Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Penuh Makanan Halal, Sedap-Sedap Belaka! Kalau Ke China Jangan Lupa Singgah Di Muslim Quarter Xi'an

5-10-2018 04:20 PM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 1688| Komen: 12

Muslim Quarter, terletak di bandar purba Xi'an adalah lokasi wajib singgah jika anda di Xi'an. Malah anda akan ketagih dengan tempat ini dan mahu pergi lagi dan lagi. 

Terdapat beberapa penginapan berdekatan dengan lokasi ini. 

Perkara yang Anda Boleh Lakukan di Muslim Quarter, Xi'an, China 

1. Melawat Menara Old Drum
Foto:princesscindyrina.com
2. Melawat Grand Mosque

Foto:princesscindyrina.com

3. Makan di Muslim Quarter

4. Menonton Pertunjukan Puppet  dan bersiar-siar pada waktu petang di Gao Family Mansion

Foto:princesscindyrina.com

6. Kemudian makan lagi di Muslim Quarter 

Foto:princesscindyrina.com
Kenapa kami tekankan untuk makan dan makan lagi di Muslim Quarter? Kerana fokus kali ini ialah makan! 

Anda tidak boleh melawat destinasi ini jika anda sedang berdiet. Kalau anda berdiet sekalipun, anda pasti akan gagal kerana ada banyak makanan halal yang sedap-sedap ditawarkan di sini. 

Foto:princesscindyrina.com

Untuk anda yang tidak fasih berbahasa Cina, anda hanya perlu tahu 2 perkataan iaitu 

Yang Rou=Daging kambing

Niu Rou = Daging lembu
Foto:princesscindyrina.com
Anda boleh memulakan perjalanan di sini dengan melawat Menara Old Drum. Bayaran masuk adalah sebanyak 25 yuan. 

Foto:princesscindyrina.com
Di sepanjang perjalanan anda, anda bakal nampak pelbagai gerai menjual makanan dan jangan risau, nama pun Muslim Quarter, jadi semua makanan adalah halal-halal belaka. Lihat sahaja gambar yang kami lampirkan, kecur air liur tak?

Foto:princesscindyrina.com
Jadi jika anda ada perancangan nak ke China, boleh masukkan Xi'an dalam senarai lawatan anda! Jom ke China!


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 12
Komen

Previous : Tujuh Keajaiban Semula Jadi Dunia Diiktiraf CNN. Terpegun Betul!

Next       : Bangunan Cantik Dan Gah! Rupanya Tandas Awam..

Komen Terbaru

Quote nohas 18-10-2018 06:10 PM
genUmi replied at 14-10-2018 09:01 PM
nak tanya pada yang dah pergi

kalau melawat Xian sekitar hujung bulan 10, boleh beri nasihat baju ...

dulu pergi 7-12 October, cuaca dah sejuk..
jgn lupa, cuba kuih pisang kaki (persimmon)..sedap..

[attach]403462[/attach]

Lain-lain Komen

Quote belilies 5-10-2018 04:34 PM
Kalau ke Taiwan tadi nak je cadangkan oyster omelette pancake.
Quote moonbug 5-10-2018 04:46 PM
Menarik nampak semua food tu
Quote sehirkedi 5-10-2018 05:16 PM
Waaaa nampak sedap makanannya....
Quote meisapoya 5-10-2018 05:22 PM
Sedap nampak semua makanan
Quote genUmi 7-10-2018 02:24 PM
insyaallah akan ke sana tahun depan.
Tak sabar
Quote zafira 8-10-2018 09:22 AM
kalau tengok makanan dia, semua kita nampak sedap.. hakikatnya.. ada yang sedap ada yang tak.. so far akak boleh lagi lah makan sup dumpling, sotong goreng, mee sup dia tu, nasi goreng.. .yg lain2 tak sedap.. even pisang celup bread crumb tu pun tak sedap... tawar... kalo nak try boleh lah...  akak sarankan korang pegi explore belah2 belakang muslim quarter ni...  tempat tinggal dia orang ni.. lagi hapenning.. banyak kedai makan kecik2 yang korang boleh cuba... sedap...
Quote fushimi 8-10-2018 04:48 PM
i miss xian

Quote zaziot 10-10-2018 03:43 PM
zafira replied at 8-10-2018 09:22 AM
kalau tengok makanan dia, semua kita nampak sedap.. hakikatnya.. ada yang sedap ada yang tak.. so fa ...

mahal x kak cost berjalan kt sana?

and senang x if jalan sendiri2 je xyah amek agent
Quote korokure 14-10-2018 07:55 AM
sedapnya..saya suka makanan unik.
Quote adeqqq 14-10-2018 09:55 AM
Missed xi'an!!!...memang berbaloi g xian ni kme masukkan sekali trmpat wajib g terracota army. Kos sy 6hari kat sini all in rm1500 je bukan bajet traveller, so sape yg nak g bajet mmg lagi murah ler.

Makanan memang sedap, kene explore semua area muslim street tu, dan try makann tradisional diaorg mmg sedap2. Sy giler dumpling kat sini sbb pelbagai jnis dumpling dan  d  masak dgn cara yg berbeza. Syurga makanan la senang ckp kalau kat sini...

Ade banyak masjid kat sini dan ade gak 1 masjid ni hanya tuk perempuan je dan 1 masjid ni hanya untuk lelaki je tapi kat sini ade dalam 20masjid tp berjaya cari separuh je sbb yg lagi jauh tu x dan nak cari
Quote genUmi 14-10-2018 09:01 PM
nak tanya pada yang dah pergi

kalau melawat Xian sekitar hujung bulan 10, boleh beri nasihat baju yang sesuai dipakai?
Quote nohas 18-10-2018 06:10 PM
genUmi replied at 14-10-2018 09:01 PM
nak tanya pada yang dah pergi

kalau melawat Xian sekitar hujung bulan 10, boleh beri nasihat baju ...

dulu pergi 7-12 October, cuaca dah sejuk..
jgn lupa, cuba kuih pisang kaki (persimmon)..sedap..

DSC00267.JPG

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049175s Gzip On
To Top