Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Cetak Dokumen Biar Lengkap, Pakai Kemas' - Trip Impian Dua Jejaka Musnah, Ditahan Imigresen Korea

26-11-2019 09:53 AM|Sang_Pencinta| Komen: 82

Impian dua orang jejaka untuk menjelajah Korea Selatan musnah apabilah ditahan pihak imigresen negara tersebut.

Menurut Muhammad Shaifuddin, 24, dia dan dua orang rakannya Hasyemi Abdullah, 26 dan Fadhli Maimun, 25 telah mengimpikan trip tersebut sejak tahun 2010 tetapi sebaliknya berdepan pengalaman pahit selepas beliau dan Hasyemi ditahan dan dihantar pulang tanpa sebab yang munasabah.



Kredit foto: FB


Menulis perkongsian di Facebook Road To Korea, Shaifuddin berkata setibanya di Lapangan Terbang Incheon pada 14 November, rakan mereka Fadhli berjaya melepasi imigresen tetapi beliau dan Hasymi ditahan dan dimasukkan ke bilik kuarantin.

'Pegawai meminta salinan tiket pulang dan itinerari tapi kami tidak cetak kerana takut hilang' jelas beliau.


Kredit foto: FB / Harian Metro


Bagaimanapun, apabila mereka cuba memberitahu bahawa mempunyai salinan dokumen di handphone, pegawai itu tidak mengendahkan alasan tersebut.

Memberitahu Harian Metro, Shaifuddin berkata mereka ditahan 7 jam dalam bilik kuarantin tanpa makan minum dan tidak dibenarkan ke tandas.

'Fadhli pernah ke Korea Selatan sebelum ini manakala ini kali pertama bagi kami berdua, akhirnya kami dihantar pulang selepas 7 jam ditahan' terangnya lagi.

Shaifuddin berkata beliau tidak sangka pengalaman menjejaki bumi Running Man dan budaya Korea yang diminatinya selama ini berakhir dengan kepahitan.


Kredit foto: Harian Metro


Beliau menasihati semua pelancong yang bakal ke negara tersebut supaya mencetak semua dokumen, mengingati butiran itinerari dengan yakin dan berpakaian dengan kemas untuk mengelak sebarang masalah ketika disoaljawab. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 82
Komen

Previous : "Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk Macam Mana?" Ini Tips Ibadah 'Traveler' Muslim

Next       : 'Sampai Patah Tangan' - Anak Kapal Mengeluh Penumpang Suka Bawa Bagasi Terlebih Berat

Komen Terbaru

Quote julia5094 6-12-2019 04:45 PM
Tak payah nak pergi jauh la..kat ofis iols ni..95% china..melayu yang 2-3 kerat ni..alahai..serabainya pemakaian...tak pernah nampak diorang pakai kemeja..lain dengan orang cina..memang pakai office attire kecuali hari jumaat...

Lain-lain Komen

Quote Forfoxache 26-11-2019 09:55 AM
Ai sense sarcasm dalam artikel ni.

Sapa have eyes to understand knows what I mean.

Quote Mfzg89 26-11-2019 10:36 AM
kerana setitik rosak susu sebelanga..l
yekeni nk g melancong..ntah2 ada hajat lain..mana bukti tiket balik yg kata ada dlm phone tu..share ler...
Korea,NZ,Aussie mmg aim baik punye kt foreigner dari malaysia..
Quote Kurex 26-11-2019 10:36 AM
best sangatbke korea tu?
awal bulan nanti kurex nak ke utara.. pergi kedah, lepas tu perak..
Quote Sang_Pencinta 26-11-2019 10:41 AM
Mfzg89 replied at 26-11-2019 10:36 AM
kerana setitik rosak susu sebelanga..l
yekeni nk g melancong..ntah2 ada hajat lain..mana bukt ...

Kannnnnnnnn itu yg aku nak tulis sebenarnya tapi...
Quote Sang_Pencinta 26-11-2019 10:42 AM
Kurex replied at 26-11-2019 10:36 AM
best sangatbke korea tu?
awal bulan nanti kurex nak ke utara.. pergi kedah, lepas tu perak..

Lokal lebih cantik dr Korea kurex, ataupun Laos Cambodia Myanmar lagi puas hati
Quote Sang_Pencinta 26-11-2019 10:43 AM
Forfoxache replied at 26-11-2019 09:55 AM
Ai sense sarcasm dalam artikel ni.

