Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tujuh Keajaiban Semula Jadi Dunia Diiktiraf CNN. Terpegun Betul!

5-10-2018 12:34 PM|Oleh: nameera | Dilihat: 3591| Komen: 16

Ini adalah senarai Tujuh Keajaiban Semula Jadi  Dunia yang disusun oleh CNN dan Seven Natural Wonders pada tahun 1997, senarai ini merangkumi semua 7 benua melalui ketinggian bumi, dan kedalaman lautan, beberapa tapak yang kurang dikenali, serta beberapa ciri terkenal yang mungkin tidak dijangka dan ia adalah semula jadi. Secara amnya dipersetujui sebagai antara tarikan semula jadi yang paling menarik di dunia. 

 

The Grand Canyon

Sumber dari internet

The Grand Canyon yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat ini  mempunyai 277 batu bersamaan 446 kilometer panjangnya, dengan lebar 6.4 - 24 kilometer dan kedalamannya pula melebihi 1.6 kilometer. Ia terbentuk dari masa ke masa oleh sungai Coloredo. Para saintis turut menganggarkan fenomena sudah mengukir laluannya lebih daripada 17 juta tahun yang lalu lagi. Kini ia merupakan tempat kunjungan pelancong di setiap pelusuk negara. Namun sejak tahun-tahun kebelakangan ini, peningkatan langkah keselamatan telah menghalang pengunjung menghampiri tepi gaung itu dengan seberapa dekat. Walaupun demikian, lokasi ini  masih menjadi tumpuan.

 

Parucutin Volcano

Sumber dari internet

Parucutin adalah gunung berapi yang terdapat di Michoacan, Mexico. Sesuatu yang menarik tentang gunung berapi ini membuatkannya  tersenarai sebagai Seven Natural of Wonder World adalah sejarah pembentukan dan kepupusan yang terjadi.  Menurut dari artikel The Seven Natural Wonders Of The World,  sebelum tahun 1943,  gunung ini tidak pernah wujud. Namun sepanjang tahun 1940-an dan 1950-an, para pakar dan penduduk di rantau ini dapat menyaksikan gunung berapi yang semakin berkembang pesat hingga mencapai ketinggian tiga perempat daripada saiznya dalam tahun pertama. Malah gunung berukuran 1,391 kaki  ini, tumbuh di celah-celah ladang jagung dan pernah menjadi gunung paling aktif selama 19 tahun.  Kini, ia sudah tidak aktif sejak tahun 1952 lagi dan dijangka tidak akan meletus kembali.

 

Nothern Lights (Aurora)

Sumber dari internet

Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam yang biasanya terjadi di kawasan kutub Artik dan Antartika. Hal ini demikian sesetengah saintis memanggilnya sebagai "aurora kutub" atau "aurora polaris. Kesan Nothern Lights ini dibawa oleh zarah-zarah kosmik yang memasuki dan berinteraksi dengan atmosfera bumi, yang menyebabkan warna-warna terang terpancar pada  langit malam. Jika anda beruntung, anda dapat melihat aurora dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Jika  semakin tinggi latitud, semakin besar kemungkinan anda dapat melihatnya. 

 

Victoria Falls

Sumber dari internet

Sungai Zambezi melintasi sempadan Zambia dan Zimbabwe sehingga perairannya turun 355 kaki ke bawah lantas membentuk Victoria Falls yang amat mengagumkan. Air terjun ini dinamakan sebagai Queen Victoria (raja inggeris) oleh penjelajah Scotland, iaitu David Livingstone semasa penjalajahannya ke seluruh Afrika. Nama asal air terjun ini ialah Mosi-oa-Tunya  yang mana namanya  masih digunakan secara tempatan. Dan pada 2013, kerajaan Zimbabwe mengumumkan untuk menamakan kembali kepada nama asal. Air terjun Victoria bukanlah air terjun yang paling tinggi ataupun paling luas di planet ini, tetapi apabila mengambil kira kedua-dua sifat tersebut, ia layak diiktiraf sebagai yang terbesar.

 

Pelabuhan Rio de Janeiro

Sumber dari internet

Teluk Guanabara adalah tanah seluas 19 batu hanya ke timur Rio de Janeiro, bandar kedua terbesar di Brazil. Lebih dari 100 pulau terletak di sekitar teluk, termasuk Pulau Paquet yang bebas kereta, dan Pulau Villegagnon, tapak Sekolah Angkatan Laut Brazil.

