Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Jom 'Melantak' Nasi Beriani 2kg Di Warung Mercik Shah Alam, Boleh Kongsi Sampai Lapan Orang

6-11-2018 12:47 PM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 1118| Komen: 9

Apa yang istimewanya Warung Mercik Shah Alam ini? Keunikan mereka ialah mereka menghidangkan Nasi Beriani 2kg! 

Ia bukanlah untuk seorang makan kecuali anda benar-benar kuat melantak dan pelahap. 

Foto:Facebook

Hidangan ini sebenarnya untuk dikongsi 6 hingga 8 orang! Selain nasi beriani mereka turut menghidangkan menu lain seperti kacang pool, nasi ayam, bruschetta dan banyak lagi! 

Foto:Facebook
Menu paling laku pula katanya ialah nasi kambing bakar. Kambing bakar yang dihidangkan di sini unik sedikit kerana disajikan bersama kuah cicah air asam resipi turun temurun.

Foto:Facebook
Anda perlu datang sendiri dan cuba baru tahu kelazatannya! Kepelbagaian menu di sini membolehkan anda datang beramai-ramai bersama sahabat handai atau kaum keluarga dan bertukar-tukar juadah untuk dirasai bersama. 

Foto:Facebook
Restoran ini turut digemari warga Singapura berdasarkan ulasan-ulasan di laman Facebook warung ini. 

Ada yang mendakwa bukan peminat nasi beriani pada asalnya namun mula suka meminati nasi beriani semenjak merasai kelazatan briyani Warung Mercik Shah Alam.

Foto:Facebook
Alamat :
No.49, Jalan Keluli al7/al
Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Sek7, Shah Alam

Foto:Facebook
Mereka juga mempunyai cawangan di Kota Damansara. Tunggu apa lagi, jom terjah! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 9
Komen

Previous : Lupakan Nasi Lemak Biasa, Risotto Lemak Di The Other Half Bakal Buat Anda Jatuh Cinta

Next       : 10 Restoran 'Muslim-Friendly' Nasi Daun Pisang Terbaik Di KL & PJ! Wajib Cuba Okay

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 7-11-2018 07:52 AM
Pantas iols buka fb dia. Nasi beriani set gitu rm70. Ok lah kan? Eh ke kira mahal?

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 6-11-2018 01:32 PM
@Vokuru sila belanja kaka
Quote Mary_jane 6-11-2018 01:34 PM
Nasi arab i boleh lagi, tapi beriyani cannot go. Jadi ni satu talam berapa?
Quote buapakperut 6-11-2018 01:39 PM
Mary_jane: Nasi arab i boleh lagi, tapi beriyani cannot go. Jadi ni satu talam berapa?

sama la kiter, iols boleh makan nasi arob tapi nasi beriani tak suka
Quote Keropok12 6-11-2018 01:47 PM
Ya tuhan banyaknya
Quote oak.balustrade 6-11-2018 02:45 PM
Tak muak ke oiiii
Quote Sham143 6-11-2018 03:41 PM
Harga mesti x4 punya.. Lebih baik makan satu2..
Quote shernazz 6-11-2018 03:44 PM
Dan dan ada iklan kambinb golek ni kat cari
Quote Keropok12 6-11-2018 05:55 PM
Mary_jane: Nasi arab i boleh lagi, tapi beriyani cannot go. Jadi ni satu talam berapa?

Aah berapa ni?
Quote BoongaKertas 7-11-2018 07:52 AM
Pantas iols buka fb dia. Nasi beriani set gitu rm70. Ok lah kan? Eh ke kira mahal?

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043144s Gzip On
To Top