Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Cantik, Sayang Nak Makan" Special Dan Tular, Kek Gulung Mini Pelangi Kena Cuba

9-12-2019 10:13 AM|natrahn| Komen: 13


Cuti sekolah telah pun bermula. Cuti sekolah inilah masa yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan setelah masing-masing sibuk dengan aktiviti rutin harian.

Apa kata mak ayah dan anak-anak cuba buat Kek Mini Gulung Pelangi ini. Sangat comel dan cantik kek mini ini kan? Bila dihidangkan memang sekelip mata hilang jadi rebutan tetamu.




Bahan A :
  • 6 biji telur gred A
  • 200 gram gula castor
  • 1 sudu besar ovalate
  • ½ sudu kecil garam
  • sedikit esen vanilla

Bahan B :
  • 200gram tepung gandum

Bahan C :
  • 150gram minyak masak
  •  60gram santan kotak

Cara-cara :

1) Putar bahan A hingga kembang gebu.

2) Masukkan bahan B sedikit Demi sedikit. Putar hingga sebati.

3) Off mixer. Masukkan minyak & santan. Kaup balik dengan senduk aje.

4) Gris loyang.

5) Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dengan berat 150gram setiap adunan. Letak pewarna merah, oren, kuning, hijau, turquoise & ungu.

6) Kukus adunan ikut turutan. Setiap 1 lapisan 8 minit. Untuk kukusan lapisan terakir lebihkan masa 15 minit untuk masak sekata. 

*Kukus adunan dengan warna ungu dahulu. Ulang langkah 6 bagi setiap warna hingga habis adunan.



7) Keluarkan kek yang telah masuk daripada loyang. Sejukkan.

8) Trim / kemaskan bahagian tepi-tepi kek dahulu.




9) Putar fresh cream (value pride) hingga soft peak.

11) Pipingkan fresh cream ke atas kek yang telah dipotong nipis dan gulungkan (rujuk gambar)



Selamat mencuba.


Nota : 

1. Resipi ini memang tidak menggunakan baking powder @ soda bicarbonate.
2. Semasa keluarkan dari pengukus terus terbalikkan kek dan hati-hati kerana kek panas. 
3. Potong nipis-nipis dalam anggaran 0.5cm untuk mengelakkan kek patah/pecah semasa digulung.
4. Untuk elakkan patah/pecah masa menggulung gunakan kain lembab.
5. Setiap kali bubuh adunan hentakkan loyang dahulu supaya takde ruang udara di dalam kek untuk mengelakkan struktur kek berlubang dan cantik semasa digulung. - CARI 

Kredit - Ain Kamis

Resepi Asal - Aznie Khasri

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Previous : "Salji Dalam Rumah" - Ini 10 Fakta Menarik Tentang Rumah Orang Terkaya Di Asia!

Next       : "Allah Pertemukan Kami" - Dai' Farhan Kahwin Janda Anak 8 Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama

Komen Terbaru

Quote i_is_kennot 12-12-2019 11:08 PM
Nampak sedap..  But food coloring tu sis..

Lain-lain Komen

Quote mokcikcctv 9-12-2019 10:19 AM
ada jual online ke?
Quote sarah82 9-12-2019 10:24 AM
Yum.. Yum.. Yum.. Kalau ada cicit tok boleh la main masak2 dgn dia.. Ni takkan nak main masak2 dgn bibik
Quote Kenabertaubat 9-12-2019 10:26 AM
Cantiknya kek. Buat gift pun cantik ni.
Quote weezerfan 9-12-2019 11:05 AM
Fuh.. The amount of food coloring  
Quote Kejora927 9-12-2019 11:08 AM
Kalo iols buat xde sape nak makan
Quote lil_honey 9-12-2019 01:12 PM
errrm...warna warni jugak la yang kuar nanti...
Quote fishcracker 9-12-2019 01:58 PM
Pewarna tiruan banyak beno
Quote saviour_09 9-12-2019 03:02 PM
verra nanti mesti keluar kaler2 jugak kan
Quote gummiebear 9-12-2019 03:56 PM
Beli je lah senang iols tak berapa nak rajin kihkih
Quote mbhcsf 9-12-2019 07:36 PM
oih cik Kak.....ya Allah bukan sayang nak makan tapi TAKUT nyer NAK MAKAN PEWARNA SEKANDAQ

my god,  who woul dbe insane enough to eat this? i am so sorry pewarna  tu kalau organic based plant based   okay but kalau memang pewarna aiyoooo tak payah makan
Quote HandOFate 9-12-2019 08:40 PM
nanti panggil bini i cuba
Quote jij81 10-12-2019 09:43 AM
Setuju, banyaknya pewarna dia huhu
Quote i_is_kennot 12-12-2019 11:08 PM
Nampak sedap..  But food coloring tu sis..

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.153835s Gzip On
To Top