Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dakwa Dipukul, Pihak Polis Panggil Bekas Isteri Dai Farhan

6-12-2019 05:32 PM Komen: 81
Susulan laporan yang dibuat oleh bekas isteri Dai Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris, 30 berhubungan dakwaan dipukul lelaki itu, polis dikatakan akan memanggilnya.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis sudah mengarahkan wanita berkenaan melakukan pemeriksaan perubatan di hospital berhubung kecederaan yang dialaminya. 

Bagaimanapun, wanita itu memberitahu enggan melakukan pemeriksaan perubatan kerana menurutnya laporan polis dibuat bertujuan sebagai rujukan pihak Mahkamah Syariah nanti.

Kredit foto: carian internet

Justeru, kami akan memanggil wanita berkenaan untuk tindakan lanjut termasuk meneliti keperluan untuk memanggil beberapa individu berkaitan termasuk bekas suaminya, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Katanya lagi, pihaknya belum membuka kertas siasatan berhubung hal ini. 

Kami perlu meneliti kejadian berkenaan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada mangsa sendiri sebelum mengambil tindakan seterusnya, katanya.

Sebelum ini, pihak media melaorkan Fatin mendakwa dirinya dipukul dengan cara ditolak, dicakar dan ditampar oleh Farhan pada 22 November lalu. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 81
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Lalalili66778 29-12-2019 05:20 PM
awanysss replied at 9-12-2019 09:31 AM
eh jap.. kenapa aku confuse ni.. mmg kena ade report polis la.. cuma report tu utk cover diri kau, ...

Medical report tu lain.. tapi mmg kalu isteri dia buat report mmg konfom dai tu masuk lokap as suspek je la.. dah terbukti bersalh baru diknakn tindakn.. aku rsa bekas isteri dia tu lembut hati x smpi hati tgok dai masuk penjra.. entahlh wei.. takut sekrg nk kahwin

Lain-lain Komen

Quote barfi 6-12-2019 05:35 PM
Kalau betul dipukul kenapa tak berani pergi hospital pulak??
Quote dineo 6-12-2019 05:44 PM
Edited by dineo at 6-12-2019 05:46 PM

Pulak dah ? Klu betul kena pukul, kena buat medical check up and sediakan kesahihan laporan perubatan di mahkamah .


Ke betul apa yg dai farhan tu ckp ?

Aku kadg2 skeptical dgn bini first yg kena cerai and membusukkan husband di socmed gara2 husband dah menikah lain.

Xde sapa suka di cerai
Xde sapa suka dimadu bila kasih suami terbelah dua ,tiga ,empat
Tapi kadang2 ada isu rumahtangga yg masyarakat tak tahu pon, lantas tuding sebelah pihak yakni suami yg menikah lain,


Ini zaman fitnah lebih di percayai dari yg benar



Quote awanysss 6-12-2019 05:44 PM
barfi replied at 6-12-2019 05:35 PM
Kalau betul dipukul kenapa tak berani pergi hospital pulak??

ramai je isteri mcm ni..
aku pernah jumpa kes suami tu pukul isteri pakai hammer..
pastu sesenang je laki tu suruh ppuan tu tarik report..
dia kata ni bukan kali pertama buat camtu.. tak tahu siapa yg bodoh, dia ke bini dia..
dorang kebanyakkan buat report utk rujukan mahkamah, bukan nak penjarakan laki dia..
Quote kaoru44 6-12-2019 05:45 PM
Bosan plak cter depa ni..
G je la dh polis suruh tu..ke sbnrnya xkena pukul pun?
Quote Victorioussss 6-12-2019 05:49 PM
Bongok

Kalau kau nk bawak gi mahkamah syariah yang kau dipukul, hasil siasatan polis tu perlu. Bkn report polis je tapi hasil siasatan, laporan perubatan dan keputusan kes mahkamah sivil tu kene ada

Claim kene pukul. Polis suh buat medical checkup xnk lak.
Sesape pn bole claim report polis kene pukul kalau camtu
Quote Lentera 6-12-2019 05:52 PM
Kena pukul bila? Nov kan? Klu g check skrg pun adooo ke lg kesan
Biaq pi la diaa.. Asal kn dia dipermudahkan urusan kt mhkmh nnt..
Quote Pakis 6-12-2019 05:59 PM
Seiras bukan dia and 1st wife dia.  
Quote Pakis 6-12-2019 06:01 PM
Seiras muka dia and 1st wife dia
Quote Muahahaha 6-12-2019 06:04 PM
Semoga dipermudahkan lah ye ustajah
Quote amukgemuk 6-12-2019 06:08 PM
Pakis replied at 6-12-2019 06:01 PM
Seiras muka dia and 1st wife dia

1st wife dia seiras muka dia
Quote meow_tompok 6-12-2019 06:09 PM
kami netizen akan meneruskan aktiviti kami spt biasa... yakni makan popcorn dan membawang

Quote amukgemuk 6-12-2019 06:09 PM
Pakis replied at 6-12-2019 05:59 PM
Seiras bukan dia and 1st wife dia.

1st wife dia seiras muka dia.
Quote chicozinn 6-12-2019 06:10 PM
Tangkap je la bini dia ni meluat lak suka membuang masa pihak polis..ingat polis takde keje lain ke?gittuhhh
Quote dino 6-12-2019 06:25 PM
Victorioussss replied at 6-12-2019 05:49 PM
Bongok

Kalau kau nk bawak gi mahkamah syariah yang kau dipukul, hasil siasatan polis tu perlu. Bk ...

yea.. hakim akan tanya.. mana lapuran perubatan.. laporan polis tu takleh pakai kat court yea hrp maklong...

Quote airmineral 6-12-2019 07:01 PM
ala ustajah ni
cmn nak kuatkan hujah kalau xde bukti ni
Quote legal_jue11 6-12-2019 07:24 PM
Dia ni nampaknya masih la sayang kat exnya..sebab tu kejap gitu kejap gini..kesian..dia perlukan sokongan untuk lupakan kambing tu, ustazah tak payah nak hadap dah kambing tu, dia dah dapat jodoh yg amat sekufu dengan dia, ustazah moves on cepat2, percayalah bila ustazah dah betul2 dapat moves on n tengok semula muka dia..mesti time tu hantuk2 kepala nyesal kenapala aku seksakan diri dan perasaan untuk kambings ni..tak apa sekarang masih sedih dan geram kan plus masih ada rasa sayang tu..lama2 nanti hilang ustazah..insyallah.
Quote aHoi83 6-12-2019 07:26 PM
Kesian kt bekas laki takot kene tangkap la tu
Quote Aerhys 6-12-2019 07:41 PM
Jangan tarik laporan polis pula Fatin oi kena pujuk rayu sedikit terus cair? Don't fall for him trying to guilt trip you. You did nothing wrong fighting for your rights as a woman, wife and mother. Jerk like him needs to be taught a lesson.
Quote sarah82 6-12-2019 08:05 PM
Aku x tau la.. Aku pernah pi dengar ceramah tentang keganasan rumah tangga.. Polis y bagi ceramah tu pesan.. Kena pukul terus buat report dan pi check dr. Jgn mandi/make up atau cuci luka kalau ada.. Biar berdarah2 pi bala baru polis ambik serius.

Lihat semua komen(81)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.338957s Gzip On
To Top