Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ini Bukan Cobaan, Resepi Kek Mentega Pasti Jadi!

9-12-2019 10:33 AM|Oleh: natrahn| Komen: 21

Kredit foto: Fb NuhuPessa Hik

Kek mentega merupakan antara kek yang mudah disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya ketika minum petang dengan secawan kopi 'O' atau teh 'O' panas. Asyikk!!

Kalau sesiapa yang rasa tak ada bakat untuk membakar kek, jangan risau! Kek mentega ni resepinya 'simple' dan sangat mudah untuk difahami.

Bahan-bahannya:


 

  • 250 gram mentega
  • 200 gram gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 230 gram tepung naik sendiri(ayak)
  • 50 gram susu segar(ya..sukat guna gram)
  • Esen vanila

Cara-caranya: -

1. Panaskan oven terlebih dahulu.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berwarna kuning pucat.




3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.



4. Masukkan setengah penutup esen pilihan. Resepi asal menggunakan esen vanilla milk.




5. Masukkan susu segar.


6. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan senduk sampai sebati.


7. Lengserkan loyang dengan sedikit mentega dan letakkan kertas minyak untuk elak kek dari melekat. Bakar api atas bawah pada suhu 160 darjah celsius (bergantung oven masing-masing).



Siap. Terbalikkan kek selepas siap. Sejukkan dahulu sebelum dipotong atau boleh juga dimakan semasa masih panas. 



Selamat mencuba! - CARI


Kredit Resepi - FB NunuPessa Hik



Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 21
Komen

Previous : "Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk Macam Mana?" Ini Tips Ibadah 'Traveler' Muslim

Next       : Cristiano Ronaldo Mengejutkan Seisi Dunia Dengan Berjoget Di Iklan Terbaru Shopee

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Di Mana Cerita Hidup, Wattpad Menjana Idea Kreatif!
Bukan Senang Nak Dapat 'Greenlight' - Awie Dapat Izin Isteri Untuk 'Bersama' Erra
10 Perkara Tentang Da'i Farhan, Bekas Penyerang Pasukan Kelantan Bawah 17 Tahun
Uqasha Senrose Tak Cemburu Nelydia Bahagia, Jadikan Adik Contoh Bila Sampai Jodoh Nanti
"Tarik Balik Gelaran Ustaz" - Petisyen Hapuskan Gelaran Penunggang Agama Dilancarkan!
"Suami, Kau Bukan Kahwin Dengan Maid.. Isteri Bukan Robot" - Shakilla Khoriri
"Tunggu Pembalasan!" - Keluarga Samirah Ganggu Saksi Pembunuhan CEO Cradle Fund
Tak Puas Hati Dihalau Dari Saf Depan, Mufti WP Ulas Surat Budak 8 Tahun Kepada AJK Surau
Selesai Isu Muka Macam Bapuk, Jasmin Hamid Harap Anak Segera Dikurniakan Jodoh
Mayat Tanpa Kepala, Otak Dah Dimakan Dengan Nasi Oleh Pembunuhnya
Wanita Dicadangkan Kencing Berdiri Untuk Kurangkan Kesesakan Di Tandas Awam, Setuju?
Video 'Glow Up' Gadis Ini Tular, Rahsianya Adalah Tinggalkan Minuman Manis!
"Jaga Mata Bila Kerja Dengan Suami Orang" - Nana Minta Allah Kuatkan Hati Hadap Dugaan
Tinggal Kenangan, 'Bapa' Usop Sontorian Dan Keluang Man Meninggal Dunia
"Tak Salah Nyanyi 'Negaraku' Dalam Bahasa Lain" - RPA Padam Status, Pandangan Ditolak Ramai
"Sebijik Mira Filzah!" - Untungla Muka Sama, Boleh Panggil 'Baby Sayang' Lepas Ni
'Teringin Bergambar Bersama' - Terlalu Gilakan Pemain Harimau Malaya, Gadis Ini Sampai Depresi
Cili, Air Gas..Elakkan Makanan Ini Waktu Perut Kosong - "Tapi Nombor 6 Tu Mesti Ramai Terkejut"
Asal Usul Halloween Yang Mungkin Ramai Belum Tahu
'Saya Tak Mahu Jaga Dia Lagi!' - Anak Tergamak Buang Ibu 80 Tahun Tepi Kedai Runcit
Patutlah Lelaki Muda Memilih Wanita Berusia, Wajib Baca Lima Sebab Di Bawah

Komen Terbaru

Quote incess.my 17-1-2020 09:51 AM
Akak suka kek mentega. Selalu follow resepi aziekitchen je. Anak laki semua suka!

