Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Fakta Keindahan Sungai Pelangi Di Colombia, Ada 5 Warna Menakjubkan!

8-7-2019 10:41 AM|Oleh: nameera| Komen: 2

Di Colombia, terdapat destinasi pelancongan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong iaitu  Caño Cristales. Persekitaran sungai tanpa gangguan arus pemodenan ini cukup mengindahkan.

Namun, lebih mengindahkan lagi tentang Caño Cristales ini adalah warna airnya yang mengalir dalam lima warna sehingga menyebabkan ia dikenali sebagai sungai pelangi.



Untuk sampai ke sini, pengunjung memerlukan sedikit usaha. Tetapi, jika anda sampai ke sana, percayalah usaha anda akan terbayar dengan keindahan semula jadi yang mengagumkan.

Berikutnya, jom kita lihat deretan gambar keindahan sungai pelangi di Colombia.


1. Sungai Pelangi terletak di pedalaman Colombia


Kredit Foto:Google

Caño Cristales atau sungai pelangi ini terletak 170 kilometer di Selatan Bogota, sebuah padang pasir terpencil di Taman Negara Sierra de La Macarena.

Sungai ini menghasilkan lima warna dari Julai hingga November atau ketika musim hujan dan kering. Warna yang memancar meliputi warna kuning, hijau, biru, hitam, dan merah.


2. Lima warna yang terdapat di sungai pelangi dipengaruhi oleh ekosistem di sekelilingnya


Kredit Foto:Google

Di sungai ini, warna yang kelihatan adalah warna merah.  Ini disebabkan oleh lumut bernama Macarenia Clavigera yang tumbuh di dasar sungai. Warna macarenia clavigera boleh berbeza-beza tergantung kepada masa dan jumlah cahaya matahari yang diterimanya. 

Ia juga boleh berubah ke warna magenta, merah terang atau ungu. 




Bagi warna lain pula, warna biru dari perairan sungai, batu hitam, dan hijau dari tumbuh-tumbuhan serta  kuning dari alga (rumpai air).


3.  Keindahannya baru diketahui tahun 2000-an


Kredit Foto:Google

Pada abad ke-20, terdapat perang antara pemerintah dan peniaga dadah dan askar gerila Farc yang menyebabkan padang gurun ini menjadi tempat berbahaya untuk dikunjungi. Malah, dari 1989 hingga 2009, kawasan terpencil ini ditutup kepada orang ramai.

Tetapi, pada 1989 seorang wartawan Colombia bernama Andrs Hurtado Garca naik ke hutan terpencil ini dan tanpa disangka-sangka, dia menemui sungai pelangi. Pada tahun 2016, setelah keadaan menjadi stabil, hutan ini mula dibuka untuk pelancongan.


4. Tiada haiwan berbahaya di sungai pelangi


Kredit Foto:Google

Keadaan alam menjadikan batu-batu terhakis untuk membentuk kolam semula jadi di dasar sungai. Airnya yang jernih serta tumbuhan yang tidak menutupinya membuatkan pengunjung suka berenang di kolam ini. 


Kredit Foto:Google

Kredit Foto:Google

Malah, yang menambah ketenangan di sungai ini adalah tiada binatang berbahaya, cuma amfibia dan reptilia sahaja berkeliaran di sekitar sungai ini.


5. Perjalanan yang panjang ke sungai pelangi


Kredit Foto:Google

Sungai pelangi terletak di padang gurun yang jauh, jadi untuk sampai ke sini, pengunjung terpaksa melalui proses yang sedikit sukar. Tempat yang tepat untuk memulakan perjalanan adalah di bandar Villavicencio. 

Kemudian, teruskan perjalanan dengan menaiki pesawat selama sejam dan mendarat di La Macarena di tebing Sungai Guayabero. 

Seterusnya, perjalan dilanjutkan dengan menaiki bot sejauh beberapa kilometer untuk sampai ke taman negara. Di sana, ada trak yang menunggu untuk menuju ke sungai pelangi ini.

Wah! Penuh cabaran juga untuk sampai ke sini. Bagi anda yang sukakan sedikit cabaran dan cintakan keindahan alam semula jadi seperti ini, atau tujuan fotografi anda, mungkin ini destinasi yang tepat. - CARI

SUMBER : ATLAS OBSCURA

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 2
Komen

Previous : "Dah Lawa Dan Bersih" - Tempat #OOTD Terbaru Di KL- Kwai Chai Hong

Next       : 6 Tandas Jepun Yang Buat Anda Tak Nak Keluar! Eh, Berani Guna Ke?

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 8-7-2019 01:40 PM
Siyesly tengok je pon dh rasa nyaman.. rasa mcm nk terjun dlm tu..

Lain-lain Komen

Quote GigaMom 8-7-2019 12:50 PM
{:childlike
{:childlike
Cantiknyaaaa
Quote RatuDunia94 8-7-2019 01:40 PM
Siyesly tengok je pon dh rasa nyaman.. rasa mcm nk terjun dlm tu..

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.069085s Gzip On
To Top