Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Mudah Dan Jimat Masa! Resipi Sotong Masak Asam Bikin Kecur Air Liur

6-5-2019 12:05 PM|Oleh: M. Manis| Komen: 4

Kalau nak cepat, sotonglah yang selalu jadi pilihan. Nak tahu kenapa? Sebab masak sotong tak perlu lama-lama, nanti sotong jadi liat. Jus sotong dan tekstur pun tak akan berubah kalau sotong tidak terlebih masak.

Asyik-asyik sotong kicap, tak pun sotong sambal. Apa kata kali ini cuba ubah sikit resipi, kita buat sotong masak asam. Mudah.

Foto: myresipi.com

Bahan-bahan:

*Sotong dipotong kecil atau bulat
*1 inci halia dihiris halus
*3 biji bawang merah dihiris halus
*3 ulas bawang putih dihiris halus
*1 biji bawang besar dihiris besar dan tebal
*1 tangkai cili merah dipotong serong
*Asam jawa sebesar ibu jari dibuat air asam


Cara penyediaan:

1. Tumis bawang merah, halia dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan sotong sehingga hampir garing.
3. Masukkan air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
4. Tambah sedikit air (pilihan).
5. Kacau sebati hingga mendidih.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Tip 1: Jika mahu pedas, tambahkan sedikit cili.
Tip 2: Untuk wangi, masukkan daun limau purut.

Sumber: Rasa


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 4
Komen

Previous : Bulan Ramadan Menjelang Tiba, Apa Kuih Kegemaran Anda Bila Berkunjung Ke Bazar?

Next       : Ramadan Special: KFC Indonesia Hidang Menu Kulit Ayam Goreng , Warga Malaysia Pun Nak!

Komen Terbaru

Quote silentreaaders7 19-5-2019 04:06 PM
look delicioussssss...nyummmm

Lain-lain Komen

Quote munchkin 6-5-2019 02:00 PM
Kenapa kuning? Ada kunyit kan?
Quote seri_mawr 8-5-2019 09:37 AM
Edited by seri_mawr at 8-5-2019 09:39 AM
munchkin replied at 6-5-2019 02:00 PM
Kenapa kuning? Ada kunyit kan?

NI resepi tuk gambar tu...https://myresipi.com/recipes/sotong-goreng-asamBahan-bahan diperlukan:
  • 500 g sotong (saiz sederhana)
  • 5 sudu makan minyak masak
  • 10 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan pati asam jawa
  • ½ cawan air
  • 1 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 helai daun kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 biji cili merah (dihiris kasar)
Cara menyediakan dan memasak:
  • Buang kulit sotong. Bersihkan dan basuh. Tuskan.
  • Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
  • Masukkan sotong dan kacau rata.
  • Masukkan air asam jawa, bahan yang dihiris kasar, dan garam.
  • Masukkan tomato dan cili merah.
  • Kacau rata sehingga masak. Hidangkan.

Quote hatikudus 10-5-2019 03:57 PM
Jadi resepi sahur pun sedap ni. Cepat dimasak sedap dimakan
Quote silentreaaders7 19-5-2019 04:06 PM
look delicioussssss...nyummmm

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044919s Gzip On
To Top