Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Lupakan Nasi Lemak Biasa, Risotto Lemak Di The Other Half Bakal Buat Anda Jatuh Cinta

30-10-2018 03:49 PM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 975| Komen: 12

Anda sukakan cabaran dan gemar mencuba sesuatu yang baru termasuk makanan? Anda mungkin mahu ke restoran The Other Half di Taman Tun Dr Ismail kerana mereka menyajikan dua buah sajian unik dan lain daripada yang lain! 

Anda tentu dah biasa makan nasi lemak, tapi pernahkah anda cuba risotto lemak? Ha, dapatkan ia di sini!

Foto:says.com
Antara menu unik yang anda patut cuba di sini ialah Risotto Lemak dan juga Rendang Egg Benedict! Menggabungkan resipi Itali dan tempatan, Risotto Lemak terdiri daripada sambal risotto, ayam rangup, kacang berempah, timun segar dan juga telur rebus carak. 

Foto:says.com
Manakala Rendang Egg Benedict pula terdiri daripada rendang daging dan sos serai Hollandaise. Selain dua menu unik ini, terdapat banyak lagi menu lain yang boleh anda atau rakan-rakan anda pesan.

Foto:says.com
Hiasan dalaman yang minimalis juga sesuai untuk dirakamkan dan dimuat naik dalam akaun Instagram anda! Tunggu apa lagi, jom ke lokasi di bawah:


Foto:says.com

Foto:says.com
Alamat: Unit 2-1, Greens Terrace, No.1 Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Operasi:
9am - 5.30pm (Isnin - Rabu)
9am - 10pm (Khamis - Ahad & Cuti Umum)

Hubungi: 03-2771 6221 -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 12
Komen

Previous : Nikmati Kek Keju Hangus Beserta Teh Susu Bubble Di Belle And Cream!

Next       : Jom 'Melantak' Nasi Beriani 2kg Di Warung Mercik Shah Alam, Boleh Kongsi Sampai Lapan Orang

Komen Terbaru

Quote puanbintang 7-11-2018 03:18 PM
macam tak kena dengan tekak je tapi tak salah kot cuba bebila tekak dah bersedia...

Lain-lain Komen

Quote meklalala 30-10-2018 04:44 PM
kenapa mek tengok ni tak terliur langsung..mek jarang la tak terliur tengok makanan ni..haha tak kena dengan selera sungguh
Quote dubuk 30-10-2018 04:53 PM
sedap ke            
Quote mzzenma 30-10-2018 05:20 PM
Nampak tak menyelerakan pun
Quote Orgkgdukobesi 30-10-2018 05:33 PM
Agak susah I nak telan Malaysian
Modern Contemporary Cuisine macam ini sebab ada sebabnya makanan traditional sedap dimasak dan dihidang secara traditional .
Quote MsKathryn 30-10-2018 05:35 PM
Kalo nasi lemak x payah la nak fusion bagai {:thief
Quote munchkin 30-10-2018 06:32 PM
Aiyooo egg tuuuuu..nyummm
Quote Missfadh 30-10-2018 09:47 PM
Traditional juga buat terliur.
Quote Kenabertaubat 31-10-2018 02:33 PM
Ni nasi lemak ke? I prefer traditional punya nasi lemak
Quote rosseamanda 4-11-2018 07:54 AM
perghh modennye nasi lemak dia.. tgk mcm lembik je nasi tu. iols lg suke nasi lemak dekat warung2
Quote dua_chzy 4-11-2018 10:18 PM
rosseamanda replied at 4-11-2018 07:54 AM
perghh modennye nasi lemak dia.. tgk mcm lembik je nasi tu. iols lg suke nasi lemak dekat warung2

Risotto memang lembik uols. Ala2 bubur oat.
Quote rosseamanda 7-11-2018 09:53 AM
dua_chzy replied at 4-11-2018 10:18 PM
Risotto memang lembik uols. Ala2 bubur oat.

Sedap ke? Iols tak pernah makan. Dkt mn je ade jual
Quote puanbintang 7-11-2018 03:18 PM
macam tak kena dengan tekak je tapi tak salah kot cuba bebila tekak dah bersedia...

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045184s Gzip On
To Top