 

The Great Barrier Reef

Sumber dari internet

The Great Barrier Reef merupakan terumbu karang terbesar di dunia yang terdiri daripada kira-kira 3,000 karang dan 900 pulau yang terbentang luas sepanjang  2,600 km. Karang ini berlokasi di Laut Koral, lepas pantai Queensland di timur laut Australia yang dilindungi oleh  Great Barrier Reef Marine Park. The Great Barrier Reef dapat dilihat dari luar angkasa dan kadang-kadang disebut sebagai organisme tunggal terbesar di dunia. Sebenarnya, ia terbentuk daripada berjuta-juta organisma kecil, yang dikenali sebagai polip karang. Tempat ini juga  dipilih sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1981.  Kepada anda kaki scuba, inilah tempatnya. 

 

Gunung Everest  

Sumber dari internet


Di sinilah titik tertinggi dunia. Gunung Everest adalah salah satu ciri semula jadi yang paling ikonik di dunia dengan ketinggian 29,029 kaki. Kepada mereka yang ingin menawan gunung ini, perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental,  dan berani  mengambil risiko besar dalam menjalani usaha ini kerana bukan mudah untuk menawan gunung tertinggi di dunia ini. Pelbagai cabaran perlu dilalui. Walaupun begitu, menakluki gunung ini tetap merupakan salah satu daripada kejayaan besar manusia, dan merupakan cabaran yang sangat popular bagi sesiapa yang benar-benar ingin menguji keberanian mereka. - CARI 

 

 Sumber : ww.worldatlas.com , www.aurorahunter.com, Wikipedia/ Seven Natural Wonders (CNN)


Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
6
Terkejut
4
Sedih
3
Lawak
4
Bosan
7
Komen: 16
Komen

Previous : 5 Homestay Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu Yang Memukau Di Kundasang

Next       : Penuh Makanan Halal, Sedap-Sedap Belaka! Kalau Ke China Jangan Lupa Singgah Di Muslim Quarter Xi'an

Komen Terbaru

Quote ladyone 30-11-2018 01:58 PM
cantik ciptaan allah..

Lain-lain Komen

Quote pai.kacang 5-10-2018 03:42 PM
indahnya ciptaan Allah
Quote finn 6-10-2018 12:03 AM
Cantiknya...
Quote NmeeraR 6-10-2018 01:15 AM
Jatuh cinta betul tengok...
Quote EvieWanKenobi 7-10-2018 09:00 AM
dapat sampai kat salah satu tempat pun jadi la..
Quote jetonkepoh 8-10-2018 10:06 PM
So kayyyyy...jeju island dah terkeluar ke??
Quote Artemesiaa 9-10-2018 11:46 AM
Yang lain tu ok je hanya Everest je tak pasti mampu sampai ke sana atau tidak
Quote apalancut 11-10-2018 05:21 PM

Quote mbhcsf 21-10-2018 04:53 AM
nice Zambezi ..Victoria Falls - sumber The Blue Nile tuuuu
Quote Nokiaman 15-11-2018 04:43 PM
Pelabuhan Rio nie mmg unik..
Pernah singgah sekali...
Cantik mmg cantik tapi..every seconds kita kat sana...rasa rimas plak..
Tempat antara kadar jenayah paling tinggi di dunia..
Depa tau kita Foreigners..POLIS pon takle nak pakai..kuat rasuah..
Jaga passport paling penting sebab itulah higest value untuk mereka....


Quote Hessa 16-11-2018 03:51 PM
Nokiaman replied at 15-11-2018 04:43 PM
Pelabuhan Rio nie mmg unik..
Pernah singgah sekali...
Cantik mmg cantik tapi..every seconds kita k ...

ye..betul tu, my cousin kerja sana, perempuan ok, akhirnya kahwin dgn org sana, actually ex boss dia,diorg kenal kat Msia, kerja sama2 kat Msia sebelum tukar ke sana i tak tau mcm mana mak ayahnya setuju dia kerja sana, kahwin org sana, tp dia pun jenis gamble, mcm jenis, ada aku kisah, mak ayah pun mcm fikir, anak dah dewasa so klau dihalang, mungkin dia akan teruskan jugak..tapi still pd i bahaya kan, berisiko....dia cerita, ofismate dia, setiap hari ada je kisah kena samun rompak ni setiap kali nak pg kerja..mula tu dia cuak jugak, tp dia tinggal kat guarded area, yg jauh dari setinggan dan kawasan berisiko ni, so dia ok..barang kat sana sangat mahal, cost of living mmg tinggi..tp sebab company dia provide semua, dia ok la, cuma spend duit utk beli barang makan jer..baru2 ni i dgr dia nak tukar ke Colombia pulak
Quote Nokiaman 17-11-2018 06:45 AM
Hessa replied at 16-11-2018 03:51 PM
ye..betul tu, my cousin kerja sana, perempuan ok, akhirnya kahwin dgn org sana, actually ex boss d ...

