Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Uniknya Fenomena 'Malam Kutub'! Pekan Di Alaska Ini Tidak Akan Disinari Matahari Selama 65 Hari

7-12-2018 11:29 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 24

Sebuah pekan di Alaska tidak akan disinari matahari selama 65 hari!

 
Kredit Foto: Carian Google
Pekan Utqiagvik yang dahulunya dikenali sebagai Barrow akan menerima sinaran matahari terakhirnya Ahad ini, 25 November sebelum satu fenomena cuaca yang dipanggil malam kutub akan berlaku secara rasminya di mana kegelapan akan menyelubungi pekan itu selama lebih dua bulan.

Kredit Foto: Carian Google
Menurut ahli matereologi, penduduk pekan itu perlu menunggu sehingga 23 Januari 2019, jam 1.04 p.m waktu tempatan untuk sekali lagi melihat sinaran cahaya matahari, seperti yang dilaporkan dalam saluran TV, The Weather Channel. Pekan itu mempunyai 4,400 penduduk. Di media sosial, warga pekan itu beramai-ramai mengucapkan selamat tinggal kepada sinaran matahari buat kali terakhir untuk tahun ini.

 
Kredit foto: The Weather Channel
Fenomena malam kutub turut berlaku di beberapa tempat di Alaska, Kanada, Finland, Russia dan Sweden. Oleh kerana pekan Utqiagvik adalah pekan yang terletak paling utara di Amerika Syarikat - di utara bulatan Artik,, tidak hairanlah matahari akan kelihatan menghilang untuk satu tempoh masa yang singkat pada musim sejuk, kerana masa ini matahari tidak akan kelihatan terbit di atas kaki langit.

Kredit foto: Twitter
Pakar materiologi CNN, Judson Jones berkata,  ini bukanlah perkara yang luar biasa. Ini berlaku hampir setiap tahun, cuma tempoh masanya sedikit berbeza tambahnya. Walaupun fenomena ini turut berlaku di beberapa tempat, pekan Utqiagvikini dijangka akan mengalaminya lebih awal berbanding tempat lain kerana kedudukannya di utara.

Kredit foto: Youtube
Bagaimana agaknya pengalaman mengalami waktu malam selama 65 hari? Pasti bil elektrik naik mendadak. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 24
Komen

Previous : Pulau Esanbehanakitakojima Hilang Secara Misteri, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Next       : Berjalan Dalam Taman Bunga Terbaharu Di Penang, Rasa Macam Bercuti Di Jepun

Komen Terbaru

Quote chinta89 17-12-2018 11:06 AM
Sang_Pencinta replied at 11-12-2018 04:16 PM
Jaga2 sis

Jalan sana gelap, tak sampai nanti

sis hanya mampu verangan jer

Lain-lain Komen

Quote buapakperut 7-12-2018 11:36 AM
citer 30 days of nightantara favret iols
Quote Sang_Pencinta 7-12-2018 11:41 AM
Kalau gelap memanjang, apakah kita akan automatik rasa mengantuk ya?
Quote shernazz 7-12-2018 11:44 AM
9 bulan lepas tu sesi bersalin beramai ramai...

11
Quote Sasakim 7-12-2018 11:54 AM
adakah selama 65 hari tu mmg kita akan mengantuk je??{:question
Quote Sang_Pencinta 7-12-2018 12:03 PM
Ikut berita orang sana still kena kerja seperti biasa ya

Cuma waktu pejabat pun kena pasang lampu.
Quote ladyone 7-12-2018 01:13 PM
macam mana diorang adjust body nature diorang dengan masa tido??
Quote Sang_Pencinta 7-12-2018 01:56 PM
ladyone replied at 7-12-2018 01:13 PM
macam mana diorang adjust body nature diorang dengan masa tido??

Rasanya diorang kena tengok timing dan lampu

Malam jangan  pasang lampu bergelap 100%

Siang pasang semua lampu termasuk luar, tepi jalan semua

Lepas tu tidur semua kena on time, jangan tidur siang
Quote NmeeraR 7-12-2018 04:15 PM
menakjubkan....

bangun je dari tidur, tengok malam lagi..  
Quote RatuDunia94 7-12-2018 07:51 PM
Ish kalo puasa mcm mana nk kira tu??
Quote Sang_Pencinta 7-12-2018 08:25 PM
shernazz replied at 7-12-2018 11:44 AM
9 bulan lepas tu sesi bersalin beramai ramai...

11

Kalau honymoon kat sini memang sesuai kan?

Berkelubung bawah selimut je hari2
Quote Sang_Pencinta 7-12-2018 08:26 PM
RatuDunia94 replied at 7-12-2018 07:51 PM
Ish kalo puasa mcm mana nk kira tu??

Kan? Tak tahu masa masuk/buka
Quote RatuDunia94 7-12-2018 08:36 PM
Sang_Pencinta replied at 7-12-2018 08:26 PM
Kan? Tak tahu masa masuk/buka

Solat pon.. Zuhurnya bila Asar? maghrib?
Quote Sang_Pencinta 7-12-2018 08:46 PM
RatuDunia94 replied at 7-12-2018 08:36 PM
Solat pon.. Zuhurnya bila Asar? maghrib?



Tengok kat video rakaman 24 jam ni kan, waktu siang dia taklah gelap sangat cuma tak ada matahari je

Macam subuh atau petang / mendung begitu
Quote shernazz 7-12-2018 09:05 PM
Sang_Pencinta replied at 7-12-2018 08:25 PM
Kalau honymoon kat sini memang sesuai kan?

Berkelubung bawah selimut je hari2

Kan..
Hari hari malam je...
Nak buat apa lg...hahahaH
Quote AbukRokok 8-12-2018 09:04 AM
xhingin pergi
xtahan sejuk
dah 65 malam bertambah2 la sejuk
Quote Artemesiaa 8-12-2018 10:16 AM
Syukurnya kita masih dapat merasai siang dan malam berbanding mereka disana
Quote Sang_Pencinta 8-12-2018 10:18 AM
Nak cubalah, macam mana agaknya hidup bergelap

Nak jogging keluar pun gelap
Quote putehkundor 8-12-2018 05:20 PM
tak yah pakai sunblock la kalau gitu...khuens
Quote Jorja 9-12-2018 11:14 PM
Teringin sgt p Alaska

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045034s Gzip On
To Top