Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Nak Makanan Barat Yang Sedap-Sedap Belaka? Apa Lagi, Jom Serbu Chequers @ Taman Tun Dr Ismail

9-10-2018 01:03 PM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 1386| Komen: 5


Foto:eatdrinkkl
Sejak ia mula dibuka pada tahun 2014, restoran Chequers yang terletak di Taman Tun Dr Ismail sentiasa mengolah menu sajian mereka dan pada tahun lepas, beberapa menu telah diperkenalkan sesuai dengan trend makanan masa kini. 


Jika pada awalnya mereka menghidangkan waffle untuk para pelanggan, kini anda boleh meniikmati menu lain dan antara yang wajib ialah chilli poppers (RM10). 

Untuk menu ini, cili hijau segar yang disumbat tuna digunakan dan digoreng rangup. Selain itu anda juga perlu pesan kentang goreng cili berkeju (RM13) iaitu gabungan kentang goreng dan sos yang sungguh enak. Kentang disediakan bersama kulitnya agar ia lebih rangup.

Foto:eatdrinkkl

Bagi penggemar burger dan mac-&-cheese, pernah tak anda makan gabungan kedua-duanya? Jika tidak, di sinilah anda boleh menikmatinya!  

Menggunakan pati daging striploin Australia dan dilapisi dengan bakon daging dan  mac-&-cheese, ia dihidangkan bersama sos pedas bersama roti bijan yang tebal (RM30 termasuk kentang goreng & salad). 


Foto:eatdrinkkl

Restoran ini tidak menghidangkan hot dog namun ada yang lebih baik dan unik daripada itu iaitu corn dog!. Corn dog juga merupakan salah satu makanan jalanan popular di Amerika dan jarang didapati di Kuala Lumpur. 


Foto:eatdrinkkl

Ia merupakan sosej ayam atau daging yang dilapisi dengan tepung jagung yang manis dan digoreng rangup.  (RM16)

Foto:eatdrinkkl

Lokasi: Chequers TTDI
153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. 
Buka: Khamis-Selasa, 8am-11pm. 
Tel: 03-7733-3068

Foto:eatdrinkkl

Foto:eatdrinkkl

Foto:eatdrinkkl
Jom sambut hari jadi yang tersayang di Chequers! Pasti membuahkan kenangan manis dan perut yang kenyang! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 5
Komen

Previous : Penuh Dengan Makanan Unik Dari Eropah, Sebut Sahaja Pasti Ada Di Rococo Cafe Restaurant

Next       : Memang Gila! Bufet Aiskrim Di Penang Satu Hari Je, Makanlah Sepuas-Puasnya

Komen Terbaru

Quote AmandaRollins 16-10-2018 07:12 PM
Sdp nye pizza tu..corn dog mmg suka sgt makan..nk pegi la nti

Lain-lain Komen

Quote Jonijonet55 9-10-2018 01:05 PM
Sedapnyerrr
Quote saviour_09 9-10-2018 02:18 PM
looks yummy la jugak

kalo kat kuantan ni
deco kedai2, perghh hipster habis
& memang besar la modal habis
tapi rasa hauk sehauk-hauk nyaaa!


Quote RatuDunia94 10-10-2018 12:29 AM
Cili hijau 3 ketul RM10?
Quote helicornia 10-10-2018 09:03 AM
dah tua2 ni tekak loya je tengok cheese meleleh2 ni
Quote AmandaRollins 16-10-2018 07:12 PM
Sdp nye pizza tu..corn dog mmg suka sgt makan..nk pegi la nti

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041741s Gzip On
To Top