Lain-lain Komen

Quote Lentera 9-12-2019 11:28 AM
Sis, kalau oven kecik suhu 160 gak ke? Sy bab2 suhu ni failed {:childlike
Quote Kurex 9-12-2019 11:37 AM
guna periuk nasik ok tak
Quote natrahn 9-12-2019 12:02 PM
Lentera replied at 9-12-2019 11:28 AM
Sis, kalau oven kecik suhu 160 gak ke? Sy bab2 suhu ni failed {:childlike

oven cik ada suhu atas bawah ke.. saya kat rumah oven kecik guna suhu ni ok..cucuk lidi tengok kek dah masak ke belum... ataupun kena try dulu bakar dalam bekas kecik then bole agak suhu 160 oven sis tu ngam tak

sini pon ada tips


https://www.keluarga.my/bila-kenal-mood-ketuhar-barulah-dapat-hasilkan-kek-yang-lebih-elok/
Quote natrahn 9-12-2019 12:04 PM
Kurex replied at 9-12-2019 11:37 AM
guna periuk nasik ok tak

@Kurex kalau guna rice cooker biasa dikhuatiri kek akan jadi tak gebu melainkan Kurex guna pressure cooker noxxa atau rice cooker lain yang ada function bake.
Quote misuke 9-12-2019 01:20 PM
cantik dan menggoda kejadianyya.. nnt boleh try
Quote Lentera 9-12-2019 03:14 PM
natrahn replied at 9-12-2019 12:02 PM
oven cik ada suhu atas bawah ke.. saya kat rumah oven kecik guna suhu ni ok..cucuk lidi tengok kek ...

Yup ada api atas bwh.. Ok sis. Tq for the tips
Quote safieyah1984 9-12-2019 04:15 PM
bukan nak puji tapi kenyataan my mum buat kek butter paling sedap dalam dunia, padahal dia buat pkai planta jek, maybe my mum buat dengan penuh kasih sayang, i ada suh mum buat dan bawak gi opis ramai yg puji sedap sampai nk beli pon ada tp my mum bukan jual pon dia buat ikhlas jek bg org makan
Quote thetimes 9-12-2019 06:56 PM
Boleh dicuba nanti. Nampak sedap !
Quote natrahn 10-12-2019 08:36 AM
safieyah1984 replied at 9-12-2019 04:15 PM
bukan nak puji tapi kenyataan my mum buat kek butter paling sedap dalam dunia, padahal dia buat pkai ...

masakan mak memang tiada tandingannya
Quote safieyah1984 10-12-2019 11:52 AM
natrahn replied at 10-12-2019 08:36 AM
masakan mak memang tiada tandingannya

yup betul tu kena hargai mak masa dia ada, bila dah xde nanti sume benda kita akan rindu terutamanya makanan. alhamdulillah mu mum still sihat lagi, cuma i rindu masakan arwah nenek, bukan nak cakap apa dulu arwah nenek masak biasa2 jek tapi dia punya sedap lain macam, masakan ni walau resepi yg sama still x sama dari segi rasa sbb air tangan lain2 kan. al fatihah buat arwah nenek dan atokkk
Quote Lengkong 11-12-2019 09:40 PM
Paling suka kek ni lah..tengok gambar dah terliur

Quote polluxsstar 12-12-2019 08:49 AM
ok weekend ni nak buat lah. asyik buat kek oren je. anak punya pasal laa ni. tiap minggu kena buat kek.
Quote MsKoreanfanatic 12-12-2019 05:24 PM
Tk tulis pun bakar brp lama (min)?
Iols cuti arini so tgh bake kek ni buat mkn petang..
Iols buat 30min dulu tgk camner ...
Quote MsKoreanfanatic 12-12-2019 06:02 PM
Edited by MsKoreanfanatic at 12-12-2019 06:21 PM

Iols bake 50min..
bila cucuk chopsticks elok tk melekat~
Iols letak coklat konon2 marble kek

Quote i_is_kennot 12-12-2019 06:45 PM
Kek oren menu wajib malam raya my mum buat
Quote cheekylala 13-12-2019 03:30 PM
sy suka letak esen oren n tambah susu pekat 3 sudu
Quote budakfelda3 13-12-2019 07:23 PM
wow sdap nya tengok.terliur
Quote jjzzz 15-1-2020 03:45 PM
tgk gmbr pn boleh agk sedap.tekstur kek tu pn berbulu mcm tu.suka tgk.la ni kek mcm2 ada..jelita x jelitanya..yg ni jgk idaman qalbu
Quote puanbintang 16-1-2020 10:39 AM
kek butter memang paling sedap and senang nak dibuat..tapi i is malas, tu je masalahnya

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.156910s Gzip On
To Top