Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ibu Terjun Sungai Lepas Gaduh Dengan Anak Pasal Duit

1-10-2019 11:08 AM Komen: 27
Mayat wanita ditemui terapung berhampiran Tokong Cina Teluk Bunut, Banting, pagi semalam selepas terjun ke dalam Sungai Langat pada Sabtu lalu.

Berita Harian melaporkan, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berusia 49 tahun itu kira-kira jam 8.50 pagi.


Foto: BH Online

Mayat mangsa kemudian dibawa ke unit Forensik Hospital Banting bagi proses bedah siasat, kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman.

Difahamkan, mangsa nekad terjun ke dalam Sungai Langat dari Jambatan Telok Datok selepas berselisih faham dengan anak lelakinya.

Polis tiba di lokasi 10 minit kemudian dan pihak kami serta jiran berusaha memujuk mangsa untuk tidak meneruskan niatnya, namun gagal.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan berselisih faham dengan anak lelakinya, dipercayai membabitkan masalah kewangan. Kira-kira jam 11.35 malam mangsa terjun dari jambatan itu, katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
3
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nono86 6-10-2019 07:31 PM
Kesian.. masalah jiwa ni susah

Lain-lain Komen

Quote moonbug 1-10-2019 11:30 AM
Menyesal seumur hidup anaknya. Duit boleh cari, mak bapak takde ganti
Quote ninja boy 1-10-2019 11:32 AM
Manusia tertekan
Quote haruslah 1-10-2019 11:32 AM
alahai....pasal ape lah gamaknye nih
x cukup duit ke ape....
Quote fliphair8 1-10-2019 11:32 AM
Harapnya bukan muslim le ye...sampai macam tu sekali stress dgn anak sebab uwang
Quote Boomibulat 1-10-2019 11:38 AM
fliphair8 replied at 1-10-2019 11:32 AM
Harapnya bukan muslim le ye...sampai macam tu sekali stress dgn anak sebab uwang

KUALA LANGAT - Mayat seorang wanita ditemui selepas 34 jam hilang selepas nekad terjun daripada jambatan Telok Datok, Banting di sini, pagi tadi.

Mayat, P. Sinnamah, 49, ditemui terapung dalam keadaan tertiarap dengan lengkap berpakaian berhampiran tokong Cina Teluk Bunut pukul 9 pagi.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa yang mempunyai masalah mental bertindak terjun dari jambatan tersebut kira-kira pukul 11.20 malam, Sabtu lalu.

Difahamkan mangsa sebelum ini pernah beberapa kali mengugut untuk membunuh diri.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah melakukan pencarian di tepi tebing sungai sekitar tempat mangsa terjun.

"Mayat mangsa kemudiannya ditemui orang awam berhampiran tokong Cina Teluk Bunut pada jarak kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - K! ONLINE
Quote fliphair8 1-10-2019 11:41 AM
Boomibulat replied at 1-10-2019 11:38 AM
KUALA LANGAT - Mayat seorang wanita ditemui selepas 34 jam hilang selepas nekad terjun daripada ja ...

ohhh....makacih, mental torture ngan anak2
Quote akakdendeng 1-10-2019 11:44 AM
puas lah hati anak sinnamah tu mak dah tak ada
Quote haryatie 1-10-2019 12:34 PM
aduhaiiiii..gaduh mcm tu sekali
Quote saviour_09 1-10-2019 01:23 PM
jumpa dah?

ada tengok video dia berdiri tepi jambatan tu
2nd video org dah gelabah2 dia dah terjun

kesian
Quote minguk 1-10-2019 01:41 PM
kalau anaknya berhati perut, menyesal seumur hidup berselisih faham dengan bonda.

bonda pun tisu sangat awat? sampai nak bunuh2 diri.

nanti malam jangan jadi chandramukhi pegi serang anak tengah tidur sudahlah ye bonda.

Quote ohnoLia 1-10-2019 01:43 PM
moonbug replied at 1-10-2019 11:30 AM
Menyesal seumur hidup anaknya. Duit boleh cari, mak bapak takde ganti

Mcm kisah batu belah batu bertangkup
Quote melati00 1-10-2019 02:09 PM
Dah tak tahan sangatlah tu dengan perangai anak..dari hidup biarlah mati..
Quote Madel 1-10-2019 02:30 PM
Oh Aci ke.
Ada video kat fb., ingatkan lelaki
Netizen dah pujuk2 pun dia masih nekad terjun
Rip aci
Quote Pink_Purple 1-10-2019 02:48 PM
selamat dah dia di alam sana..

anak2 yang hidup, perlu teruskan hidup..
Quote insulin 1-10-2019 03:15 PM
Pasti anaknya menyesal seumur hidup.
Quote jee72 1-10-2019 03:18 PM
ohnoLia replied at 1-10-2019 01:43 PM
Mcm kisah batu belah batu bertangkup

Baru nk komen yg sama huhu
Quote Artemesiaa 1-10-2019 03:22 PM
Orang tengah tertekan stress berat selalu pilih jalan pintas tampa berfikir baik buruk tindakannya tu
Quote LadyCarefree 1-10-2019 04:37 PM
melati00 replied at 1-10-2019 01:09 PM
Dah tak tahan sangatlah tu dengan perangai anak..dari hidup biarlah mati..

Agaknya gitu la
Quote LadyCarefree 1-10-2019 04:37 PM
Artemesiaa replied at 1-10-2019 02:22 PM
Orang tengah tertekan stress berat selalu pilih jalan pintas tampa berfikir baik buruk tindakannya t ...

Kesian sangat

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.312197s Gzip On
To Top