Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tak Payah Pening Kumpul Duit Untuk Down Payment, Ada Rumah Semurah $1 Di Detriot USA

7-12-2018 11:21 AM|Oleh: Mounie| Komen: 1

Tak perlu lagi pening nak kumpul duit bayar downpayment mahal-mahal atau risau loan bank tak lepas, anda hanya perlukan $1 (RM4.13). 

Ya, RM 4.13 untuk membeli tanah dan rumah-rumah terbiar di sekitar Kota Detroit, di negeri Michigan ,Amerika Syarikat. Berikut merupakan contoh-contoh rumah pilihan anda.

Sumber : Realtor.com


Sumber : Business Insider
Macam mana? Masih berminat nak membeli rumah-rumah ini?

Sejarah Hitam Kota Detroit

Di saat kegemilangannya, Kota Detroit merupakan pusat industri automotif utama di Amerika Syarikat dan rumah kepada lebih 1.6 Juta penduduk. Namun kini segalanya kian lenyap. Kota ini dipenuhi dengan bangunan, rumah terbiar dan mempunyai rekod aktiviti jenayah yang tinggi. Pada 2017, hanya kota Detroit hanya mempunyai sekitar 600,000 orang penduduk. Kekurangan dana kewangan juga memaksa Majlis Bandaraya Detriot menfailkan kemuflisan dengan hutang sebanyak $18-20 Billion.

Kemerosotan kota ini tak lain dan tak bukan berpunca dari rusuhan kaum. Pada 1967, rusuhan selama 5 hari diantara penduduk kulit hitam dan pihak berkuasa  di Detroit memusnahkan aset dan harta berjumlah $80 Juta. Lebih 2,000 kedai dilaporkan dipecah masuk dan hampir 400 penduduk hilang tempat tinggal. Rusuhan ini memakan nyawa 43 orang. 33 orang dilaporkan berkulit hitam.

Hasil dari rusuhan ini, ramai penduduk terutama sekali berkulit putih beransur-ansur meninggalkan kota Detroit.

Sumber : Business Insider

Muslihat Di Sebalik Harga $1

Harga rumah $1 sememangnya murah dan sepatutnya menarik perhatian ramai untuk berpindah ke sana tetapi tidak ramai pembeli ataupun pelabur berminat. Kos baik pulih yang tinggi adalah salah satu puncanya. Kadar jenayah tinggi juga perlu diambil kira sebelum membeli hartanah. Namun ,Isu Cukai adalah faktor utama.

Walaupun rumah dibeli dengan harga $1, anda perlu membayar cukai hartanah mengikut nilai semasa hartanah tersebut. Katakanlah nilai semasa hartanah tersebut $60, 000, cukai yang perlu dibayar adalah sekitar $2000-$3000. Harga $1 hanyalah muslihat Majlis Bandaraya Detroit untuk mengutip cukai. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
5
Terkejut
10
Sedih
5
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 1
Komen

Previous : Pencinta Alam: 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 1)

Next       : Paris Kota Cinta Yang Penuh Tipu Daya! Realitinya...

Komen Terbaru

Quote BabyOnEarth 7-12-2018 05:10 PM
Beli rumah $1 dah mampu dah, skali tgk cukai tingginya almost 50%.
Tak berbaloi la nk invest property sini

Lain-lain Komen

Quote BabyOnEarth 7-12-2018 05:10 PM
Beli rumah $1 dah mampu dah, skali tgk cukai tingginya almost 50%.
Tak berbaloi la nk invest property sini

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.069411s Gzip On
To Top