Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Uniknya, Bermain Dengan Air Pasang Di Taman Negara Johor Tanjung Piai

27-12-2018 04:33 PM|Oleh: nameera| Komen: 7

Bagi penduduk di sekitar Johor, fenomena air pasang di Taman Negara Johor Tanjung Piai sudah menjadi kebiasaan untuk mereka. Fenomena ini boleh dikatakan berlaku setiap hujung tahun sejak beberapa tahun  yang lalu lagi. Bahkan kini, kawasan ini  sesuai untuk bermandi-manda apabila terjadinya air pasang di sini.

Dari Berita TV9

Sumber dari internet
Air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh air dari Laut Selat Melaka yang melimpah masuk ke dalam kawan taman negara kerana kawasan ini berada di pesisiran pantai. Air pasang sekitar kedalaman bawah paras sederhana ini akan berlaku hanya 2 jam sehari sekitar pukul 11.00 pagi dan 1.00 tengah hari.  Walaupun hanya seketika, ia cukup memberi kepuasan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dan merasai sendiri  pengalaman air pasang besar di pintu masuk taman negara hutan paya bakau itu.

Sumber dari internet
Menurut pengurus TNJTP, fenomena air pasang ini  memang dinanti-nantikan orang ramai untuk bermain ibarat di taman tema air, seperti mana tahun-tahun sebelumnya yang mana kawasan ini akan berlaku air pasang besar. 

Pihak TNJTP  akan membuka laluan masuk berasingan kepada para pengunjung yang ingin beriadah ke sini. Mereka juga akan memaklumkan kejadian ini tiga bulan lebih awal melalui akaun Facebook Taman Negara Johor. Untuk itu, dimaklumkan  air pasang besar tahun ini sedang berlaku sejak 24 Disember dan dijangka akan berakhir pada Khamis ini. 

Menurut TNJTP lagi, disebabkan kejadian ini, mereka menerima pengunjung kira-kira 5,000 orang setiap hari.

Namun begitu, pihak TNJTP juga harus menitikberatkan 2 faktor dalam satu masa iaitu  faktor keselamatan pengunjung, yang mana pihaknya memastikan pengunjung bermain air di bawah pengawasan kakitangan yang terlatih.

Seterusnya, mengenai air pasang yang terjadi telah memberi kesan kepada TNJTP kerana setiap tahun  keluasan tanah akan makin berkurang akibat daripada hakisan pantai yang kritikal. Untuk  itu, pihak TNJTP sentiasa menjalankan usaha untuk mengatasi masalah ini melalui program penanaman pokok bakau di sekitar kawasan taman negara.

Sungguh menarik bukan? Ada yang pernah sampai ke sini untuk merasai fenomena unik ini? - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Previous : Inginkan Cabaran Baru? Taman Negara Bako Syurga Buat Penggemar Pengembaraan Hutan

Next       : Uniknya Luang Prabang, Kota Kecil Padat Dengan Aktiviti Menarik

Komen Terbaru

Quote korokure 7-1-2019 11:22 PM
masa pi dulu takda pulak air pasang ni.

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 27-12-2018 05:52 PM
Kalau dh bersesak2 mcm tu nk beriadah apanya??
Quote buapakperut 27-12-2018 08:23 PM
mak oi penuh orang. air cethek saja pun, ..mesti banyak indun datang selpie
Quote chicozinn 27-12-2018 10:23 PM
Sebenarnya nak pergi sne xbest sebab lalu kebun sawit n jalan kampung..laki aku yg memang asal orang serkat pun jarang g sana ngan parking n masuk tg piai kne bayr asing2..
Quote jee72 27-12-2018 11:05 PM
Tanjong piai ni pegi sekali cukup, so dh smpi ke penghujung benua asia, sbb lain xde
Quote syue86 28-12-2018 10:04 AM
sonok fenomena air pasang ni
dulu penah merasa kt area gelang patah..jakunnnn
Quote msdummy.2018 7-1-2019 05:59 PM
Giler sesak.. Idoklah temannn{:run
Quote korokure 7-1-2019 11:22 PM
masa pi dulu takda pulak air pasang ni.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061422s Gzip On
To Top