Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Nah Resipi Tular Oden, Tak Payah Jenuh Beratur Di Family Mart Lagi

28-9-2018 03:39 PM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 3021| Komen: 21

Ada tak sesiapa di luar sana yang gemar pergi Family Mart, rangkaian kedai 24 jam berasal dari negeri Jepun yang tengah tular tu? 

Kalau anda pergi ke Family Mart, apa yang anda pesan? Kami yakin tentu ramai yang ke sana semata-mata nak makan oden iaitu campuran steamboat dengan dua perisa kuah ini. 

Tak pun mungkin sebab mengidam aiskrim perisa teh hijau atau matcha itu. Pernah tak anda pergi, tapi dah habis atau terpaksa beratur panjang untuk pesan oden yang disirami kuah tom yam? 

Foto: Facebook
Kini anda tak perlu menghadapi kedua-dua masalah itu lagi kerana anda sebenarnya boleh buat sendiri kuah oden yang mirip seperti apa yang kedai Family Mart jual. 

Tak percaya, cubalah sendiri resipi di bawah ini! Anda boleh makan puas-puas dan letak apa sahaja makanan kegemaran anda di dalam kuah tersebut! Siapa yang teringin buat dan malas nak keluar atau beratur, cubalah ya!

Foto:Facebook

Bahan-bahan:
Sepeket pes tomyam
Sepeket pes asam pedas
Sikit air limau
Air secukupnya
Campuran bebola steamboat atau apa sahaja bahan kegemaran anda!( untuk bebola ini anda boleh beli di pasaraya Giant. Ada macam-macam jenis bebola dalam satu pek) 

Foto:Facebook
Ada sesiapa suka makan Oden? Nah, resipi untuk anda buat sendiri!

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan kecuali bebola sehingga mendidih. Selepas mendidih baru masukkan campuran bebola sehingga masak.

Anda boleh nikmati ia begitu sahaja atau makan dengan nasi.

Nikmatilah bersama seisi keluarga kerana berkongsi itu lebih nikmat dan indah!

Foto:Facebook
Kredit: kerongsang tasbih hani

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 21
Komen

Previous : Resepi Ayam Ala 'Panggang' Garam Mudah Guna Periuk Nasi. Tak Perlu Ketuhar Katanya!

Next       : Mesti Cuba! Resipi Tom Yam Sardin. Inspirasi Daripada Chef Siam

Komen Terbaru

Quote palmolive 18-10-2018 01:47 PM
tak nak beratur pergi la time org dh balik kerja

Lain-lain Komen

Quote matkpop 28-9-2018 04:08 PM
Family mart {:teatime
Quote CardiGans85 28-9-2018 04:09 PM
Family mart ni penuh pasal ini ke?x pernah masuk pun
Quote chicozinn 28-9-2018 04:20 PM
sedap ke tanpa bawang rencah sume?
Quote ashk4nn 28-9-2018 04:40 PM
terliur lak aku..penah makan n aku suka rsa dia
Quote kechikchomel 28-9-2018 05:53 PM
baru nak try beli kt FM weekend ni
Quote aleesyasofia 28-9-2018 06:52 PM
iolss mkn family mart kat the mines rasa masin kuahnya.. kat tempat lain ok jer..
Quote 234126 28-9-2018 10:28 PM
Penah try skali je pastu tak boleh nak habiskan kuah dia. Berminyak betul. Habiskan isi je.hhahha memang takkan makan la dah and selalu penuh je orang beratur especially weekend.
Quote MissMamamia75 29-9-2018 07:12 PM
I dah ada smua bahan2 ny..except pes asam pedas Adabi itu....sold out dimana2...huhu{:shy
Quote kelip2_07 30-9-2018 10:55 AM
Kt Hartamas sdp kuah dia..kt KL cair xsdp lsg
Quote puanbintang 1-10-2018 08:13 AM
tak pernah try oden, balik keja nanti boleh try cari bahan n buat..
Quote haryatie 1-10-2018 08:14 AM
mmg slalu gi FM mkn benda ni
semlm da try resepi ni....not bad..bleh lah
Quote serawadurian 1-10-2018 11:35 AM
Ada sapa yg dah try? Sama ke ngan kat family mart
Quote umbut 1-10-2018 11:59 AM
Sedap ke.. kuah tu cam mengerikan je
Quote myakayina 1-10-2018 02:35 PM
selalu buat steamboat sendiri kat rumah pakai pes tom yam jer..kali ni boleh cuba ikut resepi ni..mkn hujan2 seperiuk pun tak cukup..
Quote serawadurian 2-10-2018 01:13 AM
Kat rumah boleh lah bega bega nak masin ke tawar ke cair ke pekat ke
Quote mizruncing 2-10-2018 12:35 PM
bahan2 dh cukup. tak sabar nk buat weekend ni. bnda dh viral haruslah try kensss
Quote itams 3-10-2018 09:52 AM
yang kuah sup satu lagi yg tak pedas tu ada resepi tak
Quote mizzacu 3-10-2018 08:35 PM
Iols dah try.. terbaik kuah dia!
Pasni boleh la buat sendiri..
Quote zafira 4-10-2018 02:59 PM
thanks TT. Boleh try nanti.  

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046422s Gzip On
To Top