Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Asam Laksa Malaysia Buruan Food Vlogger Dunia, Kalahkan Tom Yam Dan Rendang

16-12-2019 10:59 AM|Amir Arsyad| Komen: 123

Foto: CNN Travel

Tahniah asam laksa dari Malaysia! 

Tahun 2019  sekali lagi membuat rakyat Malaysia berbangga apabila salah satu makanan tempatan diiktiraf oleh dunia. Jangan tak percaya, asam laksa atau dikenali laksa Penang masuk daftar CNN Travel sebagai 50 makanan terenak dunia.

Lebih mengujakan apabila asam laksa  berada di kedudukan kesepuluh terbaik iaitu tempat ketujuh. Mengalahkan rendang yang berada di tempat kesebelas. Semua maklum rendang Indonisia pernah berada di posisi juara dalam daftar 50 CNN Travel. Asam laksa juga meninggalkan Tom Yam Gong dari Thailand pada urutan kelapan dan Ketam bercili Singapura di tangga tiga puluh lima. Juara disandang oleh kari massaman dari Thailand.

Perpaduan antara isi ikan, asam, kesum, cili, petis, belacan, bawang, garam  menghasilkan kuah yang bercitarasa masam, masin, manis dan sedikit pedas.  Tambah 'terangkat' rasa dengan bahan sampingan seperti potongan nenas, hirisan bawang, bunga kantan, pudina dan salad. 

Siapalah yang tak terpikat? Tak hairanlah kalau orang luar turut memuji kelazatan makanan yang satu ini.  Tak percaya, boleh lihat lima video di bawah ini. 

1. Anthony Bourdain


Pemilik nama Anthony Michael Bourdain merupakan seorang selebriti chef, author dan travel documentarian yang sangat terkenal. Ketika hayat hidupnya, dia pernah ke Pulau Pinang untuk mencuba asam laksa.

Dalam video ini beliau memuji keenakan asam laksa, terutama rasa kuahnya. Membayangkan asam laska terjual di Amerika dan diterima di sana sudah membuat kembang kuncup hidung kita.

"Wow... Wow... that pretty osem."

2. Mark Wiens


Siapalah yang tak kenal dengan lelaki dari Thailand ini. Mark Wiens merupakan seorang guru Bahasa Inggeris sebelum menjadi fulltime travel eater.

Penggemar berat tempoyak, budu, durian dan cili ini tak pernah lupa membawa isteri dan anaknya apabila bertugas.
Seperti dijangkan makanan Asia yang pedas memang kena dengan tekak Mark Wiens. Macam biasa dia akan mempamirkan mimik muka kenikmatan apabila sesuatu makanan memenuhi piawaian seleranya.

3. Blimey


Pengalaman pertama Blimey mencuba asam laksa membuat mereka menolak makanan ini. Bukanlah asam laksa sebenar, melainkan mi segera berperisa asam laksa. 

Namun ketika Yerim dan Dasol pergi ke pasar malam dan sekali lagi mencuba asam laksa, terus pandangan mereka berubah. Wajib tengok wajah terkejut mereka! Siap membandingkan rasa asam laksa sebenar dengan mi segera berperisa asam laksa. 

Blimey ni dah macam duta kecil Malaysia. Sangat konsisten menghasilkan kontent berkaitan Malaysia. Tak hairanlah mereka mempunyai pengikut setia.

4. Mike Chen


Pada hirupan pertama,

"okay"

Pada hirupan kedua,

"Jelas saya melawak. Ini hebat," komen Mike Chen. 

Food Vlogger kelahiran  Cina ni  membesar di Amerika. Keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai penganalisis kewangan berbaloi apabila enam saluran You Tube yang diusahakan diikuti melebihi lima million pengikut.

Sempat dia mencoret kata bahawa, hanya dengan memikirkan asam laksa sudah membuatkan dia mahu kembali ke Malaysia.

Ini hanyalah sebahagian video yang dapat ditonton di You Tube. Masih banyak lagi video-video yang memuji keenakan asam laksa dan makanan Malaysia yang lain. Makanan Malaysia dah semakin 'mendunia', sudah serasi dengan tekak pelancong asing. Tak hairanlah ada yang sanggup merentas beberapa negara hanya untuk merasa keaslian makanan kita.

Berbanggalah dengan masakan tempatan.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 123
Komen

Previous : "Nampak Cantik Tapi Ada 5,000 Bahan Kimia!" - Bahayanya Warnakan Rambut

Next       : Bagus Untuk Tenaga Seksual Katanya, Jemur Lubang Dubur Jadi Trend Terbaru Di Barat

Komen Terbaru

Quote sranua 18-12-2019 10:40 AM
Tahun 90 an dulu ada satu gerai laksa, kedai dia kongsi dengan cina...cina buat air, dia jual laksa. Aku tanya kenapa sedap laksa ni. Dia cakap guna isi belut nak buat kuah...fuhhh patutlah sedap sampai kering hirup kuah, kena pulak ada cili padi potong kecik2 tabur...fuh dua mangkuk pun boleh habis.
Tapi kedai tu dah kena roboh. Peniaga pun entah ke mana bawak diri.

Lain-lain Komen

Quote Themilo 16-12-2019 11:03 AM
bagi meols, asam laksa cina buat memang sedap sangat baunya.. tak tau la kenapa.. kalau lalu kat depan kedai / warung asam laksa cina, meruntun nafsu lapar meols
Quote kucingitam 16-12-2019 11:17 AM
Themilo replied at 16-12-2019 11:03 AM
bagi meols, asam laksa cina buat memang sedap sangat baunya.. tak tau la kenapa.. kalau lalu kat dep ...

kannn...susah betul nak dapat yg sama dgn dg punya kalau buat sendiri.

kalau teringin sgt gi secret recipe je la..


