Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

McDonald's Cawangan Bukit Bintang Tukar Nama, On Tak On?

21-8-2019 10:54 AM Komen: 12
Sebuah McDonald's cawangan Bukit Bintang telah menukar nama kepada Mekdi. Mereka mengambil keputusan ini kerana cawangan Bukit Bintang merupakan lokasi pertama jenama ini bertapak di Malaysia. 



Sering dipanggil menerusi nama pendek McD, Mcdonalds Malaysia mengambil inisiatif jiwa Malaysia dengan menggunakan nama Mekdi.
 
Menurut info selama 37 tahun makanan segera ini bertapak di tanah air, rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan yang tidak putus.
 
"Jadi, kami berhasrat untuk menukar nama jenama kami kepada nama panggilan kegemaran rakyat Malaysia," kata Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonalds Malaysia, Melati Abdul Hai kepada NST.


 
Netizen turut sama memuji usaha jenama ini dalam menyuntik elemen lokal sempena kempen kemerdekaan kali ini. 

"Bagus utamakan cita rasa tempatan dalam kita menyambut bulan kemerdekaan 31 Ogos ini.
 
"Saya baru saja singgah, tak percaya ia betuk-betul berlaku.
 
"Alah, tukar sajalah terus. Negara lain okey je tukar ikut sebutan diorang huhuhuhu.
 
"Kepsi mana?" antara reaksi netizen berhubung isu ini. 
 
Seiring bulan kemerdekaan, Mekdi turut memperkenalkan menu Nasi Lemak yang merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia. 

Jadi, on tak on tukar nama McDonald's kepada Mekdi? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
5
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
4
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 7-10-2019 09:26 AM
sudah jadi warga budukah mcd?

Lain-lain Komen

Quote crazybeach 21-8-2019 12:17 PM
nampak pprt. tu hah kedai sebelah tak nak join ke tukar nama jadi setabak
Quote LostStar 21-8-2019 12:27 PM
org sebut McD la.. waima whatsapp pon..

siapa sebut mekdi? budak wechat gamaknya.. mungkin staff rebranding dia tuuu ex dak wechat..
Quote RatuDunia94 21-8-2019 12:32 PM
Edited by RatuDunia94 at 21-8-2019 12:34 PM

Ehhh.. bukan ke ummah meleis memboikot McD.. x kan dh bertunggu tangga kat depan McD lak.. ingat sebijik burger McD ibarat sebutir peluru utk israel membedil Palestin.. ke ummah dh amnesia?
Quote Artemesiaa 21-8-2019 12:38 PM
Untuk sempena sambutan bulan kemerdekaan ok je kalau waktu lain elok maintain je nama asal McD pelancong asing pun tak terkeliu
Quote CiliPadiSedap 21-8-2019 12:39 PM
mek - cewek kelate
di - vokuru
Quote mizruncing 21-8-2019 12:42 PM
on jelaaaa
Quote matchstick 21-8-2019 01:00 PM
kalau McD kota bharu sesuai lah nama ni...

mungkin staf yg mengilhamkan nama mekdi ni warga SKJP jua
Quote ReginaBeauty 21-8-2019 03:37 PM
Mana2 pon okay je. Nampak unik jugak since ada 1 je Mekdi kat bb
Quote diggerr 21-8-2019 09:14 PM
Ni move to win msians heart
Quote ninjago 23-8-2019 05:29 PM
misi amik hati  rakyat malaysia .. they learnt so much from sejarah diboikot satu ketika dulu
Quote nonicutehaimoni 6-10-2019 09:53 PM
Tukar pi la nama apa pun, boikot tetap boikot!
Quote tikusmontok 7-10-2019 09:26 AM
sudah jadi warga budukah mcd?

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.206750s Gzip On
To Top