Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bangunan Cantik Dan Gah! Rupanya Tandas Awam..

9-10-2018 12:07 PM|Oleh: faizal | Dilihat: 1453| Komen: 12

Terpesona dengan keindahan dan kecantikan seni reka bangunan yang unik, sekali pandang ianya umpama sebuah bangunan istana yang sungguh mewah. 

Siapa sangka bangunan yang indah dan tersegam indah ini rupa-rupanya ialah sebuah tandas awam.


Memetik dari kompas.com, sebuah bangunan di kawasan Wat Rong Khun atau White Temple, Chiang Rai, Thailand sangat menarik perhatian para pelancong yang datang ke sini.

Bangunan yang berwarna emas dan terdapatnya ukiran-ukiran menarik dan berseni halus di setiap tembok dengan warna yang cantik serta menggamit mata yang memandang.


Chelirm Chai merupakan insan yang telah membangunkan tandas awam yang indah ini. Menurut Chai, waktu membuang air adalah waktu di mana adanya kedamaian. Jadi demi memberi kedamaian serta keselesaan pada semua untuk membuang air, tandas awam yang cantik ini telah dibangunkan.


Tandas awam ini terdiri daripasa dua bahagian. Kiri dan kanan. Masing-masing terdapatnya tandas lelaki dan wanita.


Macam mana agaknya rasa membuang air di dalam tandas yang begitu mewah ya? Datanglah ke sini untuk merasanya. Wat Rhong Khun terletak lebih kurang 15 hingga 20 minit dari pusat bandar. Anda boleh ke sini dengan kenderaan sendiri, thuk-thuk, bas ataupun kenderaan awam. - CARI 

Kredit : Travel Kompas

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 12
Komen

Previous : Inilah Rahsia Sebenar Gunung Soputan Di Sulawesi..

Next       : Beg Selalu Lebih Muatan? Ini 4 Trick Yang Traveler Boleh Cuba..

Komen Terbaru

Quote puanbintang 18-10-2018 09:22 AM
kalau cam gini punya cantik, memang memerut dengan damainya

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 9-10-2018 12:19 PM
Wah cantik boleh dijadikan contoh buat negara lain
Quote chicozinn 9-10-2018 12:55 PM
bagusnya..xcam tandas kedai mamak harga mahal namati tapi jamban cam loji kumbahan..
Quote matkpop 9-10-2018 01:06 PM
takda gambar dalam toilet ke
Quote nisako 9-10-2018 01:33 PM
canggih tul toilet mcm tu... hahah
Quote ctcham 9-10-2018 02:17 PM
tak dinafikan toilet kat negara thai bersih2, bau-bauan pun takde siap letak tong sampah senang nak buat tisu
Quote goss79 9-10-2018 03:39 PM
bagusnya derang jaga betul public toilet ... malaysia shud learn from them
Quote misz_sanggul 9-10-2018 04:51 PM
ctcham replied at 9-10-2018 02:17 PM
tak dinafikan toilet kat negara thai bersih2, bau-bauan pun takde siap letak tong sampah senang nak  ...

ye ker..tp bidet ttp xde buatku sengsara nk mencebuk..
mmg botol kosong bwk khulu khilirla


Quote LostStar 11-10-2018 03:42 PM
aku p la hatyai ka krabi ka mahupon bangkok.. toilet dorg elok bersih, wlau lantai slalu basah.. sbb dorg pakai paip mcm kat sini.. tapi xbau hancing ea..
kt sini mungkin yg dok kencing berak main lap2 jek.. tu psal toilet malaysia ni bau bangkai..
Quote Emperor95 11-10-2018 04:31 PM
Sudah damai.
Quote Foxey 15-10-2018 05:32 PM
wa... cantik bangunan toilet dia.
Quote imatt 15-10-2018 06:00 PM
Toilet cantik macam mana pun bagi aku, tapi kalau takde getah paip memang tak guna. Hahaha.
Quote puanbintang 18-10-2018 09:22 AM
kalau cam gini punya cantik, memang memerut dengan damainya

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041866s Gzip On
To Top