Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tarik Anak Makan Sayur Dengan Sosej Ayam Sayur Ini, Pasti Mereka Sukakannya!

19-11-2018 05:32 PM|Oleh: natrahn | Dilihat: 1934| Komen: 11

Anak yang didedahkan kepada bahan sihat dan berkualiti serta kaedah memasak makanan sihat sejak usia muda lebih cenderung membuat pilihan pemakanan sihat apabila dewasa kelak. 

Menggalakkan anak makan secara sihat sebenarnya bermula dengan pemikiran mereka. Satu panduan yang baik untuk membuatkan kanak-kanak teruja makan ialah dengan membabitkan mereka dalam proses memasak. 


Foto: WebMD

Memasak hidangan sihat juga tidaklah sesukar yang disangkakan, malah sesetengahnya boleh dilakukan bersama ketika masa lapang dan tentunya menjadikan pengalaman menyeronokkan buat seisi keluarga. 

Memasukkan sayuran dalam hidangan anda menjadikan makanan bukan saja menyihatkan malah dapat memberi seisi keluarga nutrisi mencukupi dalam satu hidangan. Apatah lagi tidak semua kanak-kanak menggemari sayuran yang dimakan begitu saja, lebih elok sekiranya satu hidangan dapat menyatukan semua kandungan penting terdiri daripada protein dan sayuran. 

Menerusi resepi Sosej Ayam Sayur ini, anda boleh memilih untuk meletakkan sebarang jenis sayuran seperti lobak, bayam, cendawan dan lain-lain mengikut cita rasa yang dilumatkan bersama isi ayam. Pasti menarik selera anak anda tanpa perlu memaksa mereka makan sayur. 

Berikut bahan dan cara penyediaan hidangan Sosej Ayam Sayur yang boleh dicuba sendiri di rumah:


Bahan

4 hingga 5 ketul dada ayam
2 biji telur
Lobak dan daun sup - Anda boleh guna apa-apa jenis sayur sekalipun.
1 biji bawang besar
4 hingga 5 ulas bawang putih
4 sudu tepung ubi
Sedikit lada hitam
Sedikit lada sulah
Garam secukupnya


Cara-cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan di atas dan kisar hancur menggunakan mesin pengisar.

 

2. Kemudian, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik ais krim dan ikat pada hujung kiri dan kanan.

 

3. Panaskan air rebusan dan rebus selama 10 hingga 15 minit. Anda juga boleh guna teknik mengukus.

 

4. Goreng jika nak makan dan selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk.

 
Tarik Anak Makan Sayur Dengan Sosej Ayam Sayur Ini


Foto: FB Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Siap! Mudah saja kan? Tak perlu lagi membeli sosej yang dijual di pasar raya. Anda sendiri boleh membuat sosej yang sedap dan berkhasiat! Pasti anak anda sukakannya. Semoga bermanfaat! - CARI


