Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Festival Songkran, Pesta Air Wajib Disambut Di Thailand. Seronok Betul Main Air!

15-4-2019 06:05 PM|Oleh: nameera| Komen: 13

Festival Songkran adalah festival yang sangat terkenal di Thailand kerana merupakan  satu peristiwa penting dalam kalendar Buddha yang menandakan permulaan Tahun Baru Thai Tradisional. Pesta ini disambut pada  setiap tahun iaitu 13 hingga 15 April. 


Kredit Foto : Google

Songkran juga dikenali sebagai pesta air dan kini menjadi salah satu perayaan terbesar menarik berpuluh-puluh ribu pelancong dari seluruh dunia untuk menyambut pesta ini yang disambut meriah terutamanya di Bangkok, Chiang Mai, Pattaya, Phuket dan Hatyai.

Kredit Foto : Google
Kredit Foto : Google

Nama Songkran berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud 'lewat' atau 'menghampiri'. Pesta ini disambut oleh penduduk tempatan dengan mengunjungi kuil dan melakukan upacara memandikan patung-patung Buddha, yang mana merupakan ritual mengikut kepercayaan mereka untuk membuang sial. 

Bahkan sudah seperti hari keluarga kerana cuti yang agak panjang memberi peluang kepada mereka yang bekerja di perantauan pulang ke pangkuan keluarga untuk meluangkan masa bersama orang tersayang.

Kredit Foto : Google

Pada asalnya, ia tradisi bagi agama Buddha. Namun kini, pesta Songkran menjadi salah satu acara terbesar dalam kalendar pelancongan Thailand. Andai anda ke  destinasi tempat festival ini berlangsung, bersedialah untuk mendapat percikan air. 

Kredit Foto : Google
Kredit Foto : Google

Saat ini anda akan melihat orang ramai berkeliaran di sekitar sambil berbalas tembakan menggunakan pistol air, saling menyimbah air dan merendam sesiapa sahaja di kawasan itu.


Kredit Foto : Google
Kredit Foto : Google
Kredit Foto : Google
Kredit Foto : Google
Kredit Foto : Google

Bagaimana? Teruja tak? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Previous : 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 2)

Next       : Menakjubkan! Hotel Bawah Tanah Pertama Di Dunia. Ini Gambar Dan Fakta Menarik Bikin Anda Terpegun

Komen Terbaru

Quote epis 16-4-2019 06:33 PM
Madel replied at 16-4-2019 06:03 PM
Uols ada kat sana ke?
Abg iols dari rig turun ke Bangkok terus ke Phatong Phuket sbb kat Bangkok  ...

Yup kt sini.. meriah je sambutan kt bangkok, puas main air mcm kt sunway lagoon..

Lain-lain Komen

Quote sehirkedi 15-4-2019 06:23 PM
Hahaha gajah pon join sekali sembur air.. Kat Malaysia air mahal.. Kene jimat cermat. Buka air pun halus2 je.. Huhu
Quote Madel 15-4-2019 07:04 PM
Tahun ni kan Songkran dibatalkan ,hanya dibuay kat daerah2 kecil..sbb ada pertabalan diraja.
Jadi tak meriah sgt pun mcm tahun2 sebelum nya.
Quote sfrnna 15-4-2019 10:04 PM
I pernah join Sonkran ni tahun 2017 kat Chiang Mai. Mmg meriah
Quote Mulotkoyak 16-4-2019 01:15 AM
Yang aku pelik org tempatan pakai xover... skali org mesia dtg tudia aurat mcm dh xingat lgsg kamu dtg dr mesia. Beriya nauuuuuu kome ye... iols main air kat umah je mampooo...tu pun dh belecak
Quote Rainora 16-4-2019 02:14 AM
Nampak meriah dan colourful dgn gajah2 sekali
Quote epis 16-4-2019 06:31 AM
Still ada kt bangkok, meriah je mcm biasa...

Madel: Tahun ni kan Songkran dibatalkan ,hanya dibuay kat daerah2 kecil..sbb ada pertabalan diraja.Jadi tak meriah sgt pun mcm tahun2 sebelum nya.

Quote MsKathryn 16-4-2019 08:31 AM
Comelnya gajah pn join sembur air
Quote mizruncing 16-4-2019 08:54 AM
ni la yg bbnu dari malaysia gedik nk pegi. smpai sana pakaian hazab bkn main.
Quote kookie92 16-4-2019 09:20 AM
ish2 pembaziran
Quote RatuDunia94 16-4-2019 09:46 AM
Musim panas main air mmg seronok.. tp yg overnya gang2 gayah berlengging tayang body pon berlambak..
Quote MarissaOberlin 16-4-2019 04:32 PM
Sakan la cik Gayah Malaysia bergumbira di sana. Ibarat menunaikan haji pula
Quote Madel 16-4-2019 06:03 PM
epis replied at 15-4-2019 10:31 PM
Still ada kt bangkok, meriah je mcm biasa...

Uols ada kat sana ke?
Abg iols dari rig turun ke Bangkok terus ke Phatong Phuket sbb kat Bangkok dia ckp tak meriah.
Quote epis 16-4-2019 06:33 PM
Madel replied at 16-4-2019 06:03 PM
Uols ada kat sana ke?
Abg iols dari rig turun ke Bangkok terus ke Phatong Phuket sbb kat Bangkok  ...

Yup kt sini.. meriah je sambutan kt bangkok, puas main air mcm kt sunway lagoon..

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041597s Gzip On
To Top