Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Siapa Kata Nak Pergi Eropah Kena Kos Besar? Ini Dia 5 Bandar Termurah Di Eropah!

9-7-2019 01:10 PM|Oleh: nameera| Komen: 38

Bercuti adalah sesuatu yang diidamkan sesiapa  sahaja. Tambah pula jika diberi kesempatan bercuti ke luar negara atau destinasi idaman, sudah pasti ia menjadi sebuah percutian paling bermakna bukan?

Namun begitu,  ia pasti memakan kos yang tinggi. Terutama jika salah satu destinasi percutian anda berada di benua Eropah. Selain perlu menghabiskan banyak wang membeli tiket pesawat, kos sara hidup di bandar Eropah juga agak mahal.

Walau bagaimanapun, tidak perlu risau. Ternyata masih banyak kota-kota cantik di benua Eropah yang murah. Untuk itu , ini 5 bandar Eropah dengan kos sara hidup termurah.

1. Porto, Portugal
Bandar Porto di Portugal adalah salah satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin berbulan madu di Eropah. Di sini,  anda boleh  mencari dengan mudah hotel 2-3 bintang dengan harga yang sangat murah tetapi masih dengan suasana tipikal Porto yang romantik dengan persekitaran yang bersih dan menyenangkan.

2. Berlin, Jerman
Kredit foto: Google

Berlin adalah salah satu daripada bandar-bandar dengan kos terendah di Eropah Barat. Berlin juga antara tempat menjadi pilihan "backpacker". Jika ingin menjimatkan kos, anda boleh tidur di asrama dengan harganya (jika ditukar kepada wang Malaysia) lebih kurang RM 88  per malam. 

Bagi kos makanan pula, serendah RM 15 sahaja. 

3. Zagreb, Croatia
Di Zagreb, terdapat banyak tempat penginapan yang murah untuk anda "low-budget traveler". Mendapatkan asrama dengan bayaran sewa serendah RM 59 per malam di sana adalah sesuatu yang tidak mustahil. Anda juga boleh menyewa basikal dengan membelanjakan lebih kurang RM26 sehari untuk berjalan-jalan di sekitar kota Zagreb yang indah. 

Terdapat juga banyak muzium yang boleh anda lawati di sini.

4. Prague, Republik Czech
Kredit Foto : Erasmusu.com
Di Prague, semua boleh dijangkau dengan hanya berjalan kaki sehingga tidak perlu mengorbankan wang untuk menaiki pengangkutan. Malah, suatu bonus untuk anda sambil berjalan kaki anda akan dibelanja dengan pemandangan yang cukup indah.  

Salah satu tempat bersejarah yang paling ikon di Prague ialah muzium komunis. 

5. Krakow, Poland
Kredit Foto: Earth Trekker
Di Poland juga mempunyai bandar dengan kos kehidupan yang agak rendah, iaitu Krakow. Anda boleh menyewa sebuah hotel dengan harga kurang dari RM200 untuk satu malam. Jika anda suka mendaki, anda boleh melawat Gunung Pieniny yang terkenal di Krakow.


Itulah lima bandar raya dengan kos terendah di Eropah yang boleh menjadi destinasi pelancongan pilihan anda. 
Mana satu pilihan anda?

Mungkin ada yang pernah berkunjung ke destini ini? Jom kongsi pengalaman anda. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
4
Bosan
3
Komen: 38
Komen

Previous : Backpacking Atau Travelling Ada Kelebihan Selain 'Enjoy'?

Next       : 10 Spot 'Instagramable' Di Shanghai Untuk Kaki Travel, Kaki Foto! Berani Cuba No4?

