Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Rajin Berkongsi Resipi Di Instagram, Eina Azman Beri Idea Menu Untuk Bulan Ramadhan!

22-4-2019 12:50 PM|Oleh: intan| Komen: 18

Jika anda mengikuti 'lifestyle' selebriti yang seorang ini, sudah pasti anda mengetahui minat mendalam dirinya dengan aktiviti memasak. Eina Azman sering dipuji netizen kerana rajin benar memasak dan tidak lokek berkongsi resipi dengan peminatnya. 

Sempena bulan Ramadhan yang menjelang tiba ini, Eina Azman telah berkongsi beberapa menu mudah untuk dimasak untuk berbuka puasa dan sahur. Sesuai untuk anda yang masih pening dan buntu nak masak apa setiap kali tiba bulan ramadhan.

Foto: IG
Mengakui dirinya bukanlah seorang chef tetapi sangat berminat apabila bercakap mengenai makanan. Menurutnya lagi, Eina semakin bersemangat untuk memasak dan berkongsi resipi apabila orang memuji masakannya. 

Menggunakan hashtag #itsdonebyeinaazman , memudahkan netizen mencari resipi di instagram yang telah dikongsi olehnya. Jom kita tengok seleksi resipi mudah melalui perkongsiannya di instagram.

1. Mee kari ayam


2. Nasi goreng nenas


3. Sayur rebung masak lemak cili api


4. Kari ikan merah


5. Ayam goreng kicap & peria katak goreng


6. Mee soto ayam



7. Ikan patin masak tempoyak



8. Asam pedas ikan siakap



9. Ayam masak lemak cili padi & sambal ikan kembung



10. Ikan siakap masak stim 


Kecur air liur tengok masakan yang dihasilkan Eina Azman ini. Tak sabar pula nak cuba sebab nampak mudah dan senang pula! 

Bulan Ramadhan dah nak tiba, tak perlu dah beratur di bazar membeli juadah, masak sahaja di rumah. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 18
Komen

Previous : Seronoknya! Hadap Aiskrim Baskin-Robbins Buy 1 Free 1 Sampai Hujung Tahun Ini!

Next       : Bulan Ramadan Menjelang Tiba, Apa Kuih Kegemaran Anda Bila Berkunjung Ke Bazar?

Komen Terbaru

Quote norhanis05 19-5-2019 06:49 AM
Cara dia mcm dah mahir masak

Lain-lain Komen

Quote Rainrein 22-4-2019 01:23 PM
Eina ni rajin tu boleh puji tapi maaf cakap ler memang x penah terliur tengok dia masak. Tak paham asal ramai nau bbnu/mbnu dok memuji muji.
Quote RatuDunia94 22-4-2019 01:29 PM
Nampak mudah je sheols masak.. actually mmg mudah pon memasak ni.. yg lecehnya preps bahan2 n cuci mangkuk2 periuk belanga tu semua.
Quote 234126 22-4-2019 01:50 PM
Rajin dia masak2 tapi badan makin kurus. Kalau iol masak sedap2 mmg payah la nak ikat nafsu makan hahahah so iol mmg tak masak beli kat kedai je
Quote buragazz 22-4-2019 01:51 PM
Rainrein replied at 22-4-2019 01:23 PM
Eina ni rajin tu boleh puji tapi maaf cakap ler memang x penah terliur tengok dia masak. Tak paham a ...

Ada certain2 masakan yang aku leh terima dan ikut dan ada jugak yang tidak menepati pandangan aku tapi dia sempoi jer.. takde nak loghat2 tim masak dan equipment pun ala2 kampung gitu
Quote MarissaOberlin 22-4-2019 03:03 PM
tagline"... is doneeeeeeeeeeeeeee" dia hakak loveeeee
Quote rosevelvet 22-4-2019 03:03 PM
RatuDunia94 replied at 22-4-2019 01:29 PM
Nampak mudah je sheols masak.. actually mmg mudah pon memasak ni.. yg lecehnya preps bahan2 n cuci m ...

Masak kejap jer uols..prep n nk kemas dapor tu lama. Pas ambik haiwan n tumbuhan kt dlm peti- potong- basuh- pastu baki kena pi simpan dlm peti balik... Pastu nk guna kuali ke periuk ke basuh dulu manatau cicak dah menenggek ms kita xde. Masak kalau 2-3 lauk tu guna 2 dapur x sampai sejam. Nak basuh beras lg... Masa tu lah nk jerang air... Pas siap msk nk bersihkan dapur lg... Ada maid boleh dorang buatkan... X abis lg... Tu baru part masak... Part hidang plak lain citer...
Quote RatuDunia94 22-4-2019 03:31 PM
rosevelvet replied at 22-4-2019 03:03 PM
Masak kejap jer uols..prep n nk kemas dapor tu lama. Pas ambik haiwan n tumbuhan kt dlm peti- poto ...


Kan.. kadang iols rasa mcm x berbaloi masak berejam2 kat dapur tp makannya 15 minit je.. tu belum pikir pinggan mangkuk bertimbun dlm singki.. nak lap gastove n tabletopnya lagi.. nak mop lantai dapur lg.... penat dikkkk
Quote munchkin 22-4-2019 04:15 PM
I suka sangat ngan u eina.
Quote rosevelvet 22-4-2019 04:22 PM
RatuDunia94 replied at 22-4-2019 03:31 PM
Kan.. kadang iols rasa mcm x berbaloi masak berejam2 kat dapur tp makannya 15 minit je.. tu belu ...

Lepas mkn citer lain plak.
Quote mesmerize 22-4-2019 06:11 PM
bulan puasa ai tak kuasa nak masak beria2.. janji ada protein (ikan / ayam / udang), carbo (nasi / mee / pasta / mihun) n sayur sudeh. satu lauk combine protein + sayur paling afdhol.
Quote sillaki 22-4-2019 08:04 PM

I like fish with vegetables
Quote MadameOnion 23-4-2019 08:30 AM
dia ni mcm mak sedara dia..juliza adlizan tu..rajin masak..
Quote natrahn 23-4-2019 09:21 AM
sedap-sedap menu dia.
Quote FrancesRogers88 25-4-2019 12:39 AM
How to Get Instagram on Kindle Fire HD

source: http://productmsoffice.com/blog/ ... -on-kindle-fire-hd/

Great post, Thank you for sharing this amazing post, I really appreciate your work.

norton.com/setup | office.com/setup | office.com/setup | mcafee.com/activate

Quote bondeh 25-4-2019 05:24 AM
Banyak juga resepi dia I saved. Ok lah tak meleret poyo2 masakan pun yg senang2 je. I puji dia rajin masak je, tapi tak minat pun dia nampak try hard to be humble and classy
Quote makton 25-4-2019 08:10 AM
dia ni laki bini kuat betul makan cili. kadang2 seram tgk cili dia buh sekebun dalam periuk
Quote MsPercy 19-5-2019 03:32 AM
aku x pernah masak rendang ...tapi tengok video dia masak rendang macam senang je. so follow la video masak rendang dia...tadaaa jadi...hahaha seronokyer
Quote norhanis05 19-5-2019 06:49 AM
Cara dia mcm dah mahir masak

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044885s Gzip On
To Top