Amboiii..kawin lelaki Brazil.....gamaknya anak yg kluaq camne eh...mesti darah kacukan lawo gilerr..lagilaaaaa if anak pompan...
Sanggup plak let go anak kerja sana dan kawin org sana.....high risk siott..
Masa saya singgah sana, terserempak jugak sorang dua mamat Melayu dari Malaysia..org Petronas katanya..mmglah Petronas ada cari gali kat Brazil nun..perna baca katne ntah..
Hmmmm...hujung Doniaa babe..hujung Donia la tu..
Mesti kazen awak tu da pandai cakap latin..
Setinggan bersepah siot....!!! tu yg buat rimas..!!!

Quote Hessa 17-11-2018 12:37 PM
Nokiaman replied at 17-11-2018 06:45 AM
Amboiii..kawin lelaki Brazil.....gamaknya anak yg kluaq camne eh...mesti darah kacukan lawo g ...

off topic lagi..hehe..tula, terkejut gak dia pilih org sana, klau tak silap org2 belah sana agak kuat kristian diorg, tp ni husband dia boleh lak tukar agama,jarang dgr org kita kahwin org belah sana kan, biasa caucasian, takpun yg bangsa kulit hitam..tapi dah husband dia org sana, harap dia ok je lah,cakap latin tu tak tau lah..lama dah tak jumpa, dah dia pun kat sana,susah nak jumpa dia ni sebab dia kejap stay negara ni, kejap negara lain, pd i, klau perempuan berdikari sekali pun, idokler negara amerika selatan menjadi pilihan..biarlah pergi negara mcm Mesir ke, Dubai ke, at least lah kan,walau Brazil negara pilihan world cup i.. pernah jugak dia ke Peru dgn kawan2 perempuan dia sebelum kahwin sebab nk tgk machu picchu, terkena dgn penyeluk saku habis tak tinggal apa..tp dia ni mmg lain skitlah,berani sangat,sbb tu dia boleh pindah brazil,klau i dah kena pengalaman mcm tu, mmg tobat lah nk pg negara2 mcm tu..
Quote Nokiaman 17-11-2018 03:03 PM
Hessa replied at 17-11-2018 12:37 PM
off topic lagi..hehe..tula, terkejut gak dia pilih org sana, klau tak silap org2 belah sana agak k ...

mmg betui kata kata hang nie..
Saya laki ..tapi mmg kecut teloq jejalan tang sana..
Mmg lain dari yg lain kazen hang nie...keperibadian yg lain...
Baru boleh dok sana lelama ...NOT everyone hv this kinda feelin and mindset..
Beboal dgn minah brazil pon waa kecut.....ntah tataw kenapa daa...sebab org sana tu...betullah...Selatan Donia...takut weyyy....anitin anitime can happen tak kira laki ke ponpam....Bersyukurlaaa tak gi lagi..buat kali kedua...i pull out kawan waaa je pergi..nak sangat tu..hehehehhe
Quote Hessa 17-11-2018 07:03 PM
Nokiaman replied at 17-11-2018 03:03 PM
mmg betui kata kata hang nie..
Saya laki ..tapi mmg kecut teloq jejalan tang sana..
Mmg lain dar ...

betul tu..org lelaki pun tak berani, sbb diorg tu 'lain mcm sgt'
i rasa sbb diorg terlalu ramai rakyat miskin daif lah..jd kan,kemiskinan buat diorg terpaksa buat apa je,
sbb tu diorg takde rasa takut ke apa nak buat jenayah..sebab org lain pun buat jenayah jgk,cuba peratikan negara2 miskin lain mcm India,filipina,even indonesia,cuba banding mentality rakyat diorg dgn org negara maju, takpun rakyat Msia sendiri, kita klau jahat sekalipun, tak sanggup nak sewenang je buat jenayah, melainkan yg tegar tu tak boleh buat apa lah..
takpelah, klau nk berjalan oversea ni, atau nak bekerja ni,biarlah cari negara yg bertamadun rakyatnya, sebab nak berjalan & duduk tempat org ni, kita nak seronok dan selamat kantambah2 bila jauh dari family,sape yg kita nak mintak tolong kalau apa2 hal ye dak
Quote korokure 19-11-2018 06:41 AM
unik , cantik dan strategik pelabuhan Rio ni.
Quote ladyone 30-11-2018 01:58 PM
cantik ciptaan allah..

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051153s Gzip On
To Top