Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Glasier Ini Mampu Buat Anda Terbeliak Mata. Sungguh Luar Biasa!

30-1-2019 12:51 PM|Oleh: nameera| Komen: 14

Glasier adalah salah satu fenomena alam yang paling luar biasa. Ia adalah sungai ais yang bergerak perlahan dalam saiz yang besar. Fenomena ini terbentuk dari salji yang turun  dari pergunungan  dan membeku menjadi ais dan turun ke kaki bukit, ke arah cerun, lembah atau badan air.

Pergerakan glasier juga tidak boleh dilihat dengan serta merta, tetapi jika anda melihatnya sekali lagi selama beberapa dekad, anda dapat melihat perubahan dramatik dalam landskapnya.


Glasier Kaki Gajah/ Elephant Foot Glacier, Greenland
Kredit Foto : Google
Kelihatan seperti mangkuk adunan yang telah dicurahkan di atas kuali. Ia adalah tekanan berbilion tan ais yang menembusi gunung dan tumpah simetri ke laut berdekatan.

Kredit Foto : Google

Biafo Glacier, Pakistan
Kredit Foto :matadornetwork.com
Glasier ini terletak di pergunungan Karakoram di Pakistan dengan panjang 36 kilometer, ketinggian lebih dari 5000 meter.  Biafo dan Hispar bergabung sehingga membentuk sistem glasier terpanjang di luar Kawasan polar.

Kredit Foto : Google
Bagaimanapun , glasier ini tidak begitu popular kerana pendakian yang sangat sukar dan pengangkutan yang kurang maju untuk ke sini.
 
Kredit Foto : Google


Perito Moreno Glacier, Argentina
Kredit Foto : Google
Pembentukan ais 250 km2 (97 batu persegi)  ini adalah tarikan pelancong di Patagonia, Argentina. Tidak seperti kebanyakan glasier, ia sebenarnya makin bertambah, bukannya menyusut.

Kredit Foto : Google

Glasier ini juga merupakan salah satu yang paling mudah diakses di Patagonia yang memiliki tiga kawasan tontonan yang membolehkan pelancong mendekati dengan sebeberapa dekat.


Kredit Foto : Google

Margerie Glacier, Glacier Bay Alaska
Kredit Foto : Google
Alaska dikenali kerana mempunyai beberapa glasier terbesar dan paling popular di dunia dan Margerie Glacier pasti salah satunya. Di 34 kilometer, ia adalah salah satu daripada glasier terbesar di luar Antartika dan merupakan destinasi pelancongan yang sangat popular untuk orang di seluruh dunia. 

Kredit Foto :earthnworld.com
Kredit Foto : Google
Ia terletak Taman Negara dan Pemeliharaan Glacier Bay yang didedikasikan untuk memelihara ekosistem Arktik.

Kredit Foto : Google

Vatnajökull Glacier, Iceland
Kredit Foto : Google
Vatnajökull Glacier merupakan salah satu glasier yang terbesar di Eropah. Ia juga terletak di kawasan dikatakan sebagai "wild wonderful of a landscape" kerana  dikelilingi oleh gunung berapi aktif, gua ais dan mata air panas.

Kredit Foto : Google
Ia juga disenaraikan dalam Guinness Book of Records, sebagai "object of the world's longest sight line". Namun sayangnya, glasier ini kian surut dan belum dipastikan bagaimana ia mampu mempertahankan status itu.

Kredit Foto : Google

Canada Gracier, Antartica
Kredit Foto : Google
Antartika memiliki glasier terbesar di dunia yang mana salah satunya adalah  Canada Gracier.  Ia terletak berhampiran Taylor Valley, Victoria Land dan menerima salji yang sangat kurang.

