Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kecur Dibuatnya! Ini Resipi Terung Bakar Asam Lemak

28-9-2018 11:24 AM|Oleh: Faizal | Dilihat: 1299| Komen: 10

Secara geologinya, terung merupakan sayuran yang banyak tumbuh di India. Namun, tumbuhan ini dapat ditemui di seluruh dunia. Terung juga dikatakan mengandungi banyak nutrisi antaranya zat besi, kalsium yang baik untuk pembentukan tulang dan juga serat yang baik untuk penghadaman.

Biasanya, terung dijadikan sebagai pelengkap nutrisi sayuran dalam pengambilan sesebuah makanan seimbang. Banyak juga menu yang boleh dihasilkan dengan menggunakan terung. Jom cuba resipi mudah terung bakar air asam lemak ini. Melihatnya sahaja sudah membuatkan kita terliur!


Resipi Terung Bakar Asam Lemak

Bahan


* Terung (bakar)
* Cili besar 2 biji, cili padi 2 biji dan belacan (tumbuk kasar)
* santan
* perahan limau
* garam dan gula
* bawang besar dimayang
* cili padi potong

Cara buat

1. Panggang terung di atas api.



2. Kupaskan kulit terung yang hangus setelah dipangang. Dan asingkan.

3. Bahan-bahan ditumbuk masuk dalam mangkuk kecil dan masukkan kesemua bahan. Gaulkan dan sesuaikan rasa.


4. Masukkan terung yang sudah dibuang kulit tadi ke dalam bahan-bahan yang telah digaul tadi.


5. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba! - CARI 

Kredit: arieza rieza via Resepi Isteri Viral

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
11
Terkejut
5
Sedih
10
Lawak
7
Bosan
5
Komen: 10
Komen

Previous : Comelnya Donat Peha Ayam. Ini Resipinya Kalau Anda Nak Cuba

Next       : Resepi Ayam Ala 'Panggang' Garam Mudah Guna Periuk Nasi. Tak Perlu Ketuhar Katanya!

Komen Terbaru

Quote pittjie 2-10-2018 11:33 AM
lolen replied at 1-10-2018 12:20 PM
santan tu mmg xyah masak eh?

tak payah. tapi perah santan sendiri guna air masak la. jgn guna santan yang siap sedia diperah tu. selain terung ... ayam bakar atau ikan pari / sembilang / keli bakar pun sedap buat mcm ni. lagi sedap kalau bahan2 tumbuk tadi letak cekur jgk.

Lain-lain Komen

Quote moonbug 28-9-2018 11:35 AM
Nampak sedap dah. Tapi serious laaaa bakar terung direct dalam api stove macam tu? Hahaha. Grill kosong guna nonstick pan je, jgn letak minyak ke apa, guna api slow. Terung lebih moist and manis je and dapat retain nutrients dalam tu. Just sharing
Quote munchkin 28-9-2018 11:41 AM
Wahhhh menarik
Quote missinpiece 28-9-2018 01:24 PM
Sedap nampak...
Quote makneng 28-9-2018 01:32 PM
Cantek plak tgk dia hidang dlm tempurung kelapa
Quote nisako 28-9-2018 01:44 PM
sedapnye..
Quote raihaneem 30-9-2018 11:39 AM
Adoiiii..sedapnya


Suka terung
Quote lolen 1-10-2018 12:20 PM
santan tu mmg xyah masak eh?
Quote lolen 1-10-2018 12:22 PM
moonbug replied at 28-9-2018 11:35 AM
Nampak sedap dah. Tapi serious laaaa bakar terung direct dalam api stove macam tu? Hahaha. Grill kos ...

x boleh ke sis bakar terung mcm tu? ada beza eh bakar arang ngan bakar stove?
x pernah buat bakar atas stove tp pernah bakar atas pan tp x jadi cantik hangus mcm bakar direct ni


Quote moonbug 1-10-2018 01:44 PM
lolen replied at 1-10-2018 12:22 PM
x boleh ke sis bakar terung mcm tu? ada beza eh bakar arang ngan bakar stove?
x pernah buat bakar ...

Bukan tak boleh sebab apa sis. Tapi high temperature cooking kan cause loss of nutrients. Habis hilang vitamin apa semua tu. Sayanglah makan sayur tak dapat khasiat tu je. Tapi ni terpulang pada preference masing-masing. Kalau nak retain nutrients dalam makanan, slow cooking is the best way
Quote pittjie 2-10-2018 11:33 AM
lolen replied at 1-10-2018 12:20 PM
santan tu mmg xyah masak eh?

tak payah. tapi perah santan sendiri guna air masak la. jgn guna santan yang siap sedia diperah tu. selain terung ... ayam bakar atau ikan pari / sembilang / keli bakar pun sedap buat mcm ni. lagi sedap kalau bahan2 tumbuk tadi letak cekur jgk.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043437s Gzip On
To Top