Kredit resipi: FB Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 11
Komen

Previous : Cara Buat Fucuk Homomade Dijamin Halal Dan Bersih

Next       : Makan Ungkep Ubi Kayu, Teringat Zaman Kecil-Kecil Di Kampung Dulu

"Dia Dah Berani Naik Kepala, Jangan Sampai Peristiwa 13 Mei Berulang..."
"Budak Baru Jangan Poyo Dengan Budak Lama" - Waris Tak Sindir Ben Ladin
Budak 11 Tahun Terjun Sungai Bunuh Diri
"Jangan Dengar Kentut Saya Lagi!" - Murid Tak Tahu Kentutnya Menghasilkan Bunyi
Ini Kecantikan Dan Keunikan Taman Bunga Terbesar Di Dunia, Terpegunnya Melihatnya!
Pelik Dan Unik Reka Bentuk Payung Di Pasaran Kini, Tapi Mana Satu Paling Praktikal?
Teruk Wan Saiful Wan Jan Dikecam Kerana Berdolak-dalik Isu Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Cantik Ke Kalau Sakit? 10 Trend Ini Menjadikan Wanita Hamba Fesyen Tanpa Sedar!
"Dah Terbukti, Nak Sembunyi Apa Lagi?" - KJ Gesa UMNO Akui Skandal 1MDB
"Tak Kisah Orang Kata Macam Bintang Porno, Ibu Saya Sendiri Tak Bising" - Zizi Kirana
"Duit Tak Boleh Beli Maruah" - Netizen Tempelak Aliff Syukri Luah Perasaan 'Kena Game' Dengan Astro
Meghan Markle Disuruh Ubah Penampilan Supaya Nampak Seperti Kerabat Diraja
"Istighfar Banyak-banyak, Tak Baik Fitnah Lisa" - Aaron Aziz Tegur Netizen Bergurau Melampau
Hina Mahkamah, Najib Boleh Dipenjara
Izzue Islam Sedar Suara Tak Hebat, Umum Keluar Dari Forteen
Buat Apa Tunggu Lama-lama? Raja Ilya Nikah 23 Disember Ini!
Hanya Dengan Serai Dan Kurma, Minuman Ini Segar Dan Menyihatkan!
Jus Kubis, Sedap Ke? Jom Cuba Resipi Mudah Nak Buatnya
Cara Buat Stok Pes Kunyit Ini Pasti Memudahkan Mak-mak Memasak Di Dapur
Tiru Asia, Menu Serangga Kini Bakal Dijual Di Pasaraya UK
Burger Ala-ala McDonalds Homemade - Mudah Pula Tu
Nasi Arab Homemade, Rasanya Setanding Macam Makan Di Restoran Negara Timur Tengah

Komen Terbaru

Quote EncikRhoma 2-12-2018 05:44 PM
guna daun pisang pun boleh kot. Ikat macam buat lepat kemudian kukus

Lain-lain Komen

Quote Jonijonet55 19-11-2018 10:07 PM
Wahh. Nak buat lah{:hooray
Quote RatuDunia94 19-11-2018 10:47 PM
Xde apa2 ke rebus plastik aiskrim tu?
Quote skinsandstars 19-11-2018 11:01 PM
RatuDunia94: Xde apa2 ke rebus plastik aiskrim tu?


Aku pun fikir sama, kak. The heck rebus plastik aiskrim?
Quote buapakperut 19-11-2018 11:43 PM
mana boleh, plastik aiskrim tak tahan panas, kene stim mestila die release toksin. pe kata wat kat loyang/acuan tahan panas je
Quote fishcracker 20-11-2018 12:51 PM
Menarik....bole terai guna muffin tray
Quote missDollie 20-11-2018 03:52 PM
Yup better guna tray lepas tu potong2 kan la..nak bagi makan anak sihat jadi tak sihat pun benda alah tu..
Quote natrahn 21-11-2018 08:13 AM
Kawan saya di UK share guna casing yang dibeli secara online dari AMAZON untuk buat DIY sausage. Malangnya tiada yang shipping ke Malaysia.  Setakat ni saya guna plastik aiskrim dan aluminium foil. Kat TESCO khabarnya ada jual edible sausage casing. It's usually made from non-meat ingredients. Usually it was sold in plastic bag. Nanti saya try cari dan share sini ye. TQ

Quote puanbintang 21-11-2018 11:19 AM
menariknya resepi ni...bahan pun x remeh..
Quote saviour_09 21-11-2018 12:13 PM
elok2 nak bagi anak healthy food
dah jadi tak healthy
rebus dengan plastik?
serious?
boleh ke?
Quote mizziaz 29-11-2018 11:23 PM
Ingredient dah bagus dah.
Cuma substitute plastik tu dgn baking tray better.
Quote EncikRhoma 2-12-2018 05:44 PM
guna daun pisang pun boleh kot. Ikat macam buat lepat kemudian kukus

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044419s Gzip On
To Top