Sapa have eyes to understand knows what I mean.

Mustahil kalau plan dah lama benda basic print dokumen pasti tahu unless
Quote white_musk 26-11-2019 10:47 AM
Kemas ke macam itu? Selekeh nak mampos bak kata orang melayu
Quote white_musk 26-11-2019 10:48 AM
Mereka terikut ikut dengan trend backpackers jimat sana sini
Quote Sang_Pencinta 26-11-2019 10:54 AM
white_musk replied at 26-11-2019 10:47 AM
Kemas ke macam itu? Selekeh nak mampos bak kata orang melayu

Tengok rupa pakaian pun mcm pemetik buah , no wonder kena tahan
Quote white_musk 26-11-2019 10:59 AM
Sang_Pencinta replied at 26-11-2019 10:54 AM
Tengok rupa pakaian pun mcm pemetik buah , no wonder kena tahan

Iya, jika akak jadi imigresen di Moksva juga akak tidak akan beri peluang kepada budak budak begini.
Quote miemiecha 26-11-2019 11:01 AM
mek tertanya2.. knp mereka d hantar pulang semula..
seken mek nak tnya, knp kat tgn kawan tu mcm blurred??
Quote matamata 26-11-2019 11:02 AM
Sang_Pencinta replied at 26-11-2019 10:54 AM
Tengok rupa pakaian pun mcm pemetik buah , no wonder kena tahan

Mcm dah ada thread ni....lagi satu....ko amik gambar kat immi counter tu kenapa?....itu kawasan no camera rasanya...jgn ingat org tak perhatikan gerak geri korang
Quote Tinot7 26-11-2019 11:27 AM
Sang_Pencinta replied at 26-11-2019 10:42 AM
Lokal lebih cantik dr Korea kurex, ataupun Laos Cambodia Myanmar lagi puas hati

Setuju! @Kurex kalau nak melancong, pulau2 kat mesia sgt best utk snorkelling, scuba diving. Hutan2 dan gunung2 mesia utk jungle trekking pun best. Kalau ada geng reramai, white water rafting kat mesia pun best. Byk xtvt kat mesia best.
Kalau nak menjelajah, pi siem reap dan verangan jadi mcm angelina jolie kat angkor wat. Asia tenggara pun byk tmpt2 best. Depends on what u wanna do.
Iols rase korea is so overrated. Diorg glamer skang ni pun sbb korean wave from kpop idols.
Bebudak ni sbnrnya ada ke tak tiket balik? And nak petik buah pun.. korea? Best sgt ke? Tere ckp korea ke?
Quote sekngucing 26-11-2019 11:31 AM
Sang_Pencinta replied at 26-11-2019 10:54 AM
Tengok rupa pakaian pun mcm pemetik buah , no wonder kena tahan

errr... tak ok ke pakaian dia... nak pakai camana... mcm org korea ke
Quote Sang_Pencinta 26-11-2019 11:39 AM
sekngucing replied at 26-11-2019 11:31 AM
errr... tak ok ke pakaian dia... nak pakai camana... mcm org korea ke

Tak ok kot for Korea dan Aus yg target Msian skarang ni

Elak dressing persis pemetik buah loll
Quote nobito 26-11-2019 12:19 PM
Muka dah operate????
Quote nobito 26-11-2019 12:21 PM
Nak pergi New Zealand dan Japan.

Quote annehuda 26-11-2019 12:22 PM
jujurin aku cakap, mmg ade rupe pemetik buah pun diorg nih.   bkn nk suruh diorg ni grooming kaw kaw mcm retis korea tu, but at least ko buangla beg pinggang tu. gaya rempit sgt. pakai baju yg sesuai ngan bentuk badan, bukan jenis fit sampai nampak perut boroi

tp tu la aku perasan gak, lelaki melayu malaysia ni mmg tak diajar untuk pandai bawak diri masuk majlis. pegi kenduri kawen pun bleh pakai jeans koyak lutut
Quote sekngucing 26-11-2019 12:27 PM
Sang_Pencinta replied at 26-11-2019 11:39 AM
Tak ok kot for Korea dan Aus yg target Msian skarang ni

Elak dressing persis pemetik buah loll

camana dressing pemetik buah....


errr.... rasa ni standard budak2 melayu pakai ja

Lihat semua komen(82)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.075200s Gzip On
To Top