Quote Themilo 16-12-2019 11:18 AM
kucingitam replied at 16-12-2019 03:17 AM
kannn...susah betul nak dapat yg sama dgn dg punya kalau buat sendiri.

kalau teringin sgt gi se ...

d'laksa pun sedap. dah ada halal cert.
Quote Simunggu 16-12-2019 11:20 AM
guna kuah ikan manyong lagi sedap......
Quote Zack8hunter 16-12-2019 11:21 AM
mmg mat saleh suka makanan Malaysia.. katanyer lebih berperisa compare dgn makanan bangsa kaki claim tu. ni member mat saleh i yg bgtau. kalo tgk kt QV Square Melbourne tu,  beratur panjang ummah mat saleh ni nak makan kt PapaRich. Tapi aku rasa mereka lagi prefer curry laksa, bukan asam laksa..
Quote Atata 16-12-2019 11:27 AM
Themilo replied at 16-12-2019 11:03 AM
bagi meols, asam laksa cina buat memang sedap sangat baunya.. tak tau la kenapa.. kalau lalu kat dep ...

Entah2 letak lard tak hehehe
Quote i_is_kennot 16-12-2019 11:28 AM
Laksa Utara area airport Langkawi ,  nyum nyum
Quote dua_chzy 16-12-2019 11:33 AM
Edited by dua_chzy at 16-12-2019 03:16 PM
Themilo replied at 16-12-2019 11:03 AM
bagi meols, asam laksa cina buat memang sedap sangat baunya.. tak tau la kenapa.. kalau lalu kat dep ...


Sebab kuahnya pekat (tanda bahan cukup), rasa cukup and Cina ni biasanya don't compromise on quality walau gerai tepi jalan ja pon.

Contohnya, akak pernah beli apam balik nipis (yang crunchy tuh) kat Pineng tu, ada sorang nonya dan anak dia jual. Akak ekceli tatau apam tu sedap but curious karna tengok ramai beratur. Mau sejam lebih baris, baru akak dapat apam akak (sebab ada orang order 100 keping apam seblom akak, pehtu native Pineng yang tinggal area sana order 20 keping, 50 keping. Hoh). Bila merasa, uish, berbaloi. Bahan cukop simple. Santan, gula, telur, tepung. Basic jah. But yang buat deyol menang, santan deyol guna tu, fresh. Rasa sangat kat kuih tu. Ibarat makan kuih kapit yang dimasak fresh. Sedap betol. Akak sorang bedal sampai 3 keping. Takda akak jumpa tempat lain buat apam gituh. Deyol masak pon tak guna loyang apam but kuali kecik jah.

Pehtu dekat nonya tu hada aunties grumpy jual jus sedap singgit. Pure jus, dengan air gula. Harga singgit. Sedap gila oi. Tu belum masuk kuih muih nonya jual.

Rindu Pineng. Tapi if dapat gi sana nanti pon dah takleh makan gerai acik2 pemakan babi dah.
Quote yayasbs 16-12-2019 11:34 AM
laksa kaksue perlis sedap
Quote rospinki 16-12-2019 11:38 AM
laksa yg jual kt aeon tu pon sedap
ckup rasa masam style penang laksa buatan cina
itu muslim punya..puashati menghirup tanpa rasa was2
Quote najib888 16-12-2019 11:39 AM
Kebangga pulau turtle ni..
mana dia pi?
Quote shamsadis 16-12-2019 12:52 PM
Themilo replied at 16-12-2019 11:03 AM
bagi meols, asam laksa cina buat memang sedap sangat baunya.. tak tau la kenapa.. kalau lalu kat dep ...

letak darah babi


Quote Artemesiaa 16-12-2019 12:58 PM
Kalau sipenjual jaga quality dan kesegaran bahan yang digunakan pasti ia akan rasa sedap pelanggan pun pasti akan ulang datang
Quote JohnnySins 16-12-2019 01:02 PM
rendang dengan negara indonesia mana yang wujud dulu? wakakakakakakakakakkaa
Quote potsshine 16-12-2019 01:02 PM
teringin masak sdri la..lagi sedap kot...tp x leh makan dah...terus attack tpt czer...biso bonarrrrrr
Quote sqlite3 16-12-2019 01:16 PM
najib888 replied at 16-12-2019 11:39 AM
Kebangga pulau turtle ni..
mana dia pi?

sedang usung sepanduk bantah tulisan jawi

Quote i_is_kennot 16-12-2019 01:20 PM
rospinki replied at 16-12-2019 11:38 AM
laksa yg jual kt aeon tu pon sedap
ckup rasa masam style penang laksa buatan cina
itu muslim punya ...

Yg tu kalau masuk Aeon mesti satu floor bau laksa tu tiba2 rasa lapar.. Nasi lemak rendang pun meols suka
Quote rospinki 16-12-2019 01:29 PM

aku dh lama saspek..bos aku rajin beli laksa penang feveret heols kt kedai cina..aku amik je dia beli..tapi buang tong sampah kadang bgi kt cina lalu lalang tu.

saja je nk pedajai aku la tu..dia ingt kita tak tau
Quote rospinki 16-12-2019 01:33 PM
i_is_kennot replied at 16-12-2019 01:20 PM
Yg tu kalau masuk Aeon mesti satu floor bau laksa tu tiba2 rasa lapar.. Nasi lemak rendang pun meo ...

kan..bau dia kuat betul. akak suka fishball laksa

Lihat semua komen(123)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.154419s Gzip On
To Top