Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Aura Joker - Tangga Ikonik Kini Tumpuan Pelancong Tanpa Sengaja

30-10-2019 11:20 AM|natrahn| Komen: 15

Joker mahakarya yang penuh dengan kisah tersirat menjadi filem yang cemerlang daripada pelbagai sudut merupakan filem terbaik tahun 2019.


Kebanyakan adegan dalam filem ini dibuat di beberapa lokasi di New York seperti Loews Jersey Theater, Newark Paramount Theater dan banyak lagi. 



Kredit Foto - Google

Dengan penangan fenomena filem itu, tidak hairanlah tangga di 167th Street di bandar Bronx, New York menjadi popular dan  pit-stop wajib buat pengunjung terutamanya pelancong di luar negara bergambar.


Tangga ikonik ini merupakan salah satu lokasi paling dikenali di mana watak utama Arthur, menari di atas tangga ini sebelum diperkenalkan sebagai The Joker.

Kredit Foto - Google

Tidak percaya? Lihat sahaja gambar-gambar di bawah ini di mana ramai yang bergambar di sana.



Kredit Foto - Google

Akan tetapi, ada penduduk di Bronx mengatakan bahawa kawasan tersebut tidak selamat dan menasihatkan pelancong yang ke kawasan tersebut untuk lebih berhati-hati.

Kredit : Ihsan Pengguna Twitter

Malah dengan kebanjiran pelancong ke kawasan itu, ada pula dakwaan bahawa penduduk berhampiran seakan tidak menyenanginya sehingga ada di antara penduduk telah bertindak kasar dengan membaling telur ke arah mereka.

Tanda larangan turut diletakkan di kawasan itu kerana kehadiran para pelancong ke kawasan tersebut telah sedikit sebanyak mengganggu rutin harian penduduk sekitar.

Kredit Foto - Gothamist.com

Apapun, sudah tentu sesiapa sahaja yang ke sana pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar sebagai tanda kenangan untuk dikongsi di media sosial kan? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 15
Komen

Previous : Trik Penjual Makanan Di Myeongdong Street, Naikkan Tanda Halal Bila Ada Pelanggan Muslim?

Next       : Terpaksa Batalkan Trip Ke Korea? Ikut Cara Ini Dapatkan Refund Tiket Air Asia Sehingga 100%

Komen Terbaru

Quote nono86 2-11-2019 08:01 AM
sarah82: Masa depa umum yg Joaquin Phoenix sebagai Joker berapa byk omputen sinikal ckp mcm2..skrg naahhhhhh.. Semua pengkritik terdiam perfomance Joaquin seba ...


Oh da tukar orang ke.. Ingatkan jared leto lagi. Joaquin blakon best.

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 30-10-2019 11:23 AM
Kalau dah ramai sangat buat perangai pelik kat situ pasti penduduk setempat rasa tak selesa
Quote mieymiey 30-10-2019 11:33 AM
Sekejap jer tu. Esok lusa lengang la tu.
Quote sarah82 30-10-2019 11:51 AM
Masa depa umum yg Joaquin Phoenix sebagai Joker berapa byk omputen sinikal ckp mcm2..skrg naahhhhhh.. Semua pengkritik terdiam perfomance Joaquin sebagai Joker..
Quote RatuDunia94 30-10-2019 11:59 AM
Puak2 pengejar trending n viral je yg gigih...
Quote natrahn 30-10-2019 12:07 PM
Artemesiaa replied at 30-10-2019 11:23 AM
Kalau dah ramai sangat buat perangai pelik kat situ pasti penduduk setempat rasa tak selesa

betul..dorang memang bengang... nak gi sekolah/kerja susah sebab penuh orang bergambar kat situ..
Quote Perawankota 30-10-2019 01:12 PM
Batak viral mmg mcmti
Quote palmolive 30-10-2019 01:26 PM
kalo tangga ni kt negara ni, beratur pakat amik gambar
Quote Kurex 30-10-2019 01:36 PM
Best sangat ke cerita ni?
Quote Mfzg89 30-10-2019 03:13 PM
try la nari kat batu caves dari atas sampai bawah..
Quote chicozinn 30-10-2019 03:45 PM
Mfzg89 replied at 30-10-2019 03:13 PM
try la nari kat batu caves dari atas sampai bawah..

ko punya komen ni buatkan aku trus baik demam..bangkai tol la..ahahahhahahhaha

Quote natrahn 30-10-2019 04:24 PM
Mfzg89 replied at 30-10-2019 03:13 PM
try la nari kat batu caves dari atas sampai bawah..

kah kah kah makin tersakiti la
Quote Levespa 30-10-2019 06:30 PM
gigihnya masing2.. tak menjadi pun.. nampak awkward ada la..
Quote Eric.n9 31-10-2019 05:24 AM
Mfzg89 replied at 30-10-2019 03:13 PM
try la nari kat batu caves dari atas sampai bawah..

Klu jatuh, confirm patah riuh, ehehehe
Quote arm_band 1-11-2019 11:15 AM
Mfzg89 replied at 30-10-2019 03:13 PM
try la nari kat batu caves dari atas sampai bawah..



kena tunggu minggu depan sisturr... depa tak habis event lagi ni
Quote nono86 2-11-2019 08:01 AM
sarah82: Masa depa umum yg Joaquin Phoenix sebagai Joker berapa byk omputen sinikal ckp mcm2..skrg naahhhhhh.. Semua pengkritik terdiam perfomance Joaquin seba ...


Oh da tukar orang ke.. Ingatkan jared leto lagi. Joaquin blakon best.

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.134791s Gzip On
To Top