Kredit Foto : Google
 Kawasan ini memiliki ekosistem padang pasir dengan tumbuh-tumbuhan dan kehidupan haiwan yang sangat sedikit. 
Lake Fryxell. Kredit Foto:Google
Lake Hoare . Kredit Foto:Google

Jostedalsbreen Glacier, Norway
Kredit Foto : Google
Merupakan salah satu glasier yang paling luar biasa di dunia dan terbesar di Eropah. Glasier ini mempunyai 60 kilometer panjang, tebal 600 meter dan tersebar di kawasan seluas 486 kilometer persegi. 

Kredit Foto : Google
Terdapat beberapa formasi ais yang luar biasa  mengalir melalui gunung dan secara beransur-ansur bercampur dengan hutan sekitarnya.

Kredit Foto : Google

Fox Glacier Dan Franz Josef Glacier, New Zealand
Kredit Foto:earthnworld.com
Sepasang glasier ini unik kerana ketinggiannya rendah yang mana kurang daripada 300 meter atas paras laut di antara hutan hujan sederhana, dan bukannya batu tinggi di puncak gunung. Ia juga merupakan sebahagian daripada Taman Tapak Warisan Dunia Te Wahipounamu, yang merupakan rumah kepada pelbagai hidupan liar yang unik dan dijangka akan menyusut pada tahun 2100. 

Kredit Foto : Google
Jika anda tidak mahu berjalan kaki, anda boleh melakukan perjalanan dengan helikopter dan melihat pemandangan luar biasa dari udara.

Kredit Foto : Google

Furtwängler Glacier Mount Kilimanjaro, Tanzania
Kredit Foto : Google
Puncak Gunung Kilimanjaro mempunyai salah satu glasier  paling menakjubkan di dunia. Glasier ini telah merosot dengan cepat sejak abad lalu dan hari ini, hanya 18% daripadanya kekal utuh. Dianggarkan akan mencair sepenuhnya menjelang 2020.



Apa kata anda? Adakah ia cukup menakjubkan? -CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 14
Komen

Previous : Misteri Hutan Aokigahara Yang Menyeramkan. Pemandangan Cantik Tapi..

Next       : Jom Intai Hotel Berusia 1300 Tahun, Tertua Di Dunia!

Komen Terbaru

Quote carisha 5-2-2019 05:24 PM
Pernah hike Vatnajökull Glacier. Stunning view everywhere!

Lain-lain Komen

Quote Megikari 30-1-2019 12:54 PM
Subhanallah....
Quote chempaka.ayu 30-1-2019 01:19 PM
Subhanallah cantik sangat
Quote EvieWanKenobi 30-1-2019 01:21 PM
Subhanallah.. Allah Maha Pencipta..
Quote raihaneem 30-1-2019 02:16 PM
Cantik sgt2..
Quote puanbintang 30-1-2019 02:20 PM
tengok dalam gambar pun dah tergangga, ni kan kalau dapat tengok real....subhanallah..
Quote makton 30-1-2019 02:21 PM
subhanallah.. cantiknya. teringin nak pegi lihat sendiri
Quote kaklong32 30-1-2019 02:38 PM
subhanallah memang cantik
Quote chinta89 30-1-2019 02:45 PM
mmg cantik. kagum dengan ciptaan ALLAH.
Quote Catpaw 30-1-2019 02:48 PM
Subahanallah alhamdulillah , indahnya dunia ini
Quote kucingitam 30-1-2019 03:22 PM
cantiknya..tak sangka argentina pun ada glacier..ku pikir argentina ala2 brazil
Quote Artemesiaa 30-1-2019 03:40 PM
Dah kalau alam semula jadi semestinya amat cantik
Quote wallame 30-1-2019 09:30 PM
Gunung Kilimanjaro ni yg olg sukar utk didaki kan
Quote moonbug 31-1-2019 11:22 PM
Sayangnya yang puncak Kilimanjaro dah tinggal seciput je glacier. Suhu dah makin tinggi la tu kat situ
Quote carisha 5-2-2019 05:24 PM
Pernah hike Vatnajökull Glacier. Stunning view everywhere!

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049624s Gzip On
To Top