Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Benarkah Piramid Tertua Di Dunia Berada Di Indonesia?

16-1-2019 01:25 PM|Oleh: Tukang Tulis| Komen: 23

Kredit foto: Danny Hilman Natawidjaja
Gunung Padang di Jawa Barat, Indonesia yang diiktiraf sebagai tapak megalitik terbesar di Asia Tenggara dikatakan bukan sebuah gunung, sebaliknya ia didakwa sebagai struktur piramid tertua di dunia.

 
Science Alert melaporkan, dakwaan itu dibentangkan oleh sekumpulan saintis Indonesia dalam Mesyuarat Musim Luruh Persatuan Geofizik Amerika (AGU) di Washington D.C., Amerika Syarikat bulan lalu.

 
Penyelidikan yang diketuai oleh ahli geofizik dari Institut Sains Indonesia, Danny Hilman Natawidjaja itu mendapati gunung setinggi 885 meter dari paras laut tersebut adalah struktur purba yang berusia sekurang-kurangnya 10,000 tahun.

Pemandangan Gunung Padang dari jauh. Kredit foto:  Carian Google
Mereka mendakwa, struktur piramid itu bukan sahaja meliputi kawasan puncak gunung, malah di kawasan cerun sekitaranya merangkumi keluasan kira-kira 15 hektar.

Kaedah yang digunakan untuk mencapai rumusan itu termasuk dengan menggunakan radar penembusan tanah, tomografi seismik dan ekskavasi arkeologi.

Struktur Gunung Padang mempunyai empat lapisan. 

Kredit foto: Danny Hilman Natawidjaja
Struktur piramid Gunung Padang dikatakan terbahagi kepada empat lapisan di mana proses tentu umur radiokarbon menganggarkan lapisan pertama berusia kira-kira 3,500 tahun, lapisan kedua kira-kira 8,000 tahun dan lapisan kedua antara 9,500 hingga 28,000 tahun.


Lapisan keempat yang belum diketahui usianya diperbuat daripada batu basalt lava gunung berapi yang dibentuk oleh manusia.

Danny berpandangan, struktur yang membentuk Gunung Padang itu mungkin mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan.

"Ia merupakan sebuah kuil yang unik," jelasnya.

Sekiranya dakwaan itu dibuktikan benar, piramid yang ditemukan di Indonesia itu adalah lebih tua berbanding struktur purba berusia lebih 5,000 tahun di Mesir. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
9
Terkejut
6
Sedih
6
Lawak
8
Bosan
7
Komen: 23
Komen

Previous : 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 2)

Next       : Keindahan Pantai Koh Samui Di Thailand, Jauh Dari Aktiviti Lasak Dan Kesibukan Bandar

Komen Terbaru

Quote hussaini4675 6-3-2019 08:35 AM
lee_sakura replied at 10-2-2019 03:27 AM
piramid pon nk claim jgk ke...

nanti depa buat demo dengan kedutaan mesir

Lain-lain Komen

Quote NmeeraR 16-1-2019 02:21 PM
Uniknyaa... Indo byk tempat peninggalan sejarah best2,  laut n pemandangan pun cantik..

sbb duduk dekat Lingkaran api pasifik kot.. ada gunung berapi  lebih 100.
Quote kucingitam 16-1-2019 02:29 PM
done claim!
Quote kaklong32 16-1-2019 02:53 PM
hambek laaaaa
Quote munchkin 16-1-2019 03:16 PM
Semua dialah.
Quote melnanzz 16-1-2019 03:30 PM
Jap jap... Gunung Padang ni buatan manusia ke? Kalau betul buatan manusia baru boleh qualify jadi pyramid kan.
Quote Levespa 16-1-2019 03:58 PM
melnanzz: Jap jap... Gunung Padang ni buatan manusia ke? Kalau betul buatan manusia baru boleh qualify jadi pyramid kan.


saintis indo tu claim gunung tu piramid buatan manusia la..
Quote Sang_Pencinta 16-1-2019 03:59 PM
Awas, saintis Indon memang penipu uols, banyak kali kena kantoi termasuk Dr.Danny ni

