Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Berenang Bersama Ikan Di Umbul Ponggok, Indonesia

23-8-2019 11:30 AM|HakirRahman| Komen: 10

Selalu kalau bercakap tentang Indonesia, kita akan terkenang Jakarta, Bali atau Surabaya dan beberapa tempat lain yang memang menjadi tempat tumpuan pelancong. 

Tetapi, tahukah anda penduduk Umbul Ponggok di Jawa Tengah Indonesia berjaya mengubah imej kampung mereka menjadi sebuah tempat tumpuan pelancong hanya dengan membaik pulih kolam di tengah kampung? 

Hipster tak bergambar bawah air? Foto: Instagram

Penduduk kampung ini berpakat melabur beramai-ramai untuk mengubah kolam di tengah kampung mereka menjadi taman tema air, lengkap dengan gelungsur air dan pelbagai rekaan dalam air untuk bergambar. Memang lawa! 

Kejayaan projek komuniti itu malah mengubah nasib penduduk kampung itu, memberikan peluang pekerjaan kepada mereka dan mendapat pujian Presiden Indonesia Joko Widodo. 


Kolam itu seluas 20 meter kali 50 meter, sedalam 2.5 meter di beberapa tempat. Sumber airnya berasal daripada 80 buah mata air yang membawa air masuk ke situ selaju 800 liter sesaat, menjadikan airnya sentiasa bersih dan jernih. 


Kolam itu dahulunya digunakan penduduk kampung untuk mandi dan membasuh kain sahaja. 

Tetapi, pada 2006, Ketua Kampung Junaedi Mulyano mencadangkan mereka mengubahnya menjadi kawasan pelancongan. Selepas bertahun melakukan kajian, pada 2011, penduduk kampung melabur duit ke dalam sebuah syarikat ditubuhkan untuk menguruskan taman tema itu. 

Air bersih, ikan banyak, kolam di tengah kampung. Foto: Instagram

Penduduk kampung bergotong royong membersihkan kolam itu daripada lumut, menternak ikan dan memastikan kawasan sekitar bebas sampah untuk menarik pelancong. Hasilnya adalah sebuah taman tema yang kini viral di Indonesia. 


Kalau buat di Malaysia, agak-agaknya kawasan mana yang ada potensi begini? Menarik kan? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 10
Komen

Previous : "Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk Macam Mana?" Ini Tips Ibadah 'Traveler' Muslim

Next       : "Ingat Semua Orang Nak Pergi Petik Buah Ke?"- Duta Australia Di Malaysia Dikecam Warganet

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 25-8-2019 12:34 PM
kena selam dlm air lah ek klu nk bergambo?

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 23-8-2019 12:09 PM
Usaha mereka harus diberi pujian sebab penduduk setempat rajin bersatu membangunkan kawasan mereka untuk jadi kawasa pelancungan tampa tunggu pihak kerajaan mulakan.  Hasilnya bagi manafaat dan pendapatan untuk penduduk setempat juga.  Jarang nak jumpa usaha begini dinegara kita.
Quote Megikari 23-8-2019 01:16 PM
Selalu teringin nak pakai helmet dalam air tu pastu jalan kat dasar laut tengok sea creatures depan2. Tapi i takut ikan josss.. So bila tengok dia jalan kat dalam kolam tu rasa mcm teringin sangat nak pegi
Quote miemiecha 23-8-2019 03:31 PM
mesia byak kolam ikan
blh lah berenang ngan keli...
Quote aleesyasofia 23-8-2019 03:35 PM
dlm kolam tue dh mcm rupa dlm laut.. cantik.. bgus pnduduk kg.. brgotong royong
Quote gummiebear 23-8-2019 04:56 PM
Cam seronok jah jalan2 kat dalam air gitu..

Kreatif betul
Quote ikanmasin 23-8-2019 05:09 PM
bagus penduudk kampung tu semua bersatu hati
sama2 menjaga sama2 melabur duit ..pastu untung
pun sama rata.teringin jg nak cuba kalau dpt pg tmpt
tu nnt.
Quote RatuDunia94 23-8-2019 09:16 PM
Bagusnyaaa
Quote beta_carotene 24-8-2019 08:58 PM
bolehlah meols start cari tiket gi jawa tengah ni
Quote Foxey 24-8-2019 09:34 PM
Menariknya. Nampak bersih dan terjaga
Quote ketambangkang 25-8-2019 12:34 PM
kena selam dlm air lah ek klu nk bergambo?

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.083693s Gzip On
To Top