Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Buat Sendiri Pes Kari Hijau Thai - Dah Tak Perlu Beli Lagi Di Supermarket

12-9-2019 11:19 AM|natrahn| Komen: 22

Kari Hijau Thai mendapat namanya dari warna kari tersebut yang datang dari bahan utamanya, cili hijau. Biasanya orang akan membeli pes kari hijau dari kedai dan pasar raya. Namun kali ini kita akan membuat pes kari hijau sendiri. Barulah sedap!

Kari hijau Thai tidak pedas tapi kalau anda suka pedas, boleh tambah cili padi. Sedap dimakan bersama nasi putih...Jomm kita masak!

Kredit Foto - Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ( MAHN)

Bahan-bahan diperlukan:

  • *3 tangkai cili hijau
  • *6 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci lengkuas
  • *2 batang serai
  • *2 pokok daun ketumbar                   * bahan  untuk dikisar
  • **1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • **1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • **1 sudu kecil serbuk lada putih        ** bahan  untuk ditumbuk
  • 500gm ayam
  • 1 biji limau purut/nipis
  • 3 helai daun limau purut
  • 6 tangkai cili padi
  • 3 sudu sos ikan
  • 200ml santan

Cara memasaknya:-

1. Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak. Tumis rempah yang kita tumbuk tadi. Jangan lama sangat nanti rempah hangit, jadi Kari Hitam Thai.


2. Tumis sampai pecah minyak dan wangi dan kerap kacau.


3. Dah pecah minyak buat kali kedua, masukkan ayam. Masak sampai empuk.


4. Dah empuk, masukkan santan segar. Kurangkan santan kalau nak kurang lemak. Tambah juga air.

5.Masukkan daun limau purut/ kasturi.


6. Perasakan dengan sos ikan atau garam. Kalau nak letak gula, silakan (optional). Masukkan juga cili padi (ikut kepedasan masing-masing).


7. Parut kulit limau purut/nipis dan letak dalam Kari Hijau Thai. Lepas tu perah airnya sikit.




Siap. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.



Nota : 

  • Boleh tambah sayur seperti terung, jagung mini, terung pipit atau rebung
  • Sesuai juga dimasak dengan daging lembu. - CARI

Kredit  : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 22
Komen

Previous : Kuih Seri Muka Kuih Talam Tradisi Rupanya Mudah Dibuat!

Next       : Edisi Buah-buahan Tempatan, Ini 10 Jenis Buah Yang Mungkin Anda Jarang Jumpa!

Komen Terbaru

Quote Melorqe 26-11-2019 11:27 PM
mis_j_alexanda replied at 26-11-2019 12:57 PM
buat sendiri je sis. senang je. blend je semua bahan pastu tumis. kalau ketumbar dgn jintan tu gun ...

dah cuba few times, masih tak dpt nuat yg sedap.
i terer kari melayu je.

Lain-lain Komen

Quote hungryhenry 12-9-2019 12:03 PM
Sedapnyaaaa
Quote aleesyasofia 12-9-2019 12:04 PM
my favourite.. blh cuba nnt
Quote Melorqe 12-9-2019 12:08 PM
pernah beli sos  yg paket, tak sedap pun
nanti nak try lah buat sendiri.
Quote MsKathryn 12-9-2019 01:42 PM
Sedapnya..
Quote cclina2 12-9-2019 01:43 PM
sedapp  nyeeee.
Quote seramado 12-9-2019 04:44 PM
Sdpnya mcm masakan kurma laa
Quote mata.kail 12-9-2019 06:11 PM
Wowow...sedapppp
Quote adila39 12-9-2019 11:17 PM
cantiknya
Quote Cpkay 13-9-2019 03:01 PM
banyak bahan dan renyah.. tapi sedap tahap melampau ni..
diatara malas dan rajin je nak buat
Quote natrahn 13-9-2019 04:12 PM
Cpkay replied at 13-9-2019 03:01 PM
banyak bahan dan renyah.. tapi sedap tahap melampau ni..
diatara malas dan rajin je nak buat

kena buat ari cuti..minggu ni boleh lah try
Quote hatikudus 13-9-2019 04:55 PM
Long weekend ni bolehlah try masak...tq tt
Quote Gomea 15-9-2019 05:26 PM
Adoiii, terus lapar
Quote puanbintang 17-9-2019 02:59 PM
favourite nih.....
Quote natrahn 17-9-2019 03:51 PM
ada extra tips...sila tambah daun selasih untuk bahan blend untuk rasa ori macam Thai Cuisine
Quote nisako 18-9-2019 02:49 PM
dapnye..............
Quote hollahop 21-9-2019 12:59 PM
pernah mkn lauk ni kat kedai, sedap tapi mcm oily sgt, kuah dia xbanyak, minyak yg lebih. so mkn xbabes sebab rasa muak sikit. tapi memang sedap

lepas ni boleh cuba resepi ni sendiri.

tq utk resepi ni
Quote MissVixen 22-9-2019 08:30 PM
Aku selalu beli je paste dia dekat macro thailand. Brand macro. Murah je. Rempah dia terasa dan takde preservatives.  Tahan lama simpan dalam freezer. Nak masak tumis rempah ready made, bawang putih, cili, serai, daun limau purut..ubuh santan. Dah.
Resepi ni ubuh kulit limau dan jus limau masa tengah atas api.. nanti tak ke jadi pahit?
Quote natrahn 23-9-2019 01:20 AM
MissVixen replied at 22-9-2019 08:30 PM
Aku selalu beli je paste dia dekat macro thailand. Brand macro. Murah je. Rempah dia terasa dan takd ...

tak..kulit limau tu parut hijau je..jangan sampai kena yg bahagian putih...
Quote mis_j_alexanda 26-11-2019 12:55 PM
Semalam baru try buat sendiri kari ni. Tp bawang merah ganti dgn daun bawang. Daun limau purut tak masuk sebab x jumpa kat kedai. Ayam guna bahagian thigh. cili padi tak masuk guna cili besar je. mmg sedap...

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.087505s Gzip On
To Top