Komen Terbaru

Quote elirasputia 21-8-2019 08:54 PM
wah menarik,.tq share

Lain-lain Komen

Quote mbhcsf 9-7-2019 04:28 PM
tu belum tengok keadaan bilik dan lokasi tempat dengan segala kemudahan lain.
hahaa
Quote EvieWanKenobi 9-7-2019 05:34 PM
macam tak caye je..
Quote armin 9-7-2019 07:32 PM
Rakyat dia macam mana? Banyak jenayah tak?
Quote GigaMom 9-7-2019 10:29 PM
Kalau bercuti tp ikat perut, tidur asal boleh, baiklah x payah pegi. Itu dh bukan bercuti namanya
Utk pglman, ya mungkin.
Quote midori888 10-7-2019 08:43 AM
Pnh smp ke 4 tempat terakhir dlm list tu...RM200 to 300  per nite dah bole dok hotel...dlm area city centre jugak dan dkt dgn bus station or tram stop...

biasa kat Europe nie, kalu capital city mmg lagi murah dari big city yg lain...mcm Madrid lagi murah dari Barcelona...antara Berlin dgn Munich, murah lagi Berlin...




Quote midori888 10-7-2019 08:51 AM
Edited by midori888 at 10-7-2019 08:57 AM
armin replied at 9-7-2019 07:32 PM
Rakyat dia macam mana? Banyak jenayah tak?


psl jenayah tu, camnie lah....low crimes does not mean no crimes...pick pocket tu biasa, tapi kat Msia punya kes ragut lagi dahsyat smp ada kematian...yg penting kita berwaspada di mana jua anda berada..

masa sy di Prague, sy tertinggal bag yg ada cash & cards dlm taxi selps smp hotel...dah lah main amik jer taxi dari airport. Masa tgh gelabah, tetiba taxi tu dtg balik htr bag sy...alhamdulillah...dah lah dlm pocket cuma ada 20 euro jer, yg lain semua dlm bag tu...jujur driver taxi tu...



Quote zaziot 10-7-2019 08:54 AM
bestnye...ntah bile dpt pegi lg
Quote armin 10-7-2019 02:29 PM
midori888 replied at 10-7-2019 08:51 AM
psl jenayah tu, camnie lah....low crimes does not mean no crimes...pick pocket tu biasa, tapi ka ...

Iya tp kalau blh elakkan la pergi tempat2 yg high crime ni.
Quote pinkpunk 10-7-2019 03:17 PM
europe memang murah. tp kos flight tu yg over..
Quote kelam22 10-7-2019 03:29 PM
boleh masuk  dalam wishlist.
Quote Artemesiaa 10-7-2019 05:37 PM
Ramai yang berkira2 nak kesana sebab flight ticket tak berapa nak murah sesekali je dapat harga ok  dan kedua sebab kadar tukaran wang kita masih belum menyelebahi kita lagi.
Quote iloveyou 11-7-2019 02:36 PM
nk bayar kos flight ke sana je masih berkira2 lg ni nak beli.
Quote andaman 11-7-2019 03:34 PM
mcm croatia tu ye kot. belah2 balkan. bilalah nk smpai balkan ni...
Quote mawar_mustika 11-7-2019 04:52 PM
teringinnye nk g travel blah sana
Quote nuralisa 12-7-2019 10:53 AM
setakat byr per person  tix dgn hotel masih ok lagi..
yg nak berbelanja tak ingat tu yg problem ... rugila kalau dah smpai sana x amik kesempatan bershopping...  
Quote berakit2kehulu 14-7-2019 11:20 AM
Kos flight la yg perlu difikirkan. Nak2 ada anak 2-3 org. Masa belum ada anak dulu, laju je beli tiket terus fly. Sekarang kena fikir banyak kali
Quote Wija 15-7-2019 02:03 PM
cantiknya bila la dapat ber-euro trip
Quote Modngengade 15-7-2019 05:24 PM
ni negara2 europe pprt
Quote MakcikPrada 16-7-2019 12:37 AM
Berlin senang nak jalan jalan. X byk tall building. Byk gypsies, so bag kena jaga2. Overall, okla. Xdela murah sangat.

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085744s Gzip On
To Top