih 5 biji (dihiris)*
Halia 1 inci (dihiris)*
5 tangkai cili kering (gunting kasar)*
Ayam (potong kecil)
Cendawan shitake (rendam & potong 4)
Sos tiram 6 sudu
Kicap pekat (ikut citarasa) 
Kicap cair 2 sudu
1 Kiub ayam
3 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan air)
Garam
Gula
Sawi (celur)

Foto:Facebook
Cara-cara:
Tumis kesemua bahan * dengan minyak. Dah naik bau masukkan ayam. 

Kemudian masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan kiub. Dah mendidih baru masukkan cendawan. 

Bila ayam dah masak, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacau sampai kuah likat. Tutup api.


Jika anda tiada pinggan sizzling, anda boleh gunakan cara ini: 

Rendam Yee Mee sekejap dalam air suam. Jangan lama-lama nanti kembang sangat tak sedap.

Masukkan 2 senduk kuah sizzling dalam kuali. Pecahkan telur. 

Tunggu telur separuh masak dan tuang dalam pinggan berisi yee mee. Letak sawi yang dah dicelur. 

Foto: www.rasa.my
Siap!Selamat mencuba! -CARI

Kredit resipi: Norizaidah Sohefudin

Apa Reaksi Anda...

Bagus
24
Marah
15
Terkejut
14
Sedih
30
Lawak
26
Bosan
21
0
0
Komen: 24
Komen

Previous : Raya Dah Nak Dekat Tapi Rambut Bermasalah? Cuba 5 Petua Rawatan Tradisional Ini

Next       : Rambut Ikal Mayang Kanak-kanak Ini Jadi Dambaan Puluhan Ribu Pengikut

Komen Terbaru

Quote brownsaga 20-10-2020 07:04 PM
Sedap nya. Nak coba la tapi dalam mode diet ni

Lain-lain Komen

Quote myakayina 3-9-2018 04:17 PM
sedapnya lahai...
Quote gummiebear 3-9-2018 04:36 PM
Terliur pulak
Quote fishcracker 3-9-2018 05:18 PM
Waaaaa...yummehh! Kalau buat sendiri bole letak sayur lebih
Quote meisapoya 3-9-2018 05:54 PM
Sedap nyaaa....
Quote amyza 3-9-2018 06:18 PM
Suka sizzling slalu mintak nak cendawan lebih kurangkan ayam. Hehe
Quote Megikari 3-9-2018 11:18 PM
Uhuhu... My peberet ni. Meleleh air lioq memalam tengok resepi ni
Quote munchkin 4-9-2018 01:03 AM
Kalau letak dalam nasi dalam claypot pun sedap gak ni
Quote chinta89 4-9-2018 09:54 AM
x penah mkn yee mee yg sedap. sedihnya hiodup iols. hhihihihi
Quote chicozinn 4-9-2018 10:58 AM
cili jeruk kalu ade ni perrgghhhhh..tetibe nak wat kat uma la..huhu
Quote nooriesz 4-9-2018 08:35 PM


dah lme xmasak sizzling ni.. boleh la buat weekend ni.. tp sedap ke klu letak cendawan butang tu..
Quote dewi_rina 5-9-2018 07:51 AM
Sedap nyeee

Letak cendawan lebih pastu makan panas2 pergghhh
Quote haryatie 5-9-2018 08:55 AM
wowww..nmpak sedap
da lama x makan..selalu g mkn kt mines
ni food court tu dlm renovate..x tau la berapa lama
Quote men_cari 6-9-2018 08:53 AM
wow cuti pnjgn ni aku nk try la plakkkk..... nmpk sedap
Quote Idgaf 6-9-2018 11:22 AM
omg fav. sedapnya!
Quote beeeee 7-9-2018 12:28 PM
cendawan ayam lebih please!!
Quote Foxey 10-9-2018 10:13 PM
My dad suka ngat yee mee ni. Boleh la cuba untuk buat for him nanti
Quote Daintymerry19 19-9-2018 11:17 PM
Tq share resipi
Quote Daintymerry19 19-9-2018 11:18 PM
Boleh try ni
Quote Laylamajnun123 25-9-2018 09:26 PM
Sedapnya boleh cuba ni

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top