Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Cara Buat Fucuk Homomade Dijamin Halal Dan Bersih

19-11-2018 11:00 AM|Oleh: Faizal| Komen: 15

Kalau memasak sayur lemak, bila letak fucuk soya tentu sekali membangkitkan rasa yang enak kan. Bukan sayur lemak sahaja, macam-macam masakan yang menggunakan fucuk sebagai bahan untuk membuatnya.

Tetapi kini, kebersihan dan kehalalan dalam pemprosesan fucuk soya ini menjadi keraguan kebanyakan masyarakat kita. Sehinggakan ada di antara kita yang tidak memakan fucuk dek kerana keraguan.


Jadi, nak dapatkan fucuk soya yang diyakini bersih dan halal? Apa kata buat sendiri sahaja dirumah. Jom ikuti resipi dan cara membuat fucuk secara homemade ini yang telah dikongsi oleh Lemang Biru di laman facebooknya.

Bahan-bahan

Air soya segar - Air soya tanpa gula.


Chopstik secukupnya.

Cara-cara membuatnya

1. Masukkan air soya ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang kecil sahaja. Untuk mengelakkan hangus.

2. Biarkan air soya di dalam periuk memanas. Jangan dikacau.

3. Tiba suatu ketika, bahagian atas soya akan berkedut-kedut dan bertukar warna kekuningan.

4. Dengan menggunakan pisau, potong bahagian tepi fucuk yang melekat dengan dinding periuk supaya lapisan fucuk mudah untuk diangkat nanti.


5. Ambil chopstik dan angkat fucuk tadi. Ulang proses yang sama sehinggalah air soya di dalam periuk itu habis.

6. Keringkan air pada fucuk dan dijemur sehingga betul-betul kering.

Sedia untuk digunakan untuk dimasak. Selamat mencuba. - CARI 



Kredit : Lemang Biru

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
4
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 15
Komen

Previous : Twisties Homemade! Mudah Macam Petik Jari Je Nak Buatnya

Next       : Burrito Kacang Panggang Untuk Sarapan Pagi! Kenapa Tidak?

Komen Terbaru

Quote kucing02 28-11-2018 11:48 AM
suka mkn fucuk ni.. tp disebabkn beberapa viral sblm ni.. x lalu dh nk mkn

Lain-lain Komen

Quote ninnamina 19-11-2018 11:23 AM
Tqqq.. baru tau fucuk tu dari soya
Quote umbut 19-11-2018 12:12 PM
Wah... senang sangat lupanya... boleh buat...

TT... resepi suun ada?
Quote greantea 19-11-2018 12:22 PM
senang je rupanya cara buat. tp x tahu la jadik ke x kalo buat
Quote bawangkecik 19-11-2018 02:41 PM
why fucuk bukan pucuk huhuh
Quote redbullax 19-11-2018 02:42 PM
Edited by redbullax at 19-11-2018 02:45 PM

buat masak lemak sedap ni


<a href= "http://www.momentopaint.com/2018/11/13/bosan-dengan-dekorasi-ruang-tamu-ikuti-beberapa-tips-untuk-idea-hiasan-ruang-tamu-ini/">dekorasi ruang tamu</a>
Quote syue86 19-11-2018 02:46 PM
laaa...senang giler buatnya..hahaha..just nk keringkan tu je amik masa.
Quote Megikari 19-11-2018 03:10 PM
Uuuu my feveret {:love
Quote daimon 20-11-2018 08:44 PM
bawangkecik replied at 19-11-2018 02:41 PM
why fucuk bukan pucuk huhuh

kerana fu cuk (sebutan : fu zhuk) adalah makanan kantonis

seperti char koay atau sebutan yang betul yao zha koay
Quote puanbintang 21-11-2018 11:21 AM
lorr, simple je resepinya..baru tau..
Quote saviour_09 21-11-2018 12:14 PM
ooo gitu je ke?
hari ni pasar malam boleh tapau soya
esok try
Quote lwyl 21-11-2018 06:17 PM
Kalau dibiarkan basah jadi dou bao?
Quote KuewTeuwKungFu 25-11-2018 08:58 AM
Senang nyer...br Tau dr soya
Quote rasengan 25-11-2018 10:09 AM
boleh try ni..senang sangat caranya
Quote nia999 27-11-2018 07:24 PM
Sng je rupanya nak buat
Quote kucing02 28-11-2018 11:48 AM
suka mkn fucuk ni.. tp disebabkn beberapa viral sblm ni.. x lalu dh nk mkn

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045096s Gzip On
To Top