Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ini Antara Tempat Misteri Dan Paling Seram Di Dunia. Rasa-Rasanya Berani Ke Nak Jejak?

14-12-2018 12:30 PM|Oleh: Nameera| Komen: 6

Di dunia ini terdapat banyak tempat dikatakan bahaya dan penuh misteri, menyimpan cerita tersendiri sehingga dinyatakan sebahagian pihak, ia adalah tempat paling menyeramkan. 

Pulau Hashima, Jepang
Foto: Google
Pulau Hashima adalah bekas penempatan perlombongan batu bara yang didirikan pada tahun 1887. Tempat ini dianggap salah satu kota yang paling padat penduduknya di bumi. Pada tahun 1959, sejumlah 5259 orang tinggal di pulau ini.  Namun, terjadi masalah kompilasi mengimport batu bara, perlombongan pun ditutup pada tahun 1974. Kini ia menjadi kota usang tanpa penghuni di tengah lautan yang kelihatan begitu menyeramkan. Dikatakan tempat ini banyak menyebabkan tenaga yang dikerah telah terkorban. Lantas membuatkan tempat ini menjadi seram.


Hutan Bunuh Diri - Gunung Fuji, Jepun 
Foto: Google
Hutan Aokighara berhampiran dengan Gunung Fuji Jepun.  Sejak tahun 1950, tempat ini menjadi tempat orang depresi membunuh diri. Ia dipercayai penduduk Jepun sebagai tempat penuh misteri dan menyeramkan. Andai ke sana, jangan terkejut melihat mayat tergantung di pokok  dan tulang dimerata tempat.

Pulau Boneka - Xochimilco, Mexico
Foto: Google
Pulau sepi di Mexico ini hanya dihuni oleh ribuan anak patung. Mengikut cerita, pada tahun 1950,  Santana Barrera dikatakan telah mengumpul anak patung dari sampah dan meletakkanya di pulau Mexico selatan bagi  membawa keamanan kepada jiwa seorang gadis kecil yang ditemuinya mati lemas di situ. Tidak lama kemudian, Barrera juga telah tenggelam di sekitar kawasan kanak-kanak itu dikuburkan. Selain raut wajah patung yang kelihatan usang dan menyeramkan, tempat ini juga menyimpan kisah mistik yang menyeramkan. 


Centralia Amerika Syarikat
Foto: Google
Bandar ini terbakar selama 50 tahun lantas menyebabkan ia ditinggalkan tanpa penghuni. Dikatakan permainan video seram terkenal iaitu Silent Hill diinspirasikan dari bandar ini.


Rumah Sakit Militer Beelitz-Heilstätten, Jerman
Foto: Google
Hospital ini digunakan oleh tentera Jerman semasa Perang Dunia I dan II. Pemimpin Parti Nazi Adolf Hitler juga dirawat di sini kerana kecederaan kaki di Perang Dunia I. Beelitz-Heilstätten adalah hospital mewah pada masa itu. Namun hospital ini ditutup pada tahun 2000 dan dibiar terbengkalai hinggalah ke hari ini. Kini bangunan usang ini dikatakan berhantu.


Resort San Zhi, Taiwan
Foto: Google
Bentuk bangunan resort yang agak menarik, tetapi ia masih tidak membuat orang lupa mengenai cerita menakutkan terjadi di sini. Ia hanya di diami selama dua tahun sekitar tahun 1970-an, da mula ditinggalkan kerana terlalu banyak kematian yang berlaku di sini. Kematian yang berlaku bukan sahaja menyebabkan kejadian seram di kalangan penduduk resort, malah mereka yang melalui kawasan bersebelahan resort.


Rumah Misteri Winchester - California, Amerika Syarikat

Foto: Google
Rumah misteri ini dihuni oleh Sarah Winchester yang kaya. Dia menjadi pewaris tunggal suaminya. Kekayaan senjata suaminya. Sejak itu, dia telah dihantui oleh roh orang yang kehilangan nyawa mereka kerana senjata suaminya. Tidak boleh dikorbankan secara berterusan, akhirnya dia membina sebuah rumah gergasi di San Jose. Rumah ini mempunyai 160 bilik dan dua ruang bawah tanah.


Kota Kematian, Rusia
Foto: Google
Terletak di Dargavs, utara Ossetia, tempat ini kelihatan seperti sebuah kampung kecil dengan rumah batu mini. Namun sebaliknya, tempat ini adalah tanah perkuburan purba.


Apa pendapat anda? Adakah tempat disenaraikan cukup seram untuk anda? -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
6
Lawak
4
Bosan
4
Komen: 6
Komen

Previous : Pencinta Alam: 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 1)

Next       : Tak Payah Pening Kumpul Duit Untuk Down Payment, Ada Rumah Semurah $1 Di Detriot USA

Komen Terbaru

Quote aurorayasmeen 20-2-2019 12:43 AM
Haha..seram gile..xbrani aku nk visit..

Lain-lain Komen

Quote pendekarpenyu 15-12-2018 12:18 PM
ooo tak sangka pulak movie The Winchester tu based on true story. sebelom tgk cter tu ingatkan psl sam & dean winchester dlm supernatural, skali sah daaaa
Quote puanbintang 19-12-2018 09:36 AM
Baru jugak tengok movie Heilstatten tu, tengok dalam movie tu tempat tu macam seram jugak tapi jalan ceritanya ewwwww, tak mengambarkan langsung sejarah tentang bangunan or kisah disebaliknya...
Quote Yamei 17-2-2019 12:16 AM
Iol penah pergi resort San Zhi, Taiwan tu..xdelah menakutkan sangat..siap unik lagi dgn bangunan bentuk2 ufo...tp iol xmasuk dlm la..bergambar di lua aja...hihihih
Quote korokure 17-2-2019 11:05 PM
kalo seram tak mau la pegi..balik takleh tido weh..
Quote AppleJack 18-2-2019 02:34 AM
mak aiii bleh tahan seram
Quote aurorayasmeen 20-2-2019 12:43 AM
Haha..seram gile..xbrani aku nk visit..

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047985s Gzip On
To Top