Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Masak Ayam Kung Pao Tanpa Perlu Berkung Fu!

17-10-2019 10:44 AM|Oleh: natrahn| Komen: 5

Resepi Ayam Kung Pao bukan ayam kung fu ya. Rasanya masin manis pedas, amat sesuai dimakan di waktu makan malam atau makan tengah hari. Keenakan rasa masakan ala cina ini pasti menambat hati.  

Kalau anda sukakan menu yang mudah, boleh cuba resepi ini. Pasti tidak menyesal!


Bahan-bahan:




  • 400g isi ayam, dipotong dadu
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 10 biji cili kering, dipotong (3 sm panjang)
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 sm halia, dihiris nipis
  • 1 biji bawang, dipotong dadu
  • 100g kacang tanah, dipanggang (boleh digantikan dengan kacang gajus - lebih umph!)
  • 2 tangkai daun bawang, dipotong (4 sm panjang)


Untuk perapan:



  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 2 sudu teh gula
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu teh Sos Karamel Cheong Chan
  • 1 sudu besar Tepung Jagung


Cara-caranya:
  1. Perap ayam dengan adunan perapan dalam 10 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cili selama 2 minit. Angkat dan ketepikan. 
  3. Tumis bawang putih dan halia sehingga perang. Tambah bawang dan biar 2 minit.
  4. Kemudian, masukkan ayam dan gorengkan dalam 8-10 minit. 
  5. Tambah kacang tanah, cili goreng dan daun bawang, biar seminit. 
  6. Hidangkan panas bersama nasi




Selamat mencuba! - CARI


Kredit resipi - Kimball Malaysia

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 5
Komen

Previous : Jimat RM4! Resepi Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih

Next       : Boba Semakin Sensasi! Domino's Taiwan Tawar Piza Teh Boba, Berani Telan?

Komen Terbaru

Quote mesmerize 18-10-2019 02:51 PM
dulu kat bod ni ada forumer share resipi kungpao ciken gak
semua bahan2 sama macam kat atas tapi sos karamel diganti sos cili .. memang sedap rasa masin2 manis kuah dia tak perlu tambah garam atau perisa sebab dah cukup rasa..
dan kacang tanah boleh juga kalau nak ganti dengan kacang gajus lagi sedap berlemak

Lain-lain Komen

Quote MsKathryn 17-10-2019 11:14 AM
Sedapnya..
Quote thetimes 17-10-2019 12:57 PM
Senang jugak...boleh try {:hooray
Quote gummiebear 17-10-2019 01:09 PM
Cam senang jah resepi ni hehe i loikee
Quote hatikudus 18-10-2019 12:54 PM
Bagus resepi mudah camni utk masak during weekdays yg sibuk. Thanks TT
Quote mesmerize 18-10-2019 02:51 PM
dulu kat bod ni ada forumer share resipi kungpao ciken gak
semua bahan2 sama macam kat atas tapi sos karamel diganti sos cili .. memang sedap rasa masin2 manis kuah dia tak perlu tambah garam atau perisa sebab dah cukup rasa..
dan kacang tanah boleh juga kalau nak ganti dengan kacang gajus lagi sedap berlemak

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085963s Gzip On
To Top