Sikit2 penipuan konon ada jumpa sesuatu di Indon yang lebih tua dari Egypt!!!, Lebih tua dari Giza!!!! etc etc..


https://www.skepticink.com/lateraltruth/2017/09/23/gunung-padang-last-open-letter-danny-hilman/


Well, Danny:

Older than Egypt! Greater than Giza! In November 2011, the organizer of the Ancient Catastrophe Team, Andi Arief, announced to the world you had found an immense and immensely ancient pyramid inside a mountain in West Java. The evidence was impeccably scientific, including radiocarbon dates and all manner of resistivity and seismic and magnetic remote sensing. You presented the evidence yourself in February 2012, at meetings in Jakarta and Bali, affirming in front of no less a scholar than Stephen Oppenheimer that the mountain was artificial. Gunung Padang for the win!

Except, the mountain in question was not Gunung Padang. It was G. Sadahurip, and it was only one of several pyramid-shaped hills for which similar claims were made: Lalakon, Putri, Kaledong, Haruman, up to eighteen altogether including G. Padang. What happened to all those other pyramids, Danny? I should have thought youd be presenting them proudly as further evidence of your advanced pre-Holocene civilization, and yetas far as I could findthey vanished from your narrative not long after those announcements were made. Why did Gunung Padang suddenly become an only child?

Well, it helps to look at some recent history. Your account of the discovery of Gunung Padang, as also retailed by Graham Hancock and Co, implies that you stumbled on your great discovery in the course of other researchthat you were not looking for an ancient civilization, and were rather surprised when you found one. But lets go back a bit, and look at the context.

Somewhere around 2008 or 2009, while you were doing valuable work mapping seismic faults in West Java, two books were translated into Bahasa and caught the public imagination: Stephen Oppenheimers Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia, first published in 1999; and the late Arysio dos Santos Atlantis: The Lost Continent Finally Found, first published in 2005. Both posit huge importance for pre-Holocene Indonesia. Oppenheimers thesis is a respectable (though minority) alternative to the Out-of-Taiwan hypothesis, whereby Asia was peopled northward from Sundaland rather than southward from Taiwan. Santos tome is a cranky masterpiece of pseudoscholarship that places Platos Atlantis in Sundaland, a fabulous advanced civilization destroyed when an eruption of Krakatau breached the Java Strait and flooded the lowlands among the present islands. The books effect, it seems, was a great boost to the national ego, reverberating right up into the presidential palace.
Quote mieymiey 16-1-2019 04:05 PM
Apa ja yang bukan asal dari Indonesia?
Quote Sasakim 16-1-2019 04:33 PM
done claim {:hooray{:hooray{:hooray
Quote dekmieDandy 16-1-2019 04:41 PM
bgai jelar kat diorang... kang nanges
Quote najib888 16-1-2019 09:44 PM
Gurik & Gepeng ahhh indon maling ni.. klaim2.. jangan tak klaim
Quote dani-rox 17-1-2019 12:48 AM
khabarnya, alam semesta dicipta di indonesia














Quote pokaibanktokyo 17-1-2019 06:28 AM
Bersepah je piramid purbakala serata dunia. Termasuk di semenanjung
Quote buapakperut 17-1-2019 06:32 AM
macam gunung yang ditoreh untuk tanam padi bukit saja, bukannya piramid macam kat temoat lain yang dibina oleh manusia from scratch.
Quote anise6123 17-1-2019 02:21 PM
dani-rox replied at 17-1-2019 12:48 AM
khabarnya, alam semesta dicipta di indonesia

btl btl...haha
Quote Supersirap 18-1-2019 11:08 AM
ikut sahaja
Quote None68 8-2-2019 05:00 PM
Bagi chance je la kat diaorang mmg semua start/mula/awal dr Indon termasuk jugak maid2 yg haprak xde class melambak2 kat msia ni..
Quote lee_sakura 10-2-2019 03:27 AM
piramid pon nk claim jgk ke...
Quote gideoncross 10-2-2019 04:52 AM
dani-rox replied at 17-1-2019 12:48 AM
khabarnya, alam semesta dicipta di indonesia

Yg ni lawak. Haha.

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.060247s Gzip On
To Top