Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Pulau Socotra Yang Unik! Macam Berada Di Planet Asing

8-2-2019 11:31 AM|Oleh: monolog| Komen: 12

Pernahkah anda mengetahui di dunia ini ada satu pulau yang dianggap seolah-olah berada di planet asing? Memetik majalah sains dan Harian Metro, Pulau Socotra adalah sebuah pulau yang berada  kira-kira 350 kilometer dari pantai tenggara Yaman.


Semasa pembentukan benua masih aktif ,sebahagian kecil tanah Afrika terpisah . Ia berlaku sekitar 7 juta tahun dahulu yang membentuk sebuah gugusan-gugusan pulau . Antaranya ialah Pulau Socotra, yang ditemui sejak kurun pertama Masihi. Kesultanan Mahra pernah memiliki  pulau ini sebelum  beralih kuasa kepada republik  Yaman pada 30 November 1967 .


Kredit foto:google

Pulau-pulau kecil berdekatan dengannya ialah Pulau Samhah, Abd Al Kuri dan Darsa.


Pulau Socotra ini terkenal dengan flora dan fauna yang pelik. Ia dianggap seperti sebuah tempat yang mempunyai landskap yang sangat luar biasa seolah-olah berada di planet lain. Pulau ini juga mempunyai 40 ribu penduduk yang masih mempercayai amalan kuno  dan mengamalkan sistem barter.


Kredit foto: google

Mereka ini  merupakan  penggembala kambing,nelayan ,dukun dan imam.


Pergunungan Haghier  merupakan puncak tertinggi di pulau tersebut dengan ketinggian 1.500 m dari permukaan laut dan suhu tahunan kira-kira 18 darjah celcius.


Melalui satu kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), saintis telah menemui 700 spesis endemic yang tidak pernah wujud di mana-mana tempat di muka bumi ini.


Pada Julai 2008, Pulau ini telah perakui oleh UNESCO sebagai warisan  dunia .Walaupun mempunyai permandangan luar biasa, ia tidak boleh dilawati buat masa ini. Banyak juga negara yang melarang untuk melawati pulau ini kerana situasi keselamatan di negara tersebut yang tidak stabil.


Mari kita susuri gambar-gambar menarik Pulau Socotra 


Pohon-pohon dan bentuk  Pulau Socotra
Kredit foto: google 


Antara haiwan-haiwan pelik di Pulau Socotra
Kredit foto:google
Penduduk pulau Socotra
Kredit foto:google
persisiran pantai 
Kredit foto: google
persisiran pantai pulau
Kredit foto:google

Cantik bukan? Pulau ini juga dikaitkan dengan tempat kurungan Dajjal, melihat kepada lokasi Pulau tersebut yang terpencil dengan keunikan alamnya dan kawasannya tepat di Laut Yaman.  Wallaahu'alam. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 12
Komen

Previous : Misteri Hutan Aokigahara Yang Menyeramkan. Pemandangan Cantik Tapi..

Next       : Nak Ke Luar Negara? Jom Semak 7 Money Changer Yang Tawarkan Kadar Rendah Di Kl & Selangor!

Komen Terbaru

Quote madamjaja 13-2-2019 12:19 PM
pokok2 yg unique..cantik la pulau ni

Lain-lain Komen

Quote iwansa 8-2-2019 11:37 AM
wah..indahnya ciptaanNya
Quote lucky_peace 8-2-2019 12:06 PM
baru tau ada penduduk pulau ni... pantainya cantiknyaa, dah la i suka pantai...
Quote epis 8-2-2019 01:08 PM
Pulau ni laluan perdagangan gak kan? Pelik gak dari dulu sampai skg kehidupan penduduknya dikatakan masih kuno... pantainya cantik~~
Quote epis 8-2-2019 01:08 PM
Pulau ni laluan perdagangan gak kan? Pelik gak dari dulu sampai skg kehidupan penduduknya dikatakan masih kuno... pantainya cantik~~
Quote beloomberk 8-2-2019 01:42 PM
Ketam tu nk seakan2 ketam pirates of the carribean..yg bnyak2 tolak black pearl ke laut.
Quote chicozinn 8-2-2019 02:31 PM
betul ke pulau ni tempat kurungan Dajjal?
Quote moonbug 8-2-2019 02:31 PM
Sangat unik. Cantiknya pantai dia
Quote chinta89 10-2-2019 02:14 PM
serius weyyyy lawa!!!!! x sangka masih guna sistem barter.. bagus jgk masih ada yg guna cara lama. setidak2nya kita yg dunia moden ni dpt tgk life mereka ygtak tercemar dengan arus kemodenan.
Quote korokure 10-2-2019 10:47 PM
pelik pokok tuu..tapi nice island..jauh dari kehidupan moden
Quote jpbstarlife 12-2-2019 10:03 AM
bagus la tak blh dilawati. tak ada la dicemari oleh perosak2 alam..
Quote ikanmasin 12-2-2019 10:29 AM
cantiknya pantai..msh tak tercemar lg..
Quote madamjaja 13-2-2019 12:19 PM
pokok2 yg unique..cantik la pulau ni

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042968s